Ivor Jennings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sir William Ivor Jennings, KBE, (16 Mei 1903 - 19 Disember 1965) merupakan seorang peguam British, dan pendidik yang telah pergi ke Ceylon (sekarang Sri Lanka) dalam tahun 1942 dengan satu mandat untuk membina sebuah universiti di tempat tersebut, pada masa itu sebuah koloni. Instisi berkenaan, mengikut model Oxbridge, telah dinamakan sebagai Universiti Ceylon dan merupakan yang pertama ditubuhkan di Colombo, ibu negara Ceylon, sebelum dipindahkan pada tahun 1952 kepada satu kampus khas di Peradeniya.

Pada 1955, Jennings mendapat ijazah kedoktoran kehormat dengan undian senat Universiti Ceylon untuk mengiktiraf jasanya dalam mengasaskan dan membangunkan institusi tersebut. Pada tahun yanh sama, dia kembali ke Britain untuk menyandang jawatan Ketua Trinity Hall, Cambridge. Selepas itu, dia menjadi Naib-Canselor Universiti Cambridge, suatu jawatan yang ketika itu digilirkan di antara ketua-ketua kolej.

Jennings merupakan ahli dalam undang-undang perlembagaan dan seorang penulis buku sahih mengenai cara Perlembagaan United Kingdom berfungsi. Dia juga terlibat dalam mendraf Perlembagaan Persekutuan Malaya sebagai anggota Suruhanjaya Reid.