Jaffar Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jaafar Hussein)
Jump to navigation Jump to search
Tan Sri Dato'
Jaffar Hussein
PSM, SPMJ, SIMP, DPMJ, JSM
Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam jawatan
1985–1994
Didahului oleh Abdul Aziz Taha
Digantikan oleh Ahmad Mohd Don
Butiran peribadi
Lahir (1931-06-11)11 Jun 1931
Muar Bandar Maharani, Muar
Meninggal dunia 11 Ogos 1998(1998-08-11) (umur 66)
Pusat Perubatan Subang Jaya
Sebab kematian Kanser
Tempat persemadian Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Pasangan Puan Sri Rohila Abdul Rahman
Anak-anak Rossana
Roshan
Roslan
Saudara Tan Sri Mohamed Rahmat (besan)
Kediaman Kuala Lumpur Bukit Damansara
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Ekonomi dan Perakaunan)
Alma mater Australia University of Queensland, Australia
Anugerah Senarai

Tan Sri Dato' Jaffar Hussein (1931-1998) adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (Jun 1986 - Mei 1994). Beliau adalah lulusan perakaunan dan pernah bekerja di Malayan Banking Berhad. Pada 1 April 1994 beliau meletak jawatan dan diganti oleh Ahmad Mohamed Don juga dari Malayan Banking.

Gabenor Bank Negara[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Jaffar Hussein menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-4. Sebelum beliau ialah Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980) ; Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha (1980-1986) ; Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein (1986-1994) ; Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don (1995-1998) ; Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Sulaiman (1999) ; Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000- 2016).

Tanda tangan beliau terdapat dalam mata wang ringgit Malaysia RM10.00 yang dicetak oleh syarikat Thomas De La Rue.

Skandal Perdagangan Mata Wang Asing 1992-1993[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2012, di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah diadakan forum membincangkan . Forum ini anjuran Penang Institute. Antara panelnya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Rosli Yaakop bekas Timbalan Gabenor Bank Negara.

Skandal ini dikatakan berlaku semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Bank Negara Malaysia dikesan mula terlibat dengan kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran mata wang semasa Gabenor TS Jaafar Hussein. TS Abdul Aziz Taha enggan, lalu meletak jawatan. Pada 1989, TS Jaafar Hussein telah menekankan tentang Bank Negara patut mengoptimumkan keuntungan termasuk melalui berurusniaga di pasaran saham sebagaimana George Soros. Tahun 1992, BNM telah berjudi di dalam Paun British (GBP) dan menyebabkan Bank of England runtuh pada 1992. Keuntungan BNM tidak kekal dan akhirnya rugi besar. Lalu Dr Mahathir memperkenalkan dasar Penswastaan dengan menswastakan 400 jabatan kerajaan dan syarikat.[1].

Gabenor Bank Pusat Amerika, Greenspan telah menggesa agar BNM berhenti spekulatif mata wang asing. Turut agresif ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tun Daim Zainuddin merupakan seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham.

YB Lim Kit Siang menganggarkan kerugian BNM pada 1993 itu ialah RM30 bilion. DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1993 tetapi tetapi kerugian BNM sudah menggunung. Pada Julai 1994 Jaafar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop dipaksa letak jawatan. [2]

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara Tan Sri Jaffar Hussein tidak pun didakwa dan disiasat. Malahan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PNB.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Jaffar Hussein meninggal dunia pada 11 Ogos 1998[3] kerana barah pada usia 66 tahun. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di 27, Jalan Batai, Bukit Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Rohