Iwo Jima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iwo Jima
Nama asli:
硫黄島
Lokasi Iwo Jima di Lautan Pasifik
Geografi
LokasiLautan Pasifik (Laut Filipina)
Koordinat24°47′N 141°19′E / 24.783°N 141.317°E / 24.783; 141.317
KepulauanKepulauan Volcano
Puncak tertinggiGunung Suribachi[1]
Pentadbiran
SubwilayahSubwilayah Ogasawara
PopulasiTiada penduduk awam (hanya pegawai tentera)
Imej satelit Iwo Jima (2000)

Iwo Jima (bahasa Jepun: 硫黄島 Iōtō, atau Iōjima, bermaksud "pulau belerang") ialah pulau gunung berapi di Jepun, sebahagian dari Kepulauan Ogasawara. Pulau yang terletak ±650 mil laut (1200 km) selatan Tokyo (24,754° LU, 141,290° BT) ini terkenal sebagai tempat berlakunya pertempuran pada Februari dan Mac 1945 antara Jepun dan Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia II.

Dengan keluasan ±21 km², Iwo Jima secara umum memiliki permukaan yang mendatar. Gunung Suribachi (atau Suribachiyama) merupakan bentang alam yang paling dominan di pulau ini dengan ketinggian 166 m.

Pangkalan Udara Tentera Laut[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut Jepun atau Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) mengendalikan sebuah pangkalan udara angkatan laut di Iwo Jima dengan panjang landasan mencapai 2.650 meter dan lebar 60 meter. Kod yang diberikan ICAO untuk pangkalan udara di Iwo Jiwa ini ialah RJAW, sementara kod yang diberikan IATA ialah IWO.

Tentera Laut Jepun bertugas untuk menyokong dan mengendalikan lalu-lintas udara, pengisian bahan apo, dan melakukan misi penyelamatan. Pangkalan di Iwo Jima juga digunakan oleh Tentera Udara dan Tentera Darat Jepun. Bahkan, Tentera Laut Amerika Syarikat turut memanfaatkan pangkalan ini untuk sejumlah kegiatan seperti latihan pendaratan di waktu malam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]