Istana kota Tattershall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Menara Besar Istana kota Tattershall menunjukkan tiga laluan masuk berasingan.

Istana kota Tattershall merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Sungguhpun sebuah istana kota telah dibina di Tattershall pada awal kurun ke tiga belas, ia kemungkinannya tidak lebih dari rumah batu yang diperkukuhkan. Tetapi apabila ia menjadi milik Lord Cromwell pada kurun ke lima belas, dia menukarkan bangunan yang tidak penting ini agar menjadi kediaman amat selesa, dan tempat di mana dia boleh melayan pelawat dalam gaya yeng setaraf dengan jawatan pentingnya.

Hari ini, bangunan batu-bata merah besar yang masih tinggal merupakan peringatan mengkagumkan mengenai kuasa dan kekayaan Lord Cromwell. Pada tempoh program pembinaan semula Istana kota Tattershall besar-besaran, batu-bata menjadi lebih digemari berbanding batu dan Cromwell memerintah lebih dari satu juta bata di buat dari selut tempatan bagi melengkapkan projeknya. Menara segi empat bujur setinggi lima tingkat ini dengan turet sudut oktagon mengandungi suit apartment mewah bagi kegunaan persendirian Cromwell. Kini digabungkan menjadi satu unit, menara itu pada asalnya bersambung dengan bangunan kediaman utama istana kota tersebut, dan dikelilingi oleh bangunan perkhidmatan. Hampir tiada bangunan lain ini yang kekal dalam sebarang bentuk, kecuali sebuah rumah pengawal kecil di pintu masuk moden. Disebelah selatan Menara Besar di tepi parit dalam, asas bata bagi dapur kurun ke lima belas masih tinggal di situ, dan runtuhan bangunan di ruang luar kemungkinannya digunakan sebagai bangsal kuda. Susunan bagi sebuah jambatan dan rumah pagar kecil terletak di parit luar dan dalam, dan serpihan struktur ini masih kelihatan.

Sekali imbas, Menara Besar setnggi 80 kaki (24m) bagi Istana kota Tattershall kelihatan kukuh dan agak mustahil untuk ditembusi sekiranya ia diserang. Disebalik ketebalan dindingnya, penelitian dekat pada bangunan tersebut menunjukkan banyak daripada ciri 'pertahanan' sebenarnya, dimasukkan hanya bagi menghiasi muka hadapan. Tingkap gerbang besar dengan bingkai indah sepanjang sisi menara, dari atas sehingga ke bawah, membenarkan banyak cahaya memasuki bilik dengan siling tinggi tetapi menawarkan sedikit perlindungan. Pada bahagiandalam bilik tersusun dalam bentuk yang sama pada setiap tingkat, satu kawasan pusat luas atau dewan dengan bilik lebih kecil terletak pada setiap sudut turet, dan laluan tangga berpilin pada turet lagi satu. Setiap kawasan utama memiliki pendiang api besar, dan kesemua empat mereka kini telah dipulihkan dan dikembalikan ke Istana kota Tattershall melalui usaha Lord Curzon pada awal kurun ke dua puluh.

Selepas kematian Cromwell, istana kota ini dicabut barangan berharga oleh warisnya, dan ia diragui bahawa samaada ia boleh didiami lagi sehingga ia jatuh ketangan Raja hasil Perang Ros. Dari suku abad ke enam belas sehingga akhir kurun ke tujuh belas, istana kota ini dimiliki oleh Earls dari Lincoln. Bagi 200 tahun berikutnya ia terbiar, terdedah pada unsur alam. Dengan kebanyakan bahagian istana kota telahpun dirobohkan, terdapat bahaya sebenar bahawa nasib menara juga terancam. Melihat pada keadaan Menara Besar yang dipelihara dengan baiknya hari ini, adalah sukar untuk membayangkan keadaan terbiar yang dilihat Lord Curzon ketika dia memutuskan untuk membeli Istana kota Tattershall pada tahun 1911. Menyedari nilai sejarahnya, dia memastikan bahawa generasi masa hadapan sekali lagi dapat menikmati kegemilangan Lincolnshire, hasilkerja agung Cromwell yang lalu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
Bibliografi
  • Friar, Stephen (2003), The Sutton Companion to Castles, Stroud: Sutton Publishing, ISBN 978-0-7509-3994-2 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 53°6′4.8″N 0°11′33.4″W / 53.101333°N 0.192611°W / 53.101333; -0.192611