Ivan Rakitić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ivan Rakitić
Ivan Rakitić - Croatia vs. Portugal, 10th June 2013.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhIvan Rakitić[1]
Tarikh lahir (1988-03-10) 10 Mac 1988 (umur 30)
Tempat lahirMöhlin, Switzerland
Ketinggian1.84 m (6 ft 0 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniBarcelona
Nombor4
Kerjaya remaja
1992–1995FC Möhlin-Riburg
1995–2005FC Basel
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2005–2007FC Basel34(11)
2007–2011Schalke 0497(12)
2011–2014Sevilla117(27)
2014–Barcelona14(3)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Switzerland B214(1)
2009Croatia B214(2)
2007–Croatia69(9)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16 November 2014

Ivan Rakitić (lahir 10 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rakitić telah dilahirkan di Möhlin, yang terletak di kanton Aargau. Keluarga beliau merupakan berbangsa Croatia. Bapa beliau, Luka dan keluarganya berasal dari Sikirevci manakala ibunya pula merupakan etnik Bosnia yang berasal dari Žepče. Rakitić menghabiskan masa kanak-kanaknya di Switzerland. Bapa dan abang beliau juga seorang pemain bola sepak.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Basel[sunting | sunting sumber]

Selepas menghabiskan sedikit masa bersama pasukan remaja, Rakitić membuat debut untuk pasukan senior Basel pada 29 September 2005 ketika perlawanan Piala UEFA menentang Široki Brijeg. Beliau membuat penampilan pertama di Liga Super Switzerland pada 15 April 2006 ketika Basel menentang Neuchâtel Xamax. Dalam musim pertamanya bersama Basel, beliau telah menjaringkan 11 gol daripada 33 penampilan liga. Beliau juga membuat enam penampilan Piala UEFA dan beliau dinobatkan sebagai pemain muda terbaik pada musim 2006–07 dan juga menerima anugerah Gol Terbaik Tahunan selepas beliau menjaringkan gol cantik ketika menentang St Gallen pada 22 Oktober 2006.[2]

Schalke[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2007, beliau menandatangani kontrak bersama Schalke 04 dengan bayaran sebanyak €5 juta (RM21 juta).

Beliau membuat debut untuk Schalke pada 21 Julai 2007 dalam saingan DFB-Ligapokal menentang Karlsruher SC dan beliau hanya membuat dua penampilan untuk Schalke pada kejohanan itu dan Schalke menduduki tempat kedua. Pada 5 Ogos 2007, Rakitić menjaringkan gol pertama untuk kelab barunya ketika membelasah Eintracht Trier, 9-0 dalam pusingan pertama German Cup.

Pada 10 Ogos 2007, dalam musim baru Bundesliga perlawanan di antara Schalke dan Stuttgart, Rakitić memasuki padang pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga selepas hanya tujuh minit berada di padang, dan keputusannya Schalke seri 2-2. Pada 15 September 2007, beliau menjaringkan gol sekali lagi buat Schalke ketika seri 1-1 menentang Bayern Munich.[3] Tiga hari kemudian, Rakitić membuat debut Liga Juara-Juara Eropah tewas 1-0 kepada Valencia. Beliau dan rakna sepasukan Mladen Krstajić digantung dari skuad kerana sebelum perlawanan Schalke menentang Rosenborg, mereka telah ditangkap kerana memonteng latihan dan pergi ke parti lewat malam. Rakitić kemudian mengalami kecederaan pada lutut ketika menjalani latihan untuk menentang Chelsea dan beliau terpaksa berehat selama sebulan.

Selepas beliau pulih dari kecederaan, Rakitić meledak satu gol dan membuat dua hantaran untuk Schalke menang bergaya 3–0 ke atas VfL Bochum[4] lalu Schalke menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan. Beliau meneruskan perlawanan bersama Schalke dengan menentang Eintracht Frankfurt, beliau membuat hantaran kepada Mladen Krstajić untuk memberikan gol tunggal Schalke pada perlawanan itu. Dalam jumlah keseluruhannya, beliau menghabiskan musimnya di Bundesliga dengan menjaringkan tiga gol, sepuluh hantaran daripada 29 penampilan.

