Izreen Azminda
Izreen Azminda | |
---|---|
Kelahiran | Izreen Azminda binti Aznam 30 Ogos 1985 |
Pendidikan | Diploma Kewartawanan Integratif |
Pusat pendidikan | Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara televisyen |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Muhamad Riza Baharudin (k. 2012; c. 2014) Muhammad Radzi Abdul Wahid (k. 2017)[1] |
Anak | 2 |
Izreen Azminda Aznam (Jawi: ازرين عزميندا; lahir 30 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan terkenal dengan peranan lakonan dalam beberapa drama TV termasuk Gerak Khas, Juvana, Kerana Terpaksa Aku Relakan, 7 Suami dan Eksperimen Cinta.[2]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Kangar, Perlis dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
Pada tahun 2012, Izreen berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin[3][4] namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau.[5][6][7][8] Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.[9][10][11]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga[12] dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.
Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya dan Zara Zya.
Izreen menjadi bintang utama bersama Beto Kusyairy, Syazwan Zulkifly, Elfira Loy, Naim Danial, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.
Izreen muncul bersama Tony Eusoff dan Soffi Jikan dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI.[13]
Gempak Superstar[sunting | sunting sumber]
Persembahan[sunting | sunting sumber]
Izreen merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor
- Minggu 2: "Tanpa Kekasihku" nyanyian asal Agnez Mo
- Minggu 3: "Cinta Kristal" nyanyian asal Rahim Maarof
- Minggu 4: "Potret" nyanyian asal Akim & The Majistret
Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]
Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | 3 (24/Apr) | 4 (1/Mei) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | |||||||||
6 | Izreen | Kekal | ke-3 | ke-4 | Tersingkir |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Otai | Pengacara Program Otai (P) | A. Razak Mohaideen | Filem pertama |
Nana Tanjung 2 | ||||
2013 | Pecah | Lydia | Asrul Hisham Ahmad | |
2017 | Pak Pong | Nora | Fauzi Nawawi | |
2018 | Blok 404 | Azma Aizal Yusoof | Penampilan khas |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Berselindung Di Sebalik Kaabah | Maya | ||
Tangisan Langsuir | ||||
Mendongak Ke Langit | ||||
2012 | Nenek Bongkok 3 | |||
3 Jumaat Terakhir | ||||
Perempuan Itu Ibuku | Kamariah | |||
2013 | Diari Hatiku | |||
Dia Yang Terpilih | Mak Su | |||
2014 | Perjalanan | |||
Racun Menantu | Jamilah | |||
Homestay Berhantu | Mawar | |||
Tingkat Atas Tingkat Bawah | Liza | |||
Hanya Di Atas Kertas | ||||
2015 | 5 Kali Cinta | Ayuni Reffa | ||
Isteriku Bukan Tukang Masak | Doktor | Astro Maya HD | Penampilan Khas | |
Jodoh Ke Uolls | Indah Halina | TV3 | khas gabungan antara Hati Perempuan & Kerana Terpaksa Aku Relakan | |
Cinta Gila | Atikah/Ika | |||
Bukan Wanita Sempurna | Intan | |||
Laki Aku Drakula | ||||
Wan Embong | Cempaka | |||
Awaklah Imam Saya | ||||
2016 | Kolam Cinta | |||
Kau Ilhamku | ||||
Kak Marr Raya | Asmah | TV3 | ||
Sepahtu Mercun Raya | ||||
Suamiku Bukan Tukang Masak | ||||
Misiku Sado | TV9 | |||
Telah Ku Ikhlaskan | Maizura | TV3 | ||
2017 | Syawal Yang Kuinginkan | |||
Surat Panjang Untuk Mak | ||||
Asam Pedas Pewitt | Peah | |||
Cinta Latah | Shaza | TV2 | ||
Mahram | TV3 | |||
Pesan Dari Tuhan | Manisah | TV2 |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Siaran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Gerak Khas (Musim 8) | Minah | TV2 | Episod: "Minah Rewang" |
2007 | Airmata Maria | Ruby | TV3 | Pelakon undangan |
