Izwan Pilus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Izwan Pilus
Izwan Pilus Erti Kasih.jpg
Izwan Pilus dalam kulit album Erti Kasih
Kelahiran Khairil Izwan bin Pilus
(1979-11-24)24 November 1979
Jasin, Melaka, Malaysia
Meninggal dunia 21 Januari 2012(2012-01-21) (umur 32)
Hospital Ampang, Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematian Menghidap jangkitan virus kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis)
Dikebumikan Jasin, Melaka, Malaysia
Kediaman Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain Izwan, Kutek
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pekerjaan Penyanyi, Pengacara
Tahun aktif 2004-2012
Terkenal kerana Bekas finalis Bintang RTM 2004
Kampung asal Jasin, Melaka, Malaysia
Ketinggian 174 cm
Saudara Khairil Azam Pilus (adik)

Khairil Izwan Pilus (24 November 1979 - 21 Januari 2012) atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus merupakan seorang penyanyi muda yang terkenal di Malaysia. Beliau juga telah menyampaikan lagu-lagu yang bercirikan balada, pop serta nyanyian hit rancak Melayu. Penyanyi itu pernah mempopularkan dengan menerusi lagu pertama beliau sendiri iaitu Indah Lelapku, manakala single kedua iaitu Erti Kasih dan lagu yang dipetik daripada drama siri Korea Full House, iaitu single yang berjudul Kembali Senyum ciptaan sepenuhnya dari komposer LY. Pada masa yang sama, beliau telah mencipta album solo yang pertama iaitu Erti Kasih.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Izwan pada awalnya pernah menyertai rancangan realiti anjuran oleh RTM di kaca TV iaitu Bintang RTM 2004 secara permulaan sebelum nama beliau dikenali di layar perak. Beliau juga telah mencungkil bakat nyanyian bersama beberapa selebriti utama pada waktu itu merupakan peserta yang menyertai rancangan RTM pada tahun 2004. Antara beberapa artis yang dijadikan peserta selain Izwan adalah penyanyi seperti Farawahida, Siti Sarah Raisuddin, Ernie Zakri, Misha Omar serta Sharifah Zarina dan Ani Maiyuni selaku peserta yang terawal sebelum dijadikan finalis bagi rancangan itu. Pada masa yang sama, beliau juga pernah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bersama finalis Bintang RTM yang lain namun beliau tidak berjaya kerana telah tersingkir dalam separuh akhir.

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Selain bakat beliau yang terserlah dalam bidang nyanyian, Izwan pernah ditampilkan untuk menjadi seorang pengacara tempatan. Izwan juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan yang menampilkan beliau dan Abby Nadzri dalam Suara Emas Bintang RTM anjuran terbitan RTM pada tahun 2008. Beliau juga pernah bergandingan bersama artis lain serta pengacara iaitu Alisya dan Muadz iaitu Bintang RTM pada 2009.

  • Suara Emas Bintang RTM (2008)
  • Bintang RTM 2009 (2009)
  • Program Racik-Racik Herba (2011)

Album[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2012, Izwan Pilus telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 6.15 petang di sebuah hospital yang berada di Ampang, Selangor akibat menghidap jangkitan virus kencing tikus serta jangkitan kuman di dalam darah. Pemergian beliau itu telah disahkan oleh adiknya yang ketika itu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus menerusi laman Twitter milik beliau. Izwan telah dimasukkan ke hospital tersebut pada 12:30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas malah mata dan kulitnya telah menjadi kuning serta keadaannya pada masa itu semakin kritikal menjelang petang.

Pada awal Disember tahun lalu, Izwan juga pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi akibat mengalami demam panas yang berpanjangan tetapi Izwan kembali pulih selepas menjalani rawatan. Izwan bagaimanapun dibenarkan keluar sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.

Jenazah Allahyarham Izwan Pilus telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Jasin, sekitar jam 11 pagi dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Melaka.[1] Kematian beliau turut dirasai malah dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti penyanyi Bob Yusof, Farawahida, Ani Maiyuni serta sahabat-sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus yang merupakan kehilangan besar buat industri seni hiburan tempatan. Meskipun kehilangan beliau telah menggemparkan industri hiburan, namun lagu-lagu beliau sentiasa diingati serta terpahat dalam ingatan malah menjadi pengubat rindu buat insan seni.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]