Istana kota Conwy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Conwy
county borough Conwy]], Wales
A view of the castle's massive defensive wall and its original gateway (right).
Istana kota Conwy is located in Bumi
Istana kota Conwy
Istana kota Conwy (Bumi)
Koordinat53°16′48″N 3°49′32″W / 53.28°N 3.825556°W / 53.28; -3.825556
JenisRectangular enclosure castle
Maklumat tapak
PemilikCadw
StatusPuing
Sejarah tapak
Dibina1283–89
Dibina olehJames of St. George
BahanLimestone
Sandstone
PeristiwaRevolt of Madog ap Llywelyn (1294–95)
Revolt of Owain Glyndŵr (1400–09)
Perang Saudara England (1642–46)

Istana kota Conwy merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Kubu yang menarik dan menakjubkan ini disiapkan hanya dalam tempoh lima tahun pada lewat kurun ke-13. Salah satu dari istana kota Welsh besar Edward I, ia dibina pada masa yang sama dengan tembok bandar, dengan itu memberikan sistem pertahanan menyeluruh bagi Conwy, dan mewakili contoh cemerlang senibina ketenteraan zaman pertengahan. Ketika ia mula dibina, istana kota yang agak ringkas tetapi mengkagumkan ini menelan belanja sekitar 20,000 paun, yang paling mahal diantara kesemua istana kota Welsh.

Bentuk istana kota Conwy yang tidak sekata dibina menurut kedudukan batuan dasar di mana tembok pertahanan di bina. Denmgan lapan menara bulat yang kukuh dibina terbenam dalam tembok pertahanan 9 meter (30 kaki tinggi) ia tidak memiliki dinding berganda mahupun memiliki rumah pintu ("gatehouse") atau Menara Utama ("keep"). Setiap menara memiliki jejari lebih dari 9 meter (30 kaki), dindingnya sekitar 4.6 meter (15 kaki() tebal, dengan ketinggian sehingga 21 meter (70 kaki). Sepanjang tembok pertahanan utara, menara dibina sama jarak membentuk tiga seksyen dinding yang sama. Disebelah hujung timur tapak, Laman Dalam ("inner bailey") yang secara kasarnya segi empat sama dibentuk oleh menara berturet, satu di setiap pepenjuru, dan pada hadapannya terdapat barbican dengan tiga turet terbuka.

Terletak berhampiran barbican, bersebelahan dengan Menara Chapel (Gereja kecil), satu tangga yang curam membawa pada Pintu Air yang kini sudah lenyap. Menara bersebelahan dengan barbican boleh dicapai melalui tangga naik melalui dinding pertahanan timur yang tebal. Laman Dalam ("Inner Ward") mengandungi beberapa kediaman diraja, dan Dewan Besar, dengan kamar diraja terletak di tingkat atas Menara Raja.

Daripada lapan menara, hanya satu darinya mengalami kerosakan akibat separuh roboh, iaitu Menara Pembakar. Menara lain adalah Menara Dapur, dan Menara Tahanan (memuatkan penjara bawah tanah), dan Menara Baratlaut dan Menara Baratdaya, dicapai melalui laluan tangga newel yang baru dibina kembali. Bersebelahan dengan Menara Tahanan, terletaknya Dewan Besar yang berdiri dengan baik, mengandungi tiga pendiang, satu darinya bertarikh sejak pertengahan kurun ke-13 dan mempunyai banyak hiasan. Pada asalnya memiliki bumbung kayu, ia digantikan dengan bumbung gerbang batu pada pertengahan kurun ke-14, tetapi hanya satu dari lapan gerbang batu yang terselamat. Kesemua bangunan dalaman istana kota Conwy kini telah roboh tinggal puing.

