JSLC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JSLC
Jata rasmi JSLC
Maklumat
Ditubuhkan2010
SpesialisLeadership
Pegawai turusHasdhatul Norasyikin Binti Md. Said
Nama alumniJSLCA
Laman sesawang

JSLC (Johor Student Leaders Council) atau Majlis Pemimpin Muda Johor adalah satu organisasi kepimpinan murid yang diwujudkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor. JSLC mula ditubuhkan sejak tahun 2010. Organisasi elit yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda ini diwujudkan atas kapasiti keperluan mewujudkan kumpulan bakat pemimpin masa hadapan yang bakal menerajui negeri Johor dan negara Malaysia.


Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan perkembangan pesat Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, pembentukan pemimpin pelapis berwibawa diperlukan untuk memenuhi keperluan modal insan wilayah ini. Adalah dijangkakan bahawa Iskandar Malaysia bakal menyediakan peluang pekerjaan berjumlah lebih 600,000 hingga 800,000 menjelang tahun 2025. Peluang ini juga merangkumi jawatan di peringkat pengurusan tertinggi sama ada dalam sektor korporat, sektor awam, pemimpin masyarakat mahupun bidang politik yang semestinya memerlukan pelapis berkualiti dalam memastikan kesinambungan pembangunan dan pertumbuhan pesat di Iskandar Malaysia. Justeru, satu usaha untuk melatih dan menyediakan sumber manusia yang kompetitif dan bertaraf dunia harus dilaksanakan seawal peringkat sekolah selari dengan perkembangan fizikal dan sosial yang pesat di koridor selatan ini. Pendidikan merupakan medium yang paling sesuai dalam pembentukan modal insan berkualiti terutama dalam membentuk barisan pemimpin masa hadapan. Atas keperluan ini dan dibantu dengan keupayaan yang ada di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), satu inovasi pintar telah dibuat dengan menyeragamkan hierarki kepimpinan pelajar di sekolah-sekolah negeri Johor yang lebih sistematik melalui program Majlis Pemimpin Muda Johor atau Johor Student Leaders Council (JSLC)[1].

Program ini dirangka mengikut tiga fasa; Latihan Kepimpinan dalam Negeri, Latihan Kepimpinan Luar Negara dan Penilaian Berdasarkan Projek Inisiatif. Pada peringkat fasa latihan dalam dan luar negara, elemen dan soft skills dalam kepimpinan menjadi tunjang kepada pembelajaran ahli JSLC.

Pelajar-pelajar terbaik negeri Johor dipilih untuk menganggotai JSLC dan diberi latihan kepimpinan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Suntikan elemen antarabangsa diperlukan untuk menyediakan pemimpin yang glokal dan lebih luas pemikirannya dalam mengharungi cabaran globalisasi dan dunia tanpa sempadan. JSLC merupakan salah satu showcase JPNJ untuk mengumpul bakat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk menerajui tampuk kepimpinan masa depan.

Konsep dan Motto[sunting | sunting sumber]

Konsep: A Program from the Students by the Students

Motto: Servire et Pollentes (To Serve & To Excel)


Kaedah Pemilihan[sunting | sunting sumber]

Kualiti pemimpin sangat dititik beratkan dalam pemilihan ahli JSLC. Pemilihan adalah berdasarkan merit dan hanya pelajar yang layak sahaja akan mengisi 20 kerusi JSLC bagi setiap kohort. Pemilihan dibuat menerusi tiga saringan berbentuk ujian kecergasan, ujian amali kepimpinan dan sahsiah, pembentangan topik kepimpinan untuk menguji kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir sebelum panel menentukan 20 pelajar terbaik setiap kohort.


Persaingan semakin sengit untuk mengisi kerusi ahli JSLC memandangkan kebanyakan sekolah dan ibu bapa mula menyedari kelebihan yang akan pelajar peroleh menerusi program ini seperti peluang mendapat tajaan dan tempat di universiti atas pelibatan aktif dalam aktiviti JSLC. Sejak tahun 2010 sehingga kini, sebanyak lapan kohort JSLC telah dibentuk dan diberi latihan kepimpinan.

