Istana kota Dartmouth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana kota Dartmouth

Istana kota Dartmouth merupakan satu dari sepasang kota, yang satu lagi adalah istana kota Kingswear, yang mengawal muara sungai Dart di Devon, England (rujukan grid SX885503).

Istana kota Dartmouth merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Kedudukannya begitu strategik menganjur ke luar di muara Dart, dan merupakan istana kota terawal yang direka khas bagi memuatkan meriam di England. Pembinaannya bermula pada akhir abad ke-15 apabila pedagang tempatan merasa terancam dari serangan dan ingin menyediakan perlindungan pada gudang dan barang muatan mereka. Terdapat bukti kubu lebih awal yang terletak di sini pada akhir abad ke-14, ketika timbul ancaman serangan Perancis, tetapi ia kemudiannya ditinggalkan.

Pada asasnya, istana kota Dartmouth terdiri daripada menara bulat, dibina sebahagian besarnya menggunakan serpihan batu kapur, dan menara segi empat yang dibina menggunakan batu slate. Kedua menara merupakan tempat tempur. Menara bulat dibina lebih awal, tetapi sebelum ia disiapkan, kerja bermula Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa batu slate digunakan bagi bahagian atas menara bulat di mana keduanya bercantum. Pelantar meriam crenellated mengunjur keluar dari kedua belah sisi menara.

Kawasan bawah yang agak sempit di kedua menara membuktikan bahawa kota Dartmouth khusus sebagai senjata pertahanan. Dalam menara segiempat terdapat tujuh liang meriam di tembok menghadap ke laut, dan meriam bulat memuatkan tiga liang meriam rendah dan empat liang muskets. Laluan utama ke kubu ini adalah melalui pintu aras tanah di menara segi empat, dan beberapa bukaan kecil bagi senjata tangan dapat dilihat di ruang pertama. Pada aras tanah di menara bulat, bukaan berbingkai kayu terdapat di tembok mengadap ke sungai yang kemungkinannya bagi memuatkan rantai penghalang kapal.

Istana kota Dartmouth dan Gereja St Petroc.

Pada asalnya terbahagi pada tiga bilik, tingkat pertama menara digunakan sebagai kuartes kediaman. Menara bulat hanya memiliki satu bilik, sementara menara segi empat memuatkan dua bilik berek yang terbahagi oleh laluan mengarah ke bumbung. Kebanyakan bukaan pada dinding lain adalah tingkap, sungguhpun sesetengah kemungkinannya telah digunakan bagi menembak.

Mekanisma pertahanan lanjut terdapat di bumbung kota, termasuk tenggekan bagi meriam ringan, dan turet memberikan sudut pandangan yang baik bagi meninjau kemungkinan serangan dari arah darat atau laut. Dalam garis pandangan lansung dengan kota Dartmouth tetapi diseberang muara, istana kota Kingswear dibina bagi memberikan pertahanan lanjut. Sekiranya kawasan tersebut diancam, rantai penghalang kapal darikota Dartmouth ditarik menyeberangi selat dan diikat di Kingswear, sebagai cubaan menghalang laluan perkapalan.

Sungguhpun terlibat dalam Perang Saudara Inggeris, dan akhirnya dialahkan oleh Sir Thomas Fairfax pada tahun 1646, Dartmouth tidak banyak terlibat dalam peranan asalnya. Sebahagian tambahan utama dan pengubahsuaian di buat pada istana kota tersebut pada kurun ke-16 dan kurun ke-17, tetapi ia terselamat dalam keadaan yang agak kekal.

Pada masa kini, istana kota Dartmouth kelihatannya dibayangi oleh Gereja St Petrox, tumbuhan hijau dan binaan lain sepanjang sungai yang sibuk ini. Ia kini sukar bagi membayangkan struktur serdahana ini sebagai kubu tentera yang mengancam. Tetapi dari menaranya ia memberikan pemandangan yang mengkagumkan ke kawasan sekitar. Cara terbaik bagi melihat keseluruhan kota Dartmouth adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri untuk pergi ke situ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]