Izzat Mushtaq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Izzat Mushtaq
Kelahiran
Muhammad Izzat Mushtaq bin Hussin

(1992-04-27) 27 April 1992 (umur 31)
Kampung Delek, Klang, Selangor, Malaysia
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, model, juruaudit
Tahun aktif2017–kini

Muhammad Izzat Mushtaq Hussin (lahir pada 27 April 1992) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau terkenal dengan drama lakonannya seperti Leftenan Zana, Gerak Khas, Pia dan Dua Takdir Cinta.[1] Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang juruaudit.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Izzat dilahirkan pada 27 April 1992 di Kampung Delek, Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK (1) Simpang Lima. Selepas mendapat 5A dalam UPSR, beliau melanjutkan pendidikan menengah di SMK Tengku Ampuan Rahimah. Izzat menyambung pelajarannya di United Kingdom dan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan dan Ekonomi dari Universiti Exeter. Selepas pulang ke Malaysia, beliau menerima sijil ACCA dari Universiti Sunway sebelum memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang juruaudit di sebuah firma audit terkemuka dunia, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Showtime 1958 Jins Shamsuddin Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 The Bridge (Musim 1) ICD Officer Yusof Iskandar Viu
Love At First Swipe Cikgu Zam Tonton
2019 Leftenan Zana Faiz TV3
Devoted Daniel Viu
Gerak Khas (Musim 19) Nazim TV2 Episod: "Kifarah"
Pia Dr. Karl TV3
Aku Yang Kau Tinggalkan Maximo TV1
Tuan Danial Muhsin TV3
Kopitiam Double Shot Rizal ntv7 Episod 5
2020 Dua Takdir Cinta Raikal Astro Prima
The Bridge (Musim 2) ICD Officer Yusof Iskandar Viu
Pink Smile Faiz TV3
Biar Mereka Cemburu Rostam Astro Ria
2020–2021 Gerak Khas (Musim 20) Inspektor Izzat TV3
2021 Checklist Mr. Right Emran

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Geng Lans Koperal Zulkifli Astro First Eksklusif
Kan Ku Kejar Cinta Kamu Raya Tengku Zack Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mustazah GP (6 Januari 2020). "Biodata Izzat Mushtaq, pelakon drama Dua Takdir Cinta". Iluminasi. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 November 2017). "Jiwa Izzat pada lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  3. ^ Naddy Joe (15 Julai 2020). "Betul ke rupa lagi penting dari bakat? Ini reaksi Izzat Mushtaq". Murai.my. Dicapai pada 18 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]