Rambut gimbal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jaṭā)
Jump to navigation Jump to search
Dua orang pertapa Hindu atau sadhu dengan rambut mereka yang dimayangkan (jata).

Rambut gimbal[1] (juga dalam Bahasa Sanskrit: जटा jaṭā,[2] Bahasa Inggeris: dreadlocks) ialah penggayaan rambut melalui pemayangan atau penganyaman sehingga helaian rambut ini menjadi sangat tebal.[3] Gaya rambut ini mula diketahui sejak lebih 2 alaf yang lalu.

Gaya rambut ini telah dipakai untuk sebab-sebab tertentu dalam setiap kebudayaan: baik sebagai suatu ungkapan terhadap kepercayaan agama, rasa bangga dalam sesebuah etnik, sebagai sebuah pernyataan politik mahupun sebagai menunjukkan siri sebagai seorag berjiwa bebas dan semula jadi.[4]

Pengamalan[sunting | sunting sumber]

Agama Hindu[sunting | sunting sumber]

Kitab-kitab suci Veda ada catatan terawal mengenai pengamalan begini di mana ia biasanya dipakai dala kalangan golongan sadhu atau sami. Kedua-dua sadhu lelaki dan wanita melihat ia sebagai suatu amalan suci yang menandakan penjauhan diri mereka daripada hal-hal duniawi.

Agama Buddha[sunting | sunting sumber]

Banyak para penganut Buddha bermazhab Tibet melihat jaṭā sebagai suatu cara penunjukkan penolakan kebendaan serta peninggalan dunia.[5]

Rastafari[sunting | sunting sumber]

Menurut kepercayaan Rastafari, gaya rambut ini melambangkan Singa Yehuda iaitu simbol keturuanan Haile Selassie yang dikatakan berasal dari kerabat Nabi Sulaiman dan Ratu Sheba melalui Menelik I. Amalan ini diilhamkan daripada perbuatan golongan Naziri seperti yang digambarkan dalam Alkitab.[6]

Cara penggayaan[sunting | sunting sumber]

Rambut berupa sebegini biasanya akan terbentuk secara semulajadinya apabila rambut dibiarkan begitu sahaja tanpa disikat atau dipotong, lalu akan termayang dengan sendirinya. Gaya akhir yang terhasil cenderung berbeza-beza mengikut saiz, lebar, bentuk, panjang, dan tekstur. Rambut juga boleh diditarik berasingan agar bentuk rambut mereka seragam.

Ada juga kaedah yang mencadangkan rambut disemburkan campuran air bergaram laut dan minyak pati bagi mempercepatkan proses ini.[petikan diperlukan]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "gimbal" bermaksud "lebat dan tidak teratur" - rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia
  2. ^ Hair: Styling, Culture and Fashion. University of Michigan [Michigan]: Bloomsbury Academic. 2009. ISBN 9781845207922. His jata (dreadlocks) are elegantly styled, and the source of the Ganges issues from his topknot. In the background are the Himalayas where Shiva performs his austerities. 
  3. ^ Merriam-Webster, Merriam-Webster (2004). Merriam-Webster's Collegiate Dictionary: Eleventh Edition. [ ]: Merriam-Webster. m/s. 380. ISBN 9780877798095. dread-lock \'dred-,lak\ n (I960) 1 : a narrow ropelike strand of hair formed by matting or braiding 2 pi : a hairstyle consisting of dreadlocks — dread-locked \-,lakt\ adj 
  4. ^ "The diverse cultural & personal meanings dreads have for their owners..." 4 April 2016. Dicapai 7 September 2016. 
  5. ^ The Dreadlocks Treatise: On Tantric Hairstyles in Tibetan Buddhism.
  6. ^ Chevannes, Barry (1994). RASTAFARI: ROOTS AND IDEOLOGY. Syracuse University Press. m/s. 158. Dicapai 6 January 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]