2009 | Nenek Kebaya | Marini | ||
Gerak Khas (Musim 11) | Mona | TV2 | Episod: "Terjerat" | |
2010 | Isabella | Shasha | ||
2011 | Juvana | Cikgu Zakiah | TV3 | |
Tentang Dhia | Melly | |||
Stanza Cinta | ||||
Terowong | Shida | Episod: "Cantik" | ||
2012 | Jangan Ambil Padang Kami | Akmar | Astro Ria | |
Suri | Kira | |||
Julia | Sofia | TV3 | ||
Metro Skuad (Musim 1) | Rina | TV2 | Watak berulang | |
2013 | Cinta Qaseh | Maria | TV3 | |
Tanggang Ayu | Ayu | Astro Prima | ||
Sehangat Asmara | Mimie | Astro Mustika HD | ||
2014 | Kerana Terpaksa Aku Relakan | Indah Halina | TV3 | |
7 Suami | Safiyah | |||
2015 | Parut Cinta | Farina | ||
Eksperimen Cinta | Damia Farisha | |||
2016 | Kak Marr | Asmah | ||
Ahli Mesyuarat Tingkap | Ju | |||
Lelaki Macam Dia | Nur Fatihah Husna | Astro Ria | ||
2017 | Tukar - Tukar Menu | Khatijah/Cat | ||
Pergilah Air Mata | Dayana Dr. Dahari | TV1 | ||
2020 | Hadiah Dari Tuhan | TV3 | ||
2021 | Hilangkah Janji Kita | Hypp Sensasi |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Layar Kasih | TV Okey |
Teater[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2014 | Takhta 3 Ratu | Puteri Majapahit/Galuh |
Iklan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Iklan |
---|---|
2017 | P&G |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2013 | Anugerah Skrin 2013 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Perempuan Itu Ibuku) | Menang |
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular | Tercalon |
2014 | Anugerah Skrin 2014 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Perjalanan) | Tercalon |
2016 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 | Aktres Pilihan (Eksperimen Cinta) | Tercalon |
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 | Pengacara TV Popular | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Sensasi Popular | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamad (1 Disember 2017). Izreen isteri kedua saya Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2018.
- ^ Izreen Azminda mahu jadi eksklusif - Hiburan Sinar Harian (19 Februari 2017). Dicapai pada 19 Februari 2017.
- ^ Izreen Azminda kahwin bukan sebab kecewa dengan Johan As'ari mStar Online (5 Jun 2012). Diperoleh pada 5 Jun 2012.
- ^ Izreen Azminda Kahwin 30 Ogos 2012 Malaysian Digest. Dicapai pada 16 Disember 2012.
- ^ "Saya belum ceraikan Izreen Azminda" - Suami mStar Online (21 Mei 2014). Dicapai pada 22 Mei 2014.
- ^ 11 Jun 2014. Izreen Azminda dan Muhammad Riza sah cerai talak satu Oh Bulan! (11 Jun 2014). Dicapai pada 12 Jun 2014.
- ^ Izreen nafi orang ketiga punca cerai Kosmo! (12 Jun 2014). Dicapai pada 13 Jun 2014.
- ^ Suami lafaz cerai di lokasi penggambaran Sinar Harian (21 Mei 2014). Dicapai pada 21 Mei 2014.
- ^ (TAHNIAH) Izreen Azminda lahirkan anak lelaki Beautifulnara (13 Julai 2013). Dicapai pada 13 Julai 2013.
- ^ Anak peluk kaki Izreen ketika berlakon - Hiburan Berita Harian (26 Julai 2016). Dicapai pada 26 Julai 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). Izreen Azminda selesa berkawan dengan bekas suami Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
- ^ 'Kontrak asal memang setahun' Harian Metro (28 Disember 2015). Dicapai pada 18 Januari 2016.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (7 Januari 2017). "Teruja jayakan filem Pecah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 16 Mei 2018.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Kelahiran 1985
- Orang hidup
- Orang dari Perlis
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Alumni Institut Media Integratif Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Peserta Dewi Remaja
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Orang dari Kangar