Isyariana Che Azmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Isyariana Che Azmi
Kelahiran (1990-10-31) 31 Oktober 1990 (umur 28)
Temerloh, Pahang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon,[1] penyanyi
Tahun aktif2014–kini
TelevisyenAkademi Fantasia (2016)[2]

Isyariana Che Azmi (lahir 31 Oktober 1990)[3] merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Beliau sering dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kelahiran Indonesia; Agnes Monica.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1990 di Temerloh, Pahang dan berkelulusan dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Isyariana terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pelukis pelan di negeri kelahirannya. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV i-Klon terbitan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert penyanyi Indonesia, Rossa di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan. Isya juga pernah menjadi penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cats selama setahun.

Hanarose[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2016, Isyariana pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish pada tahun 2014.[6] Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk "Girlfriend" pada April 2014.[7] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan pertemuan Isya dengan Eka telah diatur oleh Cat. Sepanjang tempoh aktif dalam industri muzik tanah air, Hanarose pernah mengeluarkan beberapa lagu yang kesemuanya digunakan sebagai muzik tema filem Melayu tempatan—"UFO" (Usin UFO), "Tiba Kini Waktu" (Coverina) dan "Deritaku" (Pengantin Malam). Kumpulan ini dibubarkan secara rasmi pada 2016.

Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Isyariana merupakan salah seorang daripada 16 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016,[8] di mana beliau menduduki tangga ke-11 dan tersingkir di konsert minggu kelima. Dalam temuramah bersama Astro Awani, Isya berkata penyingkiran beliau dari AF2016 dengan keadaan sebegini dianggap kejam. "Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya."[2] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isya menyanyikan lagu:

  1. "Tak Tercapai Akalmu" (Elyana)
  2. "Flora Cinta" (Min Malik)
  3. "Melompat Lebih Tinggi" (Sheila on 7)
  4. "Tanpa Kekasihku" (Agnez Mo)

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Melengkapkan diari kerjaya hiburannya, Isyariana memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Married Tapi Benci yang dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz; beliau memegang watak ibu tiri Rina. Ia kemudian diikuti oleh watak lakonan sebagai Hanissa dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2017 juga, Isya muncul dalam telefilem Cinta Bae Kicap. Kerjaya filemnya bermula dengan memegang watak Cikgu Nur dalam filem Warkah (2019).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Warkah Cikgu Nur Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Married Tapi Benci Shiera/Mak tiri Rina TV3
2017 Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai Suraya Astro Prima
Urusan Hati Cik Drama Queen Hanissa Astro Ria
Cik Serba Tahu Sarah Astro Ria
Duda Pujaan Dara Airis Astro Ria
2018 Geng Tadarus Noni TV2
Jangan Padam Rindu Akma
Lelaki Kiriman Tuhan Zeenat Astro Oasis
Mata Ketiga Farah Tonton Web drama
2019 Cerita Dalam Kain: Suamiku Pondan Azian Astro Prima
Calon Menantu Tuan Rumah Ika
Puteri Yang Ditukar Maria(muda) Astro Prima
Rumah Siti Khadijah: Call Girl Fatin TV3
Satukan RasaFilem dan drama yang belum dikeluarkan Ayu Saerah Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Cinta Bae Kicap Suhaili
2018 Malam Ini Aku Menangis Shereen
Secarik Kasih Mama Nicky
2019 Kipas Belum Mati Opie
Izinkan Aku Menyayanginya Zarra
PentasFilem dan drama yang belum dikeluarkan Rozana
Papa SegeraFilem dan drama yang belum dikeluarkan Moon
Kemelut ImpianFilem dan drama yang belum dikeluarkan Nissa

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Akademi Fantasia Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2014
Girlfriend
Deritaku
2015
Tiba Kini Waktu
2016
UFO

[9]

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2014 Bertahan Kumpulan Kristal
Girlfriend Hanarose

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019
Anugerah Telenovela
Pelakon Wanita Popular Mata Ketiga Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Januari 2017). Isyariana 'korban' rambut panjang Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  2. ^ a b Tersingkir dengan cara begini, sangat kejam - Riana AF2016 Astro Awani (19 September 2016). Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (12 Februari 2017). "Isyariana tak kisah watak pembantu". Berita Harian. Dicapai 2018-05-07. 
  4. ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2017). Isyariana enggan 'hanyut' digelar klon Agnes Monica Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  5. ^ Azlan Jusoh (8 September 2017). Biodata Isyariana Azmi Encik Shino. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
  6. ^ Ifqdar Rahman (2 September 2014). Duo Hanarose milik Cat Farish Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Jun 2018.
  7. ^ Kumpulan duo Hanarose bakal lancar single "Girlfriend" Budiey (22 Mei 2014). Diperoleh pada 26 Jun 2018.
  8. ^ Rafiq Mazlan (20 September 2016). "Perjalanan tiga pelajar AF2016 terhenti". Sinar Harian. Dicapai 2018-05-07. 
  9. ^ Norhayati Suboh (7 November 2018). [1] Mingguan Wanita. Diperoleh pada 12 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]