Jabatan Pengangkutan Jalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari JPJ)
Jabatan Pengangkutan Jalan
جابتن ڤڠڠكوتن جالن
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1 April 1946; 77 tahun yang lalu (1946-04-01)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatAras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
MotoDigitalisasi ke Arah Integriti
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Dato' Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987
Laman sesawang
www.jpj.gov.my


Jabatan Pengangkutan Jalan (Jawi: جابتن ڤڠڠكوتن جالن; singkatan: JPJ) merupakan jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.

Sebelum 1937, pengawalan kereta motor adalah di bawah 4 negeri Melayu Bersekutu iaitu di Bawah Polis Perak dan Selangor, Ketua Inspektor Negeri Sembilan dan 6 Pegawai Daerah di Pahang. Pengawalan tidak berkuatkuasa di Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain dari 4 buah negeri mengenai kenderaan bermotor sehinggalah Enakmen Lalulintas 1937 diluluskan.

Selaras dengan pembukaan jabatan tersebut, satu undang-undang jalan raya yang dinamakan Ordinan Lalulintas Jalan 1953, telah diluluskan mengantikan Enakmen Lalulintas 1937 itu. Memandangkan pentingnya tugas-tugas untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut khasnya terhadap kenderaan perdagangan, maka Bahagian Penguatkuasaaan telah diwujudkan dan menjalankan fungsi penguatkuasaan tersebut.

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.


Pengurusan Tertinggi & Pengarah Negeri[sunting | sunting sumber]

Pangkat Nama
Ketua Pengarah

JUSA B

Dato’ Rospiagos bin Taha
Timbalan Ketua Pengarah

(Perancangan & Operasi)

JUSA C

Tuan Aedy Fadly Bin Ramli
Timbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan)

(JUSA C)

Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof
Negeri Nama Gred
WP Kuala Lumpur Tn. Mohd. Zaki Bin Ismail PTD M52
Selangor Tn. Azrin Bin Borhan PTD M52
Sabah Tn. Mohd Harris Bin Ali PTD M52
Johor Tn. Azmil Bin Zainal Adnan PTD M52
Sarawak Tn. Norizan Bin Jili PTD M52
Pulau Pinang Kosong PTD M52
Perak Tn. Mohammad Yusoff Bin Abustan PTD M52
Kedah Tn. Aman Shah Bin Hashim PTD M52
Perlis Pn. Fatimah Bt Mohamed Ali Piah PTD M52
Melaka Tn. Muhammad Firdaus Bin Sharif PTD M52
Negeri Sembilan Tn. Hanif Yusabra Bin Yusuf PTD M52
Kelantan Tn. Mohd Misuari Bin Abdullah PTD M52
WP Labuan Pn. Atiqah Bt Nawi PTD M52
Pahang Tn. Kamarul Iskandar Bin Nordin PTD M52
Terengganu Tn. Zulkarnain Bin Yasin PTD M52


Bahagian-Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik

Bahagian Kewangan

Bahagian Teknologi Digital

Bahagian Penguatkuasa

Bahagian Kejuruteraan Automotif

Bahagian Perlesenan Kenderaan

Bahagian Pelesenan Pemandu

Bahagian Integriti

Bahagian Hasil

Bahagian Keselamatan Jalan Raya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]