Istikharah Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istikharah Cinta
GenreDrama Cinta
Dibangunkan oleh
Orange Tree Production Sdn Bhd
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Zul Ariffin
Faye Kusairi
Nonny Nadirah
Syazwan Zulkifli
Lia Natalia
Lagu pembukaanKau Tercipta nyanyian Lah Ahmad
Lagu penutupKau Tercipta nyanyian Lah Ahmad
PenggubahLah Ahmad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orange Tree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal23 Disember 2014 – 6 Februari 2015
Kronologi
MengikutiBila Hati Berbicara
Diikuti olehTeman Lelaki Upahan

Istikharah Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan menampilkan sekali lagi Zul Ariffin sebagai hero dalam slot Akasia dan akan bergandingan dengan Faye Kusairi. Ia bersiaran dari 23 Disember 2014 hingga 6 Februari 2015 menggantikan Bila Hati Berbicara, dan digantikan oleh Teman Lelaki Upahan.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mahligai perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta akhirnya musnah jua hanya selepas setahun usia perkahwinan mereka. Beranggapan bahawa jodoh mereka tidak panjang, Airil redha dan tabah meneruskan hidup walaupun berat untuk dia menerimanya. Lain pula dengan Aiza yang menyalahkan Airil sebagai punca dirinya keguguran.

Airil yang yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua. Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan bakal mengubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya bersama Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hatinya Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah pun memulakan hidup baru bersama suaminya Dr. Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr. Rizal lantas rumah tangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermula lah kisah cinta mereka. Airil berharap memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus-terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina. Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan mereka masing-masing?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Kau Tercipta"  Lah Ahmad 4:55
Jumlah masa:
4:55

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (6 Februari 2015). Dua episod terakhir Istikharah Cinta disiarkan serentak malam ini Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Istikharah Cinta Berikutnya
Bila Hati Berbicara Teman Lelaki Upahan