Istana kota Conwy merupakan pangkalan operasi Raja Edward I semasa Musim Luruh 1294 apabila Madog memimpin pemberontakan menentang pemerintahan Inggeris di Utara Wales. Menjelang akhir tahun, Raja Edward I boleh dikatakan dikepong di Conwey akibat air naik dan kekurangan persediaan bekalan makanan. Menjelang kurun ke-14, istana kota Conwy semakin berkecai akibat diabaikan.Selepas 250 berikut, bangunan dalamnya dianggap terlalu merbahaya untuk dimasuki, dan Perperangan Saudara menentukan nasibnya. Pada tahun 1655 istana kota Conwy diperintahkan untuk dicacatkan. Sepuluh tahun berikutnya Lord Conwy mengaturkan agar istana kota tersebut dikeluarkan semua bahan berguna, dan ia kemudiannya terbiar terdedah pada alam sekitar selama dua ratus tahun berikutnya.

Semasa kurun ke-19 dan 20, istana kota Conwy menjadi tumpuan kerja pemulihan yang meluas, dan kerja program pemeliharaan berkala bermula dengan bersungguh-sungguh apabila Negeri bertanggungjawab bagi peringatan bersejarah ini pada tahun 1950-an. Kepentingan Conwy pada zaman pertengahan masih kelihatan masa kini, bukan hanya dalam bentuk istana kota yang baik, tetapi juga sistem tembok yang meluas mengelilingi bandar. Sejumlah sekitar 1,200 meter (1,400 ela) tembok melingkari bandar dengan 21 dari 22 menara asal masih berdiri dan tiga pintu masuk bandar kekal. Dari sudut manapun ia dilihat, istana kota Conwy sentiasa memberikan gambaran kuasa dan kestabilan dengan kekal tersergam mengah di bandar Conwy


Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes

References

Bibliography

  • Ashbee, Jeremy (2007). Conwy Castle. Cardiff, UK: Cadw. ISBN 9781857602593.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ashbee, Jeremy (2010). "The King's Accommodation at his Castles". Dalam Williams, Diane; Kenyon, John (penyunting). The Impact of Edwardian Castles in Wales. Oxford, UK: Oxbow Books. m/s. 72–84. ISBN 978-1-84217-380-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brears, Peter (2010). "Food Supply and Preparation at the Edwardian Castles". Dalam Williams, Diane; Kenyon, John (penyunting). The Impact of Edwardian Castles in Wales. Oxford, UK: Oxbow Books. m/s. 85–98. ISBN 978-1-84217-380-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brown, R. Allen (1962). English Castles. London, UK: Batsford. OCLC 1392314.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Coldstream, Nicola (2010). "James of St George". Dalam Williams, Diane; Kenyon, John (penyunting). The Impact of Edwardian Castles in Wales. Oxford, UK: Oxbow Books. m/s. 37–45. ISBN 978-1-84217-380-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Creighton, Oliver Hamilton; Higham, Robert (2005). Medieval Town Walls: An Archaeology and Social History of Urban Defence. Stroud, UK: Tempus. ISBN 978-0-7524-1445-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Given-Wilson, Chris (1996). The English Nobility in the Late Middle Ages. London, UK: Routledge. ISBN 978-0-203-44126-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lepage, Jean-Denis G. G. (2012). British Fortifications Through the Reign of Richard III: an Illustrated History. Jefferson, US: McFarland. ISBN 9780786459186.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lott, Graham (2010). "The Building Stones of the Edwardian Castles". Dalam Williams, Diane; Kenyon, John (penyunting). The Impact of Edwardian Castles in Wales. Oxford, UK: Oxbow Books. m/s. 114–120. ISBN 978-1-84217-380-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pounds, Norman John Greville (1994). The Medieval Castle in England and Wales: A Social and Political History. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-45828-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pugin, Augustus (1895). Examples of Gothic Architecture Selected From Various Ancient Edifices in England. Edinburgh, UK: J. Grant. OCLC 31592053.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Taylor, Arnold (2008). Caernarfon Castle and Town Walls. Cardiff, UK: Cadw. ISBN 978-1-85760-209-8.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]