Isu pasir Malaysia ke Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Isu eksport pasir Malaysia ke Singapura dibangkitkan dari semasa ke semasa. Pasir silika dari Teluk Ramunia, Johor diangkut dengan lori dan kapal ke seberang Johor, Singapura. Dalam banyak kes, Singapura enggan bertolak ansur dengan Malaysia. Singapura akan menggunakan segala kelemahan perundangan di Malaysia bagi kepentingan negara pulau tersebut. Sikap kiasu ini jelas dalam isu penjualan air, CIQ, Pulau Batu Puteh dan lain-lain.

Pasir silika[sunting | sunting sumber]

  • Aktiviti mengangkut pasir silika ini menyebabkan muka bumi Punggai berlubang-lubang. Pantai yang berpotensi menjadi tempat rekreasi turut terjejas.
  • Dikatakan Singapura menggunakan pasir untuk menambak laut berhampiran Tuas sehingga kapal-kapal yang hendak masuk , berlabuh dan berpusing di pelabuhan Johor . Pulau Singapura semakin besar berhadapan dengan Malaysia dana aktiviti ini telah menukar garis sempadan dalam laut. Selat Johor semakin mengecil. Muara sungai menjadi cetek dan menyebabkan banjir besar pada Disember 2007 di Kota Tinggi.
  • Pasir diangkut beratus lori ke Singapura bukan pasir tetapi pasir silika dari sekitar Teluk Ramunia. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor melaporkan bahawa 500 lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari. Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat maklumat bahawa jumlah sebernar ialah 700 lori.
  • Pasir silika digunakan untuk menghasilkan mikrocip ke kilang-kilang Singapura. Langkah ini merugikan kerana mengapa kilang Malaysia sendiri tidak mengeluarkan mikrocip supaya nilai tambahnya meningkat.Ada banyak kilang kaca di Malaysia boleh melakukannya. Kilang -kilang ini boleh menghasilkan wafer silicon dan menjualnya kepada Singapura . Jika hanya menjual bahan mentah, tidak banyak pulangannya.[1]

Larangan menjual pasir[sunting | sunting sumber]

Sejak 30 Ogos 1997, kerajaan Persekutuan melarang eksport pasir melainkan pasir silika dan pasir penapis keluar negara. Hal ehwal tanah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Pada 3 Januari 2000, kerajaan negeri Johor setuju dengan peraturan tersebut.

Pada 24 April 2002. Johor melarang eksport batu pejal berukuran 9” ke atas. Johor tidak membenarkan pengeksportan melebihi 50% dari pengeluaran bulanan.Bahan batuan yang dibenarkan diekport ialah quarry Dust, Aggregate, Chipping dan Crusher run). Ini termasuklah

  1. Batu Bata;
  2. Rumput;
  3. Pasir Silika;
  4. Pasir Tapisan;
  5. Genting;
  6. Batu Hiasan
  7. Tanah Liat Putih

Pada 15 Januari 1007, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan melarang semua jenis pasir dieksport kecuali pasir silika bagi industri pembuatan dan pasir penapis (filter sand). Pasir Silika dan Pasir Penapis adalah dibenarkan eksport dengan syarat pengeksport mempunyai permit eksport (AP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada 1 Ogos 2008, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mengeluarkan prosedur atau garis panduan eksport pasir silika. Rekod PTG Johor dari September hingga 20 November 2009 hanya 350 hingga 400 lori sehari ke Singapura melalui Komplek Kastam Tanjung Puteri Johor Bahru dan Sultan Abu Bakar . Diantara jumlah tersebut, 10 hingga 15 lori sehari adalah lori yang membawa pasir silika manakala baki dari jumlah tersebut adalah lain-lain bahan batuan seperti ‘Quarry dust, Aggregate, Chipping dan Crusher run’.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]