Jaafar Abdul Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Jaafar Abdul Rahim.jpg
Jaafar Abdul Rahim

Jaafar Abdul Rahim [kini Datuk] adalah pengkritik sastera dari Malaysia . Jaafar bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 32 tahun. Jawatan terakhirnya sebelum bersara wajib pada 24 November 2006 ialah Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Teori dan Kritikan Sastera.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Kurau,Perak pada 27 November 1950. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera (Sastera dan Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Mula menulis sejak 1969 untuk khalayak majalah, akhbar , radio dan televisyen . Beliau adalah kolumnis 'Dunia Pemikiran' dalam akhbar Utusan Malaysia sekitar 1993-1996. Beliau amat mengagumi pemikiran lateral yang dipelopori Dr Edward de Bono. Lalu beliau mencetuskan pemikiran 4K iaitu 'Kerohanian, Kebitaraan,Kesaintifikan dan Kekreatifan'.[1]

Tulisannya tersiar dalam Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Berita Harian, Berita Minggu, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Jurnal Dewan, Dian dan Santajiwa.

Jaafar hanya menulis esei dan kritikan , tidak ada cerpen atau novel. Setakat ini beliau telah menghasilkan buku Misteri Dalam Sains dan Catatan Si Malin Kundang. Beliau hanya menulis sebuah puisi dalam bahasa Inggeris, ‘Let Flower Bloom in the Garden of Cham’ yang dideklamasikan di hadapan orang Cham di California pada Oktober 1996 hasil rasa sedih yang mendalam terhadap penderitaan mereka.

Aktiviti persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam kegiatan persatuan penulis.Beliau adalah Ketua Satu Persatuan Penulis Kuala Lumpur (1998) ; Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2006-2008) ; bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia dan pernah menganjurkan Dialog Agung Sasterawan Negara pada 2000, 2004 dan 2006. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Protem Persatuan Falsafah Malaysia, Ahli Majlis Pemikir Institut Tradisi Ilmu dan Pakar Perunding Institut Pembangunan Minda.

Beliau kerap diundang memberi ceramah mengenai pemikiran kreatif, pemikiran lateral, pemikiran sinvergen, pemikiran lompatan kuantum dan pemikiran keseluruhan otak di sekolah menengah, universiti dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Jaafar juga banyak menulis dan membentangkan kertas kerja mengenai pemikiran kreatif, lateral serta kritis di universiti dan IPTA. Mengenai minatnya terhadap pemikiran kreatif dan lateral, Jaafar menjelaskan ia bermula pada 1982 akibat kegilaan mengunjungi kedai buku.

Jaafar dan rakan-rakan pernah menganjurkan Seminar Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad untuk generasi muda. Beliau menjadi Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sejak 1995 ; Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan (sejak 2001) dan Yang Dipertua GPMS Cawangan Wangsa Maju. [2]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau diiktiraf sebagai 'Tokoh Pembaca Buku' - bilik di rumahnya dipenuhi dengan buku yang bertimbun-timbun.

Pada 22 Julai 2006, Seminar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim telah diadakan di Menara DBP, Kuala Lumpur .Seminar ini anjuran Persatuan Karyawan Perak [3] Turut dalam dialog itu ialah Rita Yahya, Abdul Razak Abu Bakar, Mohd Fadli Ibrahim , A. Rahim Abdullah dan Dr A Rahman A Rashid.

Diiktiraf sebagai 'Tokoh Pemikir Negara' - Majalah Potensi

Buku berkaitan[sunting | sunting sumber]

  1. Pengurusan Islam dan pembangunan manusia / Shaharom TM Sulaiman ; Kata pengantar oleh Jaafar Abdul Rahim (Pakar Pemikiran Kreatif): Batu Caves : Thinker's Library, 1999.
  2. Misteri Dalam Sains 3.

Rujukan[sunting | sunting sumber]