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Rakitić bersama Sevilla F.C.

Pada 28 Januari 2011, Rakitić menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama Sevilla FC dengan bayaran sebanyak €2.5 juta (RM10 juta).[5] Beliau membuat debut untuk Sevilla pada 6 Februari 2011 menentang Málaga CF. Dalam perlawanan seterusnya menentang Racing de Santander, beliau menjaringkan gol sendiri. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sevilla ketika menentang Hércules CF. Beliau terlepas empat perlawanan liga akibat kakinya patah. Beliau menjaringkan lima gol dalam setengan musimnya untuk Sevilla daripada 13 perlawanan sebelum kecederaan kaki.

Ketika La Liga 2011–12, beliau telah membuat 39 penampilan dengan membuat enam hantaran dan menjaringkan satu gol.

Rakitić memulakan La Liga 2012–13 dengan membuat hantaran ketika perlawanan pembukaan menentang Getafe CF. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim itu pada hari kelima perlawanan menentang Deportivo de La Coruña. Rakitić menjaringkan dua gol ketika menentang pesaing dalam bandar yang sama, Real Betis.[6] Sehingga penghujung musim, beliau membuat 42 penampilan dan menjaringkan 12 gol dan tiga daripanya ketika Piala Sepanyol. Beliau juga membuat sepuluh hantaran. Statistik menunjukkan Rakitić telah mencipta 100 peluang dan kedudukan keempat semua pemain di Eropah yang mencipta banyak peluang.[7]

Dalam permulaan La Liga 2013–14, jurulatih Unai Emery menamakan Rakitić sebagai kapten pasukan baru Sevilla. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim itu ketika tewas 3-2 di tangan FC Barcelona pada 14 September selain beliau membuat dua hantaran. Beliau juga menjadi Pemain Terbaik Perlawanan ketika Sevilla menang Liga Europa UEFA 2013-14, 4-2 melalui penalti menentang kelab negara jiran, Benfica di Stadium Juventus, Turin, Itali.[8] Beliau juga termasuk dalam Pasukan Pilihan Liga Europa UEFA.[9] Beliau menghabiskan musimnya 2013-14 dengan menjaringkan 15 gol dan membuat 17 hantaran. Dalam Anugerah LFP, Rakitić tercalon dalam anugerah pemain tengah terbaik, di belakang Andrés Iniesta.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Jun 2014, FC Barcelona menandatangani Rakitić dengan kontrak lima tahun bermula pada 1 Julai.[10][11] Rakitić kemudian diberikan jeri nombor 4. Beliau membuat debut untuk Barcelona ketika perlawanan pra-musim menentang OGC Nice pada 2 Ogos. Ketika perlawanan pra-musim menentang HJK Helsinki, Rakitić membuat dua hantaran untuk Barcelona, kelab Catalan itu menang besar 6–0.[12] Rakitić menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika menang besar 5-0 ke atas Levante pada 21 September 2014. Beliau menjaringkan gol itu dari luar kotak penalti.[13]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rakitić (kiri) ketika aksi perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Brazil.

Rakitić membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia pada 8 September 2007 ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Estonia di Zagreb, Croatia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Croatia ketika perlawanan kelayakan seterusnya menentang Andorra, Croatia menang besar 6–0 pada 12 September 2007.

Pada awal Mei 2008, beliau sertai skuad Croatia yang beraksi di Euro 2008, beliau menjadi pemain kedua termuda. Ketika perlawanan suku akhir menentang Turki, selepas Croatia terikat seri 1-1, Rakitic mengambil sepakan penalti tetapi dapat dibaca oleh penjaga gol Turki, Rüştü Reçber. Croatia tewas kepada Turki 3-1 dan Croatia tersingkir daripada kejohanan itu.

