It's The Moment Yang Arif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem It's The Moment Yang Arif
PengarahS.T Bala
Dihasilkan olehEmpire Film Solution
DibintangiRoss Hassan, Keena Mentor,[1] Jacob Rabindranath Krishnan, Balakumaran Krishnasamy
Tarikh tayangan
10 Mac 2016
Masa tayangan
1 Jam 30 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Inggeris,/ Bahasa Melayu,/ Bahasa Tamil
BajetRM
Pecah panggungRM4.68 ribu (7 hari tayangan)

It's The Moment Yang Arif merupakan sebuah filem jenayah yang diarahkan oleh S.T Bala[2] dan dibintangi oleh Ross Hassan, Keena Mentor, Jacob Rabindranath Krishnan, Balakumaran Krishnasamy. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak jenayah dan ngeri. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Mac 2016.

Filem ini mula ditayangkan pada 10 Mac 2016 dan pengedarannya diuruskan oleh Empire Film Solution. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Tamil

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem It's The Moment Yang Arif mengisahkan tentang seorang lelaki Daniel, seorang yang berpelajaran dan berpangkat tinggi yang telah melakukan kesilapan besar. Namun dia percaya dirinya tidak bersalah dan bertindak untuk mendapat keadilan. Jinna pula seorang gadis moden yang juga seorang yang berpelajaran dan berjawatan besar yang marah dengan tindakan Daniel dan nekad untuk menuntut bela.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Para pelakon yang berlakon di dalam filem ini termasuk Ross Hassan, Keena Mentor, Jacob Rabindranath Krishnan, Balakumaran Krishnasamy

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem It's The Moment Yang Arif ini dihasilkan oleh Empire Film Solution.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikelaskan sebagai P13, iaitu memerlukan bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Tayangan[sunting | sunting sumber]

It's The Moment Yang Arif telah ditayangkan di 33 panggung dan mendapat kutipan sebanyak RM4.68 ribu dalam tempoh 7 hari tayangan.[3]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berdasarkan satu kes jenayah yang berlaku di California, Amerika Syarikat yang dibaca oleh pengarahnya, S.T Bala, selepas membacanya di akhbar 25 tahun sebelum penghasilannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keena Mentor tidak berputus asa". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2016.
  2. ^ ""It's The Moment Yang Arif" inspirasi dari kisah sebenar". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2018.
  3. ^ Tajuk : It's The Moment Yang Arif

Pautan luar[sunting | sunting sumber]