Sokongan Padu Kerajaan Negeri Johor[sunting | sunting sumber]

Program ini yang dimulakan pada tahun 2010 telah mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri Johor dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Bermula tahun 2015, kerajaan negeri Johor sentiasa prihatin dalam aspirasi pembentukan pemimpin muda ini dengan memberi bantuan melalui agensinya seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan pejabat-pejabat ahli parlimen dan ADUN Johor. Bantuan ini digunakan sepenuhnya untuk latihan kepimpinan dalam negeri dan luar negara sebagai sebahagian daripada modul latihan kepimpinan JSLC.

Bantuan juga disalurkan kepada JSLC menerusi IKLAS. Setiap tahun, JSLC menjalinkan kerjasama dengan IKLAS dalam melatih ahli baharu dan bantuan diberi dalam bentuk kepakaran, idea dan fasiliti tempat latihan. Kerjasama pada tahun 2018 diteruskan dengan menjemput wakil IKLAS sebagai salah seorang panel pemilih ahli JSLC Kohort 9. IKLAS juga memberi peluang untuk membimbing mereka mendapatkan latihan tambahan kepemimpinan seperti komunikasi berkesan yang dibuat khas untuk kumpulan pemimpin muda ini.

Pemimpin Global[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam modul latihan dalam negeri yang wajib diikuti oleh ahli JSLC terpilih. Salah satunya ialah Program Diplomat Muda (Young Diplomats Programme) di Institut Diplomatik dan Hubungan Luar (IDFR)[2]. Latihan di IDFR ini merupakan salah satu latihan dalam negara yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda yang holistik terutama dalam mengendali hubungan antarabangsa. Program Diplomat Muda ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik di IDFR selama lima hari. Program khas ini menggunakan modul yang biasanya digunakan kepada diplomat muda dari negara-negara ASEAN, namun skop latihan ditumpukan kepada peringkat pelajar sekolah. Kemahiran komunikasi antarabangsa, kepimpinan global, etika dan protokol, kemahiran perundingan dan kemahiran hubungan diplomatik dua hala dan pelbagai hala antara intipati latihan yang dalam modul ini. Peserta dibawa melawat ke beberapa kedutaan antarabangsa seperti di Pesuruhjaya Tinggi Australia dan Singapura, Kedutaan Venezuela, Croatia dan Thailand untuk memberi pendedahan kepada pentadbiran dan urusan diplomatik. Pendedahan ini memberikan nilai tambah kepada pembentukan kemahiran kepimpinan dan sahsiah pelajar yang tidak ditawarkan dalam pembelajaran dalam kelas. Program seumpama ini juga merupakan satu-satunya bentuk latihan kepimpinan dan diplomatik kepada pelajar sekolah yang ada di Malaysia. Latihan dalam negara yang lain termasuk:

1.    Latihan Pemimpin Korporat Muda (Young Corporate Leaders)

2.    Pengurusan Media (Media Management) dan Soft Skill dalam Kepimpinan

3.    Latihan Penerapan Budaya dan Warisan Johor kepada Pemimpin Muda

4.    Latihan Model Persidangan PBB

5.    Bengkel Perancangan dan Pengurusan Projek

Kemuncak latihan kepimpinan ialah apabila mereka memasuki fasa latihan luar negara. Setiap ahli JSLC berpeluang untuk menimba ilmu berkaitan kepimpinan di beberapa negara terpilih mengikut mengikut dua submodul latihan luar negara;

1.    Persidangan Model PBB (Model United Nations Conference, MUN),

2.    Kem Kepimpinan Antarabangsa

Ahli JSLC telah menyertai beberapa siri MUN di negara-negara Eropah seperti Belanda, Turki, Jerman, Greece, Perancis dan satu negara di Afrika Utara iaitu Morocco dan Jordan di Timur Tengah untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa latihan dalam negara. Mereka akan mewakili sesebuah negara sebagai satu delagasi dan bersidang dengan peserta dari negara lain. Pada peringkat ini, mereka menyuarakan pendapat dan pendirian tentang polisi negara yang diwakili dalam menyelesaikan beberapa isu dan krisis peringkat global. Bagi kem kepimpinan antarabangsa pula, ahli JSLC telah menjelajah ke beberapa negara seperti Jerman, Australia, Korea Selatan, New Zealand dan Singapura dan Switzerland. Penyertaan mereka ke kem-kem ini yang dilatih oleh jurulatih antarabangsa memberi pengalaman berharga kepada mereka di samping kemahiran membentuk pemimpin yang diamalkan oleh negara lain. Pengetahuan dan kemahiran kepimpinan ini mereka bawa pulang untuk disebarkan kepada pelajar tempatan menerusi program Badan Pemimpin Pelajar (Student Leaders Board, SLB) di semua sekolah menengah negeri Johor.

