Isu-isu Pendidikan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anda mesti tambahkan parameter |sebab= ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|date=Mac 2008|reason=<Sebab kamu disini>}}, atau padamkan templat ini.

Disebabkan kemajmukan masyarakat Malaysia, pelbagai isu kontroversi telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia.

Isu Jantina dan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 2004, wakil Program Pembangunan PBB (UNDP) Dr. Richard Leete menyatakan bahawa kedudukan Malaysia dalam indeks jantina UNDP tidak “setinggi yang seharusnya”. Ucapan sebenarnya ialah

"I don't know Malaysia's present ranking (in the UNDP's gender index) offhand but I know it is not as high as it should be because of this unusual problem. Boys are dropping out of secondary and tertiary education, with females outnumbering the males with a high margin".

Terjemahan bahasa Melayu

“Saya tidak tahu kedudukan terkini Malaysia (dalam indeks jantina UNDP) tanpa difikirkan tetapi ia bukanlah setinggi yang seharusnya disebabkan masalah luar biasa ini. Lelaki jebolan di pendidikan menengah dan tertiari, dengan bilangan perempuan jauh lebih tinggi daripada bilangan lelaki."

Leete seolah-olah mengindikasikan bahawa ini adalah keadaan unik Malaysia.

Akan tetapi, bekas Menteri Pendidikan Tinggi Shafie Salleh menjawab bahawa “Ia berlaku di negara lain jua. Itu fenomena global.” Dia turut menggunakan statistik bahawa bagi sesi 2004, pengambilan lelaki di semua politeknik Malaysia berada pada 34,324 berbanding 24,601 untuk perempuan. Bagi pengambilan di 34 buah kolej komuniti pula 5,041 merupakan lelaki dan 3,010 adalah perempuan. Shafie berkata daripada 45,856 tempat diberi kepada IPTA 15,796 diberi kepada lelaki dan 30,060 kepada perempuan. Di hampir kesemua negara maju, lelaki dan perempuan yang memasuki universiti adalah pada nisbah yang sama. Jadi, nisbah 2:1 adalah luar biasa apabila dibandingkan dalam konteks global. Politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti di Malaysia bukanlah institusi yang menghasilkan ijazah dan tiada antaranya yang mempunyai program lepas graduan. Kebanyakannya adalah institusi vokasional atau teknikal. Ketidakseimbangan ini dibetulkan setelah masing-masing jantina meninggalkan sistem pendidikan. Profesor Asosiasi di Universiti Utara Malaysia, Nik Kamariah Nik Mat dan Puan Filzah Md Isa menyatakan bahawa “Hanya lebik kurang peratus wanita yang bekerja di pangkat pentadbiran dan profesional di negara ini.”

Isu Bahasa[sunting | sunting sumber]

Isu bahasa dan sekolah adalah salah satu isu utama bagi banyak kumpulan politik di Malaysia. UMNO berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah kebangsaan tetapi sekolah swasta serta sekolah vernakular (dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan) dibenarkan menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Sehingga tahun 1982 terdapat juga Sekolah Inggeris yang kemudiannya menjadi sekolah kebangsaan biasa, dan kebanyakannya terdapat di kawasan bandar seperti Bukit Bintang Girls’ School, Bukit Nanas Convent, Methodist Boys’ School, Methodist Girls’ School, Peel Road Convent, Pudu English Secondary School, St John’s Institution, St Mary’s School dan Victoria Institution. Majoriti sekolah berkenaan diasaskan oleh mubaligh Kristian (Katolik, Methodist, Anglican, Brethren). Selepas rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mula ditukarkan kepada sekolah kebangsaan bermula Januari 1970.


Pada tahun 2002, kerajaan mengumumkan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris bermula tahun 2003, untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus globalisasi. Pelaksanaannya membuka jalan kepada pendidikan medium bercampur.

Pada tahun 2004, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hanya 2% pelajar Cina di sekolah kebangsaan. Wakil pembangkang, Lim Guan Eng juga menyatakan bahawa 60,000 pelajar bukan Cina belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Pada hari berikutnya, Perdana Menteri membuat kenyataan melalui jawapan bertulis kepada soalan oleh Dr Tan Kee Kwong (seorang lagi wakil dari pakatan yang sama)bahawa dasar membenarkan sekolah vernakular akan dikaji semula. Kenyataan khususnya adalah "pelbagai pendekatan telah diambil bagi menangani isu ini termasuklah merujuk semula sistem pendidikan yang membenarkan pelbagai aliran untuk digunakan di negara ini"[1]. Beliau bercakap mengenai isu polarisasi kaum di sekolah.

Pada April 2005, dalam satu cubaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama pelajar bukan Melayu, kerajaan telah mengumumkan bahawa semua sekolah kebangsaan akan mula mengajar subjek Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, bukan sebagai bahasa pengantar tetapi sebagai subjek elektif.

Kuota Kaum di Universiti[sunting | sunting sumber]

Polarisasi Kaum di Sekolah[sunting | sunting sumber]

Fenomena Tuisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]