JMTI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institut Teknikal Jepun - Malaysia (Inggeris: Japan Malaysia Technical Institute, JMTI) adalah sebuah institut yang telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun. JMTI ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian.

Kampus JMTI terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus di tahap diploma teknologi kejuruteraan dan berupaya mengeluarkan ahli teknologi yang berwawasan, berdaya kreatif dan beretika tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran.

PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH JMTI

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ( LEPASAN SPM)

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

PROGRAM KEMAHIRAN MALAYSIA ( LEPASAN SKM TAHAP 3)

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI DLKM TAHAP 5 ( LEPASAN DKM TAHAP 4)

  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

  • APRIL 1994: Seramai empat orang dari Kumpulan "Japanese Basic Survey Team on JMTI Project" telah melawat ke Malaysia.
  • OGOS 1994: Perdana Menteri Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTI.
  • FEBRUARI 1995: Dua orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTI.
  • SEPTEMBER 1995: Lawatan ke Malaysia oleh "Japanese Preliminary Survey Mission Team" yang terdiri daripada sembilan anggota dan diketuai oleh En. Shioji.
  • JUN 1996: Tujuh anggota daripada Japanese Specialist Survey Mission Team yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat ke Malaysia untuk kali yang ke-dua.
  • SEPTEMBER 1997: Japanese Implementation Study Team yang diketuai oleh En. Moriaki Nagae, melawat Malaysia. Lawatan itu disusuli dengan majlis menandatangani Record of Discussion (ROD) on Japanese Technical Coorperation on JMTI Project.
  • JANUARI 1998: Kerjasama teknikal antara negara Jepun dan Malaysia telah bermula secara rasmi.
  • JULAI 1998: Seramai 46 orang pelajar telah mendaftar di JMTI yang terdiri daripada pelatih ILP dan pelajar lepasan SPM/SPMV. Mereka telah mengikuti bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE) dan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK).
  • JANUARI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang TKE dan TKK. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan SPM/SPMV sahaja.
  • JULAI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM) dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP).
    Technical Advisory Committee (TAC) ditubuhkan untuk mengkaji semula program-program Diploma Teknologi bagi memenuhi keperluan industri Malaysia.
  • JANUARI 2000: Kakitangan JMTI berpindah ke Pulau Pinang. JMTI memulakan operasi di kampus tetap.
  • SEPTEMBER 2001: Majlis Konvokesyen yang pertama diadakan di JMTI. Seramai 25 orang pelajar berjaya menerima Diploma Kemahiran Teknologi bersama Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]