Perluasan Secara Sistematik ke Peringkat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Latihan kepimpinan tidak hanya tertumpu kepada sejumlah kecil ahli JSLC sahaja. Mereka berperanan untuk berkongsi pengalaman dan melatih elemen kepimpinan kepada pelajar-pelajar lain di sekolah. Satu struktur organisasi pemimpin pelajar di peringkat daerah dan sekolah dibentuk dan dinamakan Badan Pemimpin Pelajar (Student Leaders Board, SLB). SLB dibentuk untuk memberi akses yang lebih meluas kepada semua pelajar di negeri Johor yang berpotensi untuk digilap bakat kepimpinan mereka.

Penilaian[sunting | sunting sumber]

Setelah selesai fasa latihan kepimpinan dalam dan luar negara, ahli JSLC akan dinilai tahap kepimpinan mereka secara amali menerusi pelaksanaan projek inisiatif dan projek antarabangsa. Bagi projek inisiatif, beberapa projek berskala kecil dan bertemakan alam sekitar, komuniti atau bantuan kemanusiaan dirangka dan dilaksanakan sepenuhnya oleh ahli JSLC. Ini selaras dengan konsep program ini ’By the Students, For the Students‘ yang memerlukan pelajar sendiri menjalankan projek yang memberi manfaat kepada mereka dan komuniti sekitar. Antara projek komuniti yang telah dijalankan ialah

1.    Projek membersih dan menanam bakau di Tanjung Piai, Pontian

2.    Program bersama masyarakat Orang Asli di Sungai Arang, Gelang Patah

3.    Menanam pokok di Educity, Iskandar Puteri

4.    Projek Iftar-Thru mengedarkan makanan berbuka puasa kepada komuniti Johor Bahru

5.    Projek bersama Rumah Anak Yatim Islam Pontian

6.    Projek kemasyarakatan bersama Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru

7.    Majlis Makan Malam Amal (Charity Dinner)


Johor International Student Leaders Conference (JISLC)[sunting | sunting sumber]

Bagi projek antarabangsa pula, persidangan antarabangsa tahunan yang dinamakan Johor International Student Leaders Conference (JISLC) dan telah memasuki siri ketujuh pada tahun 2020. Persidangan yang menghimpunkan lebih 1200 orang pemimpin muda dalam dan luar negara menjadi medium untuk pelajar berkongsi pengalaman kepimpinan dan mencetus idea dalam program peningkatan kepimpinan di sekolah mereka.


Dengan motto "To Serve & To Excel", JSLC Kohort 8 telah melangkah kehadapan untuk memainkan peranan dalam memberi dan berkongsi pengalaman kepada komuniti pelajar dalam Malaysia dan luar negara dengan menganjurkan persidangan pemimpin murid JISLC.

Tahun Kohort Penganjur Tarikh Bilangan Peserta Tema Tempat
2011 Kohort 1[3] 23-24 March 2011 353 Student Leaders in the Face of Global Diversity Dewan Seminar Aras 6, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
2012 Kohort 2 26-27 Jun 2012 1116 Students Leaders and the Roles for Sustainable Development Goals KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
2015 Kohort 5[4] 27-28 April 2015 1190 21st Century Global Leaders 'Youth Empowerment & Change Agents' KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
2017 Kohort 7[5] 14-15 Februari 2017 1200 Youth Leaders: A Spectrum of Opportunities KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
2018 Kohort 8 11-15 Februari 2018 1260 Youth Leaders: Infinite Ideas & Possibilities KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
2019 Kohort 9 2-4 April 2019 1235 Overcoming Obstacles : Fulfilling Dreams Austin International Convention Centre, Johor Bahru
2020 Kohort 10[6] 9-12 Februari 2020 1380[7] Defying Gravity : Igniting Unity KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
2023 Kohort 11 22-25 Februari 2023 1400 Revolutionising Sights: Reversing Stigmas KSL Hotel & Resort, Johor Bahru


Alumni JSLC[sunting | sunting sumber]

