Itik bersiul kepala merah
| Itik bersiul kepala merah | |
|---|---|
| Jantan | |
| Betina Panggilan dirakam di Dorset | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Anseriformes |
| Keluarga: | Anatidae |
| Genus: | Mareca |
| Spesies: | M. penelope
|
| Nama binomial | |
| Mareca penelope (Linnaeus, 1758)
| |
| Sinonim | |
| |

Itik bersiul kepala merah (Mareca penelope), atau hanya dikenali sebagai itik bersiul atau itik wigeon, ialah salah satu daripada tiga spesies itik bersiul dalam genus itik cepuk Mareca. Ia biasa ditemukan dan tersebar luas di kawasannya.
Spesies ini pertama kali dihuraikan oleh Linnaeus dalam buku Systema Naturae pada tahun 1758 di bawah nama saintifiknya.[2]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Itik ini sepanjang 42–52 cm (17–20 in) dengan lebar sayap 71–80 cm (28–31 in) dan berat sekitar 500–1,073 g (1.102–2.366 lb).[3][4] Jantan semasa mengawan memiliki sisi dan bahagian belakang kelabu, dengan hitam di ekor dan pelepah hijau gelap dan tompok putih pada bahagian atas sayap, jelas ketika terbang atau berehat. Ia memiliki dada merah jambu, perut putih dan kepala perang ("chestnut" dengan atas kepala berwarna krim.[5] Bulu semasa bukan mengawan itik jantan sama dengan itik betina. Itik betina berwarna perang cerah. Ia boleh dibezakan dengan kebanyakan itik lain, kecuali itik bersiul Amerika, berdasarkan bentuk. Bagaimanapun, spesies ini memiliki kepala lebih pucat dan tompok putih di bawah sayap. Betina turut mempunyai morf terang dengan kepala lebih merah, dan morf kelabu dengan kepala yang lebih kelabu.[5]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Itik bersiul kepala merah membiak dengan bertelur. Telur itik ini bercengkerang keras.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2017). "Mareca penelope". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T22680157A111892532.en. Dicapai pada 13 November 2021. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Linnaeus, C. (1758)
- ^ Floyd, T. (2008)
- ^ CRC Handbook of Avian Body Masses by John B. Dunning Jr. (Editor). CRC Press (1992), ISBN 978-0-8493-4258-5.
- ^ a b Dunn, J. (2006)