Izwan Azir Saleh
Izwan Azir Saleh | |
---|---|
![]() Izwan Azir ketika menjadi Setiausaha Akhbar di MITI pada 2018 | |
Kelahiran | Mohd Izwan Azir bin Mohad Saleh 15 Disember 1980 |
Kerakyatan | Malaysia |
Pendidikan | Bachelor, Human Sciences (Communication) International Islamic University Malaysia 2005 |
Pekerjaan | Penyampai berita, wartawan penyiaran, penyampai radio |
Tahun aktif | 2002–kini |
Terkenal kerana | Buletin Utama |
Ibu bapa |
|
Izwan Azir Saleh (lahir 15 Disember 1980) merupakan seorang bekas penyampai berita TV3 dan juga bekas wartawan kanan di stesen TV itu. Selain Buletin Utama, Izwan turut diberi kepercayaan untuk menjadi hos siaran untuk beberapa program lain seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Soal Jawab, Pembentangan Bajet, dan program pilihanraya 'Mandat'. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan dengan membuat pengkhususan dalam bidang Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2005. Memulakan kerjayanya sebagai Penyampai Berita sambilan di TV3 pada 2002, beliau diserap sebagai wartawan sepenuh masa setelah bergraduasi dan telah membuat liputan penting termasuk peristiwa MH370 dan MH17 pada 2014. Beliau meletak jawatan pada 2 Julai 2018 setelah 16 tahun berkhidmat di TV3. Pada awal Januari 2021 beliau kembali menjadi pengacara di ntv7 dalam program Soal Drama. Pada Oktober 2020, Izwan memulakan tugas sebagai Penyiar Radio, di Kool FM 'Suara Semasa' yang juga dimiliki Media Prima. Izwan mengendalikan 'Kool FM Izwan Azir' setiap Isnin - Jumaat, 3pm - 7pm.
Radiografi[sunting | sunting sumber]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Televisyen[sunting | sunting sumber]
- Malaysia Hari Ini
- Buletin Utama
- Mandat
- Pembentangan Bajet
- Laporan Khas MH370 dan MH17
- Soal Jawab
- Soal Drama - ntv7 / TV9 (2021)
- Soal Rakyat
- Dengar (Musim 2) - TV AlHijrah