JSLC telah membentuk sebuah alumni JSLC yang besar dan berupaya untuk menggerakkan program atau aktiviti berstatus antarabangsa. Seramai 198 alumni JSLC bermula dengan Kohort 1 hingga ke Kohort 11 telah dihasilkan dan sedang menyambung pengajian di universiti tempatan dan luar negara. Alumni JSLC atau JSLCA yang belajar di luar negara menjadi duta kecil kepada negara yang mampu memaparkan imej kepimpinan pelajar Malaysia di peringkat global. Mereka adalah kumpulan yang bergiat aktif dalam menjayakan beberapa aktiviti JSLC seperti persidangan kepimpinan pelajar antarabangsa, projek komuniti, kem kepimpinan pelajar, melatih ahli baru JSLC dan juga bergiat aktif dalam organisasi di universiti masing-masing. Projek dan aktiviti ini merupakan sumbangan mereka kepada masyarakat dan komuniti setelah tamat latihan kepimpinan yang diberikan.


Cabaran Akan Datang[sunting | sunting sumber]

Program JSLC bergerak dengan kerjasama erat IRDA dan Kerajaan Negeri Johor untuk kesekian tahunnya. Sehingga kini, sebanyak lapan kohort telah dibentuk dan dalam proses merekrut kohort seterusnya. JSLC juga dicadangkan untuk diperluaskan bukan sahaja di negeri Johor, malah ke seluruh negeri agar manfaat program ini dapat disebarkan kepada semua pemimpin muda di Malaysia[8].

Sasaran jangka panjang bagi program ini pula adalah untuk menginstitusikan JSLC yang bertujuan untuk memberi latihan kepimpinan kepada semua pelajar di Malaysia seawal peringkat menengah rendah. Institusi ini juga akan menyokong kepada kelestarian sumber manusia berkualiti negara dalam membentuk pemimpin pelapis di masa akan datang. Dengan sokongan, kepakaran dan pengalaman pengurusan di JPNJ, ahli JSLC dan kumpulan JSLCA, sasaran jangka panjang ini diharapkan mampu direalisasikan menjelang tahun 2025.



Rumusan Tentang JSLC[sunting | sunting sumber]

Apakah matlamat penubuhan JSLC?[sunting | sunting sumber]

Program ini bertujuan untuk melatih dan menyediakan sumber manusia yang kompetitif dan bertaraf dunia. Sumber manusia yang dilatih melalui latihan kepimpinan ini akan menjadi pelapis mengisi jawatan dan pengurusan kepimpinan negara. Latihan kepimpinan ini dimulakan seawal peringkat sekolah menengah agar bakat kepimpinan dapat dikenalpasti dengan lebih awal dan menjadi matang apabila melangkah ke alam universiti.

Berapa jumlah ahli JSLC?[sunting | sunting sumber]

Secara purata sebanyak 20 orang ahli JSLC bagi setiap kohort. Sehingga tahun 2023, sebanyak 11 kohort telah dilatih yang membentuk hampir 200 orang ahli.

Kohort Tahun Pemilihan Bilangan Ahli Projek Mega Dianjurkan Pengarah Projek
1 2010 20 JISLC 2011 JSL Adriana Rosman
2 2011 20 JISLC 2012 JSL Amira Aisha
3 2012 12 Tiada
4 2012 11 Tiada
5 2014 20 JISLC 2015 JSL Muhammad Haziq
6 2016 19 YOK ! Color Run JSL Rabiatu Aiyinah
7 2016 16 JISLC 2017 JSL Yogesh
8 2017 21 JISLC 2018 JSL Wan Haikal
9 2018 20 JISLC 2019 JSL Shey Mansur
10 2019 20 JISLC 2020 JSL Ellisa Farhana
11 2022 19 JISLC 2023 JSL Felicia Liau

Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan JSLC?[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pendidikan Negeri Johor merupakan organisasi yang menubuhkan, membina modul latihan kepimpinan dan melaksanakan latihan kepada JSLC. Pegawai pengurus Puan Hasdhatul Norasyikin Binti Md. Said bertanggungjawab merangka, mengurus dan melaksanakan program ini bermula daripada proses pemilihan sehingga ke peringkat penilaian dan pelaksanaan projek termasuklah pengoperasian di peringkat SLB.

Apakah bentuk pengisian program?[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga fasa latihan iaitu Latihan Dalam Negara, Latihan Luar Negara dan Projek Antarabangsa/Komuniti.

