J. Y. Pillay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
J. Y. Pillay
Presiden Singapura
Pemangku
Dalam jawatan
1 September 2017 – 13 September 2017
Perdana MenteriLee Hsien Loong
Didahului olehTony Tan
Digantikan olehHalimah Yacob
Butiran peribadi
Lahir (1934-03-30) 30 Mac 1934 (umur 89)
Klang, Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganBeatrice Rasammah (k. 1963)
Alma materImperial College London

Joseph Yuvaraj Pillay, DUNU (Kelas Pertama)DUNU (Kelas Pertama) (lahir pada 30 Mac 1934), juga dikenali sebagai J. Y. Pillay, berperanan sebagai pemangku Presiden Singapura, berikutan berakhirnya tempoh perkhidmatan Encik Tony Tan Keng Yam sebagai Presiden Singapura pada 31 Ogos 2017. Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun (sehingga tahun 1995) sebagai penjawat awam dan seorang usahawan terkenal (sejak tahun 1995. Beliau salah seorang perintis yang membangunkan Ekonomi Singapura setelah berpisah dari Malaysia pada tahun 1965.

Hidup dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tiada siapa dapat menandingi rekod beliau dalam perkhidmatan awam di Kementerian Kewangan, Temasek, GIC, MAS, MND dan juga SIA dan SGX.

Pengerusi Temasek dan bekas penjawat awam teratas S.Dhanabalan[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pillay dilahirkan di Klang, (kini Selangor, Malaysia) pada tahun 1934. Beliau berkelulusan dari Imperial College London.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sumbangan terbesar beliau adalam dalam membina bangunan penerbangan Singapore Airlines kepada penerbangan bertaraf dunia.[3] Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Singapore Airlines dari tahun 1972 sehingga 1996. Beliau adalah salah seorang daripada beberapa pegawai penjawat awam yang mencapai Kakitangan Gred III.[4]

Beliau merupakan seorang Pengerusi Singapore Exchange antara tahun 1999 dan 2010.[5]

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Tiger Airways Holdings [6] dari tahun 2011 sehingga 2014. Dia sedangBeliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dewan Penasihat Presiden.[7]

Pemangku Presiden[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat sebagai pemangku presiden sejak 1 September 2017 ketika tempoh Encik Tony Tan Keng Yam sebagai presiden tamat pada 31 Ogos 2017, sehingga Puan Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura ke-9 pada 14 September 2017.[8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menganugerahkan dua darjah profesor kehormatan hasil daripada sumbangannya.[9][10]

Untuk perkidmatan awam beliau, Pillay telah diberikan Darjah Utama Nila Utama (Kelas Pertama), salah satu anugerah berprestij dalam Anugerah Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 2012.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "J. Y. Pillay a pioneer in public, private sectors". The Straits Times. Dicapai pada 15 Ogos 2012.
  2. ^ "J Y Pillay Profile". National University Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-05. Dicapai pada 15 Ogos 2012.
  3. ^ Lee, S.H. (10 April 1998). "Ex-SIA chiefs honored as "legends'". The Straits Times. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  4. ^ Ibrahim, Zuraidah (26 March 1995). "J. Y. Pillay: Visionary with a clear focus". The Straits Times. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  5. ^ "J Y Pillay to step down as SGX chairman at year-end". Channel NewsAsia. Dicapai pada 14 September 2010.
  6. ^ "Tiger Airways: Appointed Mr. J Y Pillay As Non-Executive Chairman". ShareInvestor. Dicapai pada 29 Ogos 2012.
  7. ^ "Istana — Council of Presidential Advisers". Istana, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-15. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
  8. ^ "Pillay takes on role of acting president". The Straits Times. Dicapai pada 8 September 2017.
  9. ^ "NUS honours Prof J Y Pillay".
  10. ^ "NUS honours J Y Pillay". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 17 Januari 2012.
  11. ^ "J Y Pillay awarded highest public service honour". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-10. Dicapai pada 14 Ogos 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]