Selepas bermain dalam kesemua perlawanan kelayakan Euro 2012, beliau dimasukkan dalam skuad Croatia yang beraksi di Euro 2012. Rakitic bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Croatia di Euro 2012 menentang Republik Ireland, Itali dan Sepanyol.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 pada 12 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol dari sepakan percuma ketika menentang Macedonia untuk membantu Croatia menang 2-1. Rakitić bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Croatia di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau membuat hantaran kepada gol tunggal Croatia ketika tewas 3-1 kepada Mexico.[14]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 12 September 2007 Andorra la Vella, Andorra  Andorra 0–6 0–6 Kelayakan UEFA Euro 2008
2 20 Ogos 2008 Maribor, Slovenia  Slovenia 1–1 2–3 Persahabatan
3 2–3
4 15 Oktober 2008 Zagreb, Croatia  Andorra 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
5 4–0
6 11 Februari 2009 Bucharest, Romania  Romania 1–1 1–2 Persahabatan
7 5 September 2009 Zagreb, Croatia  Belarus 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
8 28 Mei 2010 Osijek, Croatia  Wales 1–0 2–0 Persahabatan
9 12 Oktober 2012 Skopje, Republik Macedonia  Macedonia 1–2 1–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Disember 2014
Kelab Liga Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Switzerland Basel Liga Super Switzerland 2005–06 1 0 1 0 1 0 3 0
2006–07 33 11 5 0 5 0 43 11
Jumlah 34 11 6 0 6 0 46 11
Jerman Schalke 04 Bundesliga 2007–08 29 3 6 1 7 0 42 4
2008–09 23 1 4 1 7 1 34 3
2009–10 29 7 4 0 33 7
2010–11 16 1 5 1 5 0 26 2
Jumlah 97 12 19 3 19 1 135 16
Sepanyol Sevilla La Liga 2010–11 13 6 1 0 2 0 16 6
2011–12 36 0 3 1 0 0 39 1
2012–13 34 9 8 3 42 12
2013–14 34 12 0 0 18 3 52 15
Jumlah 117 27 12 4 20 3 149 34
Sepanyol Barcelona La Liga 2014–15 14 3 1 1 5 0 20 4
Jumlah 14 3 1 1 5 0 20 4
Jumlah kerjaya 262 52 38 8 50 4 350 64

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

FC Basel
Sevilla

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai 8 July 2014. 
  2. ^ "Petrić the star in Switzerland". UEFA. 30 May 2007. Dicapai 7 October 2014. 
  3. ^ "Match report Bayern vs Schalke". FC Bayern Munich. 15 September 2007. Dicapai 29 January 2011. 
  4. ^ "VfL Bochum 0–3 Schalke 04". ESPN Soccernet. 6 May 2008. Dicapai 29 January 2011. 
  5. ^ "Rakitić opts for Sevilla, Medel to follow". UEFA. 28 January 2011. Dicapai 30 January 2011. 
  6. ^ "Real Betis vs. Sevilla, 2013 La Liga: Final score 3–3, Betis pulls off a dramatic derby comeback". SBNATION. Dicapai 5 February 2014. 
  7. ^ Talintyre, Dan. "Should Liverpool Target Playmaker Who Created More Chances Than Mata & Cazorla? Transfer Scouting Report". Squawka News. Dicapai 5 February 2014. 
  8. ^ Johnston, Neil (15 May 2014). "Sevilla win Europa League final". BBC Sport. Dicapai 15 May 2014. 
  9. ^ "UEFA Europa League squad of the season". UEFA. 3 June 2014. Dicapai 4 June 2014. 
  10. ^ "Agreement for Ivan Rakitic to join FC Barcelona". FC Barcelona. Dicapai 16 June 2014. 
  11. ^ "Rakitic will wear Fábrega's number 4". Mundo Deportivo. Dicapai 7 August 2014. 
  12. ^ Atkinson, Tre' (9 August 2014). "Helsinki 0–6 Barcelona: What Luis Enrique Learned from Pre-Season Friendly". bleacherreport.com. Dicapai 26 August 2014. 
  13. ^ "Lionel Messi inspired Barcelona to a crushing victory over Levante as Luis Enrique's team continued their perfect start to the season". BBC. 21 September 2014. Dicapai 28 September 2014. 
  14. ^ "Croatia 1 Mexico 3". BBC Sport. 23 June 2014. Dicapai 24 June 2014. 
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Palop
Kapten Sevilla
2013–2014
Diikuti oleh:
Fernando Navarro