Terdapat lapan modul latihan dalam negara yang wajib diikuti oleh ahli JSLC terpilih iaitu:

  • Latihan Pemimpin Korporat Muda (Young Corporate Leaders)
  • Program Diplomat Muda (Young Diplomats Programme)
  • Pengurusan Media (Media Management) dan Soft Skill dalam Kepimpinan
  • Latihan Penerapan Budaya dan Warisan Johor kepada Pemimpin Muda
  • Latihan Model Persidangan PBB
  • Bengkel Perancangan dan Pengurusan Projek

Terdapat dua latihan luar negara yang diberi iaitu:

  • Persidangan Model PBB (Model United Nations Conference, MUN),
  • Kem Kepimpinan Antarabangsa

Apakah bentuk projek antarabangsa yang diadakan?[sunting | sunting sumber]

JSLC telah menjadi pengelola kepada lima siri Persidangan Antarabangsa Pemimpin Pelajar Johor (JISLC). Persidangan ini menghimpunkan lebih 1000 pemimpin pelajar dalam dan luar negara untuk membentang kertas mengenai kepimpinan di sekolah masing-masing di samping bengkel dan pengisian lain yang memberi manfaat kepada peserta. Persidangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli JSLC bermula dengan pendaftaran,, persediaan tempat sehinggalah pengisian persidangan. Elemen kepimpinan yang dipelajari diterapkan menerusi projek antarabangsa ini.

Selain itu, acara larian peringkat antarabangsa juga pernah dianjurkan iaitu Yok! Color Run yang berjaya mendapat penyertaan lebih 2000 orang peserta. Penganjuran projek ini juga sepenuhnya oleh ahli JSLC (kohort 6) pada tahun 2017.

Apakah bentuk projek Komuniti yang dianjurkan?[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan konsep program ’By the Students, For the Students‘ program ini memerlukan pelajar sendiri menjalankan projek yang memberi manfaat kepada mereka dan komuniti sekitar. Projek komuniti memberi penekanan kepada pemimpin yang sentiasa peka dengan keperluan masyarakat di samping menyemai sikap murni seorang pemimpin yang sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada komuniti. Antara projek komuniti yang telah dijalankan ialah:

1.    Projek membersih dan menanam bakau di Tanjung Piai, Pontian

2.    Program bersama masyarakat Orang Asli di Sungai Arang, Gelang Patah

3.    Menanam pokok di Educity, Iskandar Puteri

4.    Projek Iftar-Thru mengedarkan makanan berbuka puasa kepada komuniti Johor Bahru

5.    Projek bersama Rumah Anak Yatim Islam Pontian

6.    Projek kemasyarakatan bersama Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru

7.    Majlis Makan Malam Amal (Charity Dinner)

Adakah JSLC satu program penajaan pendidikan?[sunting | sunting sumber]

Semua bentuk latihan kepimpinan dalam program ini ditaja sepenuhnya. Tetapi tiada bantuan seperti biasiswa atau tajaan ke peringkat tertiari disediakan. JSLC merupakan platform untuk ahlinya cemerlang di sekolah dan peringkat seterusnya.

Apakah status ahli JSLC setelah tamat program?[sunting | sunting sumber]

Penilaian akan dibuat terhadap aspek kepimpinan sepanjang latihan. Ahli yang cemerlang akan menjadi Alumni JSLC yang akan meneruskan projek inisiatif mereka di samping merekrut ahli baharu JSLC.

Bagaimana ingin menjadi ahli JSLC?[sunting | sunting sumber]

Ahli JSLC perlu melalui dua saringan setelah tamat peperiksaan UASA. Semasa di tingkatan empat, nama calon yang berjaya akan diumumkan dan latihan kepimpinan dijalankan sepanjang tahun tersebut. Semasa di tingkatan 5, ahli JSLC akan fokus kepada peperiksaan SPM.

  1. ^ https://www.johorkini.my/jslc-rahsia-johor-lahirkan-generasi-global/
  2. ^ https://www.idfr.gov.my/en/archived-articles/598-johor-student-leaders-council-jslc-young-diplomats-programme
  3. ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2011/04/09/good-guidance-and-exposure-a-platform-for-youngsters-to-become-leaders
  4. ^ http://fadzleen.com/?p=716
  5. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ux4v1M67F3E
  6. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/548250/johor-intl-student-leaders-conference-2020-set-february
  7. ^ https://www.theiskandarian.com/tag/jslc-2020/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-05. Dicapai pada 2020-06-01.