Jaafar Abdul Wahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaafar Abdul Wahid
Kelahiran (1964-04-17) 17 April 1964 (umur 60)
Kampung Garama, Beaufort, Sabah
PekerjaanSasterawan DBP
Pengasas Penubuhan BAHASA
Tahun aktif1986–kini

Jaafar Abdul Wahid merupakan seorang sasterawan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) bagi negeri Sabah, Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas kepada penubuhan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) cawangan Kuala Penyu, Sabah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Kampung Garama, Beaufort, Sabah pada tanggal 17 April 1964. Jaafar Abdul Wahid mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya dan seterusnya melanjutkan pendidikan di tahap sekolah menengah di Sekolah Menengah Saint Paul Beaufort, Sabah pada tahun 1981.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Jaafar telah melibatkan diri secara aktif dalam pementasan teater dan tari sejak di bangku sekolah menengah lagi. Pada masa yang sama, Jaafar juga amat berminat dalam bidang penulisan puisi, cerpen, skrip drama radio dan pentas, selain esei dan rencana sastera.

Pada tahun 1986, Jaafar bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Badan Bahasa Sabah (BAHASA) cawangan Kuala Penyu, Sabah. Atas sebab demikian, nama Jaafar telah diangkat melalui hasil karyanya yang kebanyakan telah disiarkan di dalam akhbar Sabah Times, Harian Express, Borneo Mail, Borneo Buletin, Berita Harian, Berita Minggu serta majalah Dewan Sastera, Berita Pos dan Wadah.

Karya[sunting | sunting sumber]

Karya Jaafar Abdul Wahid terutamanya puisi, telah termuat di dalam beberapa antologi puisi antaranya; Kekasih (1988), Gema Membela Gema (1988), Guru Oh Guru(1989), Nyanyian Dari Desa (1990), Rebung(1990), Al-Khafi (1992), Luka Bosnia (1992), dan Perkasihan Musim (1992). Beliau juga telah bertugas di salah sebuah syarikat swasta di daerah Kuala Penyu, Sabah. Jaafar kemudiannya telah terpilih untuk menjadi salah seorang Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah pada tahun 1992. Buku kumpulan puisi yang bertajuk “Lakaran Perjalanan” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 2000 adalah suatu hasil sastera yang tercetus melalui projek anak angkat tersebut.