J. Mizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
J. Mizan
J. Mizan dengan kulit piring hitam Hari Ini Dan Semalam.
Latar belakang
Nama lahirJantan Mizan
Kelahiran1953 (umur 70–71)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1970-an


J. Mizan atau nama sebenarnya Jantan Mizan (lahir 1953) merupakan salah seorang penyanyi lagu Melayu yang terkenal pada era 70-an. J. Mizan terkenal dengan lagu Hari Ini Dan Semalam yang juga merupakan tajuk EP.

J. Mizan berpeluang menghasilkan empat EP dan dua LP bersama syarikat rakaman EMI. Kali terakhir beliau merakam album adalah pada tahun 1979 menurut J. Mizan yang masih lagi aktif menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Orchard Road, Singapura.

Beliau kini bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan bersama isteri tercinta, Hadida Mohd. Amin Yun, dan anak-anak Mohd. Ridzuan, dan Yuslizan.

Dia yang seangkatan dengan D J Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Fatimah Razak dan Halil Chik merupakan anak keenam daripada 11 adik-beradik. Pembabitannya dalam bidang seni suara, bermula semasa remaja ketika dia gemar lepak bersama rakan-rakan dan menyertai kumpulan muzik Kamasutra. Kumpulan Kamasutra sering diundang mengadakan persembahan pada majlis kahwin sekitar Singapura. Dia belajar menyanyi daripada seorang kawan dan bermain gitar dengan seorang pemuzik bernama Raja Akid. Bakat J. Mizan dicungkil oleh komposer Kassim Masdor.

Album[sunting | sunting sumber]

  • Hari Ini Dan Semalam (Piring Hitam)


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Mengapa
  • Aduh Sayang
  • Baidah
  • Berpura Pura sayang
  • Desa Permai
  • Dia Sungguh Menawan
  • Esok Datang Lagi
  • Hari ini dan semalam
  • Hatiku Hatimu
  • Hujan Sore Sore
  • Joget Berpandangan
  • Kalau Ku Bayangkan
  • Kehilangan
  • Ku Membawa Diri
  • Melati Di Tapal Batas
  • Mencari Kesayanganku
  • Merak Kayangan
  • Patah Cincin ( jauh disana )
  • Renungkanlah
  • Senandung Malam
  • Setelah Ku Pandang.
  • Tiada Jalan Kembali.
  • Sayang Tiada Lagi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]