Istana Kota Pevensey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Istana kota Pevensey)
Istana kota Pevensey
Pevensey, East Sussex

Gambaran udara istana kota Pevensey, menunjukkan Menara Ibu Norman dan bailey dalam tembok kota Rom.
Istana Kota Pevensey is located in Bumi
Istana Kota Pevensey
Istana Kota Pevensey (Bumi)
Jenis Istana kota
Koordinat 50°49′08″N 0°20′03″E / 50.8188°N 0.3342°E / 50.8188; 0.3342Koordinat: 50°49′08″N 0°20′03″E / 50.8188°N 0.3342°E / 50.8188; 0.3342
Dibina c. 290 AD
Dibina oleh Carausius?
Bahan
binaan
Kayu, simen, flint, kapur, batubesi, pasir hijau (greensand), batu pasir
Tinggi c. 9.5 meter (31 ka) (tembok luar)
Digunakan  c. 290–471/491, 1066 – pertengahan abad ke-16, 1940–1945
Keadaan
sekarang
Runtuhan
Dikawal oleh Warisan Inggeris
Garison Classis Anderidaensis, Abulci (Roman era), pasukan Norman & Inggeris (era pertengahan), British Home Guard, Tentera British, Tentera Kanada, Kor Udara Tentera Amerika Syarikat (1940–45)
Pertempuran/perang Penyembelihan 491, Kepungan pertama Pevensey (1088), Kepungan kedua Pevensey (1147), Kepungan ketiga Pevensey (1264–65), Kepungan keempat Pevensey (1399)
Peristiwa Di bina oleh Rom (c. 290), diduduki semula oleh Normans (1066), dirosakkan (c. 1216), ditinggalkan (16th century), milik negara (1925), diduduki oleh Berikat (1940–45)

Istana kota Pevensey merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Bentuk bujur kasar Istana Kota Pevensey bertarikh sejak zaman Rom, dan bukti mengenai tempoh ini masih dapat dilihat pada peninggalan rumah pagar (gatehouse) segi empat, dan pintu masuk belakang (postern) kecil di dinding barat daya. Menakjubkan, dinding istana kota ini telah kekal dalam keadaan asal yang amat baik, memberikan petunjuk baik bagi kedudukan dan struktur bangunan istana kota.

Sungguhpun sebahagian kerja tanah pertahanan awal kemudiannya digantikan dengan struktur perkubuan, parit Rom silam dan busut sekitar tapak istana kota masih kelihatan. Apabila William Penakluk sampai ke pantai Sussex pada September 1066, dia menggunakan kota Rom lama untuk melindungi tenteranya ketika bersiap untuk pertempuran. Selepas kemenangannya di Hastings, dia mengurniakan Pevensey pada saudara tirinya, Robert dari Mortain yang kemudiannya membina istana kota di tapak tersebut. De Mortain menggunakan kubu sedia ada, yang telah terbiar selama lebih 600 tahun, sebagai tapak bagi pembinaan istana kotanya, membuat hanya pembaikian kecil pada tembok yang membentuk halaman luar (outer bailey), dan mambina halaman dalam baru di sebelah timur.

Astu pintu masuk baru menggantikan laluan masuk asal di sebelah barat daya, dan gerbang timur diperbaiki. Mengubah suai dan menambah struktur sedia ada dalam kubu asal membentuk program kerja pembinaan utama. Satu kepungan luar biasa berbentuk segi empat dibina dengan menggunakan dinding Rom dan dua bastion di sebelah sisi tenggara. Tidak lama selepas halaman dalam dibina, menara ibu batu segi empat didirikan dengan memasukkan sebahagian tembok dinding timur dan satu bastion Rom. Tidak lama kemudian, tiga lagi bastions menghadap laman dalam ditambah pada Menara Ibu.

Rumah pagar (gatehouse) laman dalam banyak diubah suai sepanjang sejarah Istana kota Pevensey, sungguhpun hanya sebahagian menara dan laluan yang masih tinggal. Sepanjang dinding tembok laman dalam (inner bailey) terdapat menara tiga pepenjuru bertarikh dari kurun ke tiga belas, disebalik pengubah suaian yang dilakukan oleh tentera yang ditempatkan di situ pada tarih kemudiannya. Kebanyakan bahagian tembok kekal utuh, dan padanya peninggalan pendiang api dapat dilihat.

Tapak yang luas ini, terletak di persisiran Sussex yang landai, memberikan pandangan mendalap pada dua tempoh pembinaan yang digabung bersama bagi membina kota zaman pertengahan. Selepas sejarah yang panjang dan berceramuk, Pevensey terbiar tanpa didiami menjelang kurun ke enam belas dan jatuh dalam keadaan rosak. Ia dipulihkan buat tempoh yang singkat bagi memberikan pertahanan tambahan semasa ancaman Armada Sepanyol.

Selepas melalui hari terakhir diduduki, istana kota ini melalui turutan pemilik. Akhirnya ia jatuh ke tangan Duke dari Devonshire, dan pada tahun 1925 dia menghadiahkan Istana kota Pevensey kepada Negara untuk pemuliharaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]