Jóhanna Sigurðardóttir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jóhanna Sigurðardóttir1
Johanna sigurdardottir official portrait.jpg
Perdana Menteri Iceland
Memegang jawatan
1 Februari 2009
PresidenÓlafur Ragnar Grímsson
Didahului olehGeir Haarde
Menteri Hal Ehwal Sosial dan Keselamatan Sosial
Dalam jawatan
24 May 2007 – 1 February 2009
Perdana MenteriGeir Haarde
Didahului olehMagnús Stefánsson (Hal Ehwal Sosial)
Siv Friðleifsdóttir (Menteri Kesihatan dan Keselamatan Sosial)
Digantikan olehÁsta Ragnheiður Jóhannesdóttir
Dalam jawatan
8 Julai 1987 – 24 Jun 1994
Perdana MenteriÞorsteinn Pálsson
Steingrímur Hermannsson
Davíð Oddsson
Didahului olehAlexander Stefánsson
Digantikan olehGuðmundur Árni Stefánsson
Butiran peribadi
Lahir (1942-10-04) 4 Oktober 1942 (umur 77)
Reykjavík, Iceland
Parti politikPeri (2000 – kini)
Gerakan Kebangsaan (1994 – 2000)
Parti Demokratik Sosial (1978 – 1994)
Rakan kongsi
domestik
Jónína Leósdóttir
Anak-anakDua orang anak kandung lelaki (l. 1972 dan 1977)<brS>Seorang anak tiri lelaki (l. 1981)
PekerjaanPemimpin buruh, pramugari
1 Ini merupakan nama orang Iceland yang serupa strukturnya dengan nama Melayu, iaitu nama akhir adalah nama bapa atau ibu dan bukan nama keluarga seperti bangsa-bangsa Barat yang lain; maka tokoh ini harus dipanggil Jóhanna.

Jóhanna Sigurðardóttir[nota 1][nota 2] (IPA: [jouːhanːa ˈsɪːɣʏrðartouʰtɪr]; lahir 4 Oktober 1942) ialah seorang ahli politik Iceland dan Perdana Menteri Iceland masa kini. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal dan Keselamatan Sosial Iceland dari tahun 1987–1994 dan 2007–2009. Beliau menjadi anggota Althing (parlimen Iceland) sebagai wakil Reykjavík semenjak 1978. Beliau menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi Iceland pada 1 Februari 2009; di samping itu juga beliau menjadi ketua pemerintah berorientasi homoseksual pertama di zaman moden.[1][2] Majalah Forbes turut menyenaraikan beliaudalam kalangan 100 orang wanita aling berkuasa di dunia menurut ia.[3]

Pada September 2012, beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula serta akan bersara dari dunia politik.[4]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi Iceland yang dilumpuhkan akibat hutang yang ditanggung berat Icesave, hasil suatu pertelingkahan oleh salah satu bank utama di negara tersebut, Landsbanki pada Oktober 2008.

Pada tahun 2010, pemerintah pimpinannya mengharamkan sebarang kegiatan yang membenarkan majikan mengambil untung dari ketelanjangan badan para pekerja termasuk perniagaan kelab tarian bogel. Beliau beralasan perkara tersebut "mengiktiraf wanita sebagai warga yang sama haknya bukannya sebagai komoditi untuk dijual."[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama orang Iceland sama strukturnya dengan nama asas dalam budaya-budaya Arab, Melayu dan Yahudi di mana nama akhir adalah nama bapa atau ibu yang diimbuhkan dengan kata "anak" dalam bahasa tempatan, bukan nama keluarga seperti bangsa-bangsa Barat yang lain; maka tokoh ini harus dipanggil dengan nama depannya iaitu "Jóhanna".
  2. ^ Nama ini sering dieja dalam akhbar bahasa luar Iceland sebagai Johanna Sigurdardottir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Moody, Jonas (2009-01-30). "Iceland Picks the World's First Openly Gay PM". Time. Dicapai 2009-01-31. 
  2. ^ "First gay PM for Iceland cabinet". BBC News. 1 Februari 2009. Dicapai 2009-02-01. 
  3. ^ "The 100 Most Powerful Women". Forbes. 
  4. ^ Reuters (27 September 2012). "Iceland's PM, its first female premier, says to quit politics". Reuters.com. Thomson Reuters. Diarkibkan daripada asal pada 13 October 2012. Dicapai 13 October 2012. 
  5. ^ Sirota, David (26 Mac 2010). "Iceland's stripping ban – Broadsheet". Salon.com. Dicapai 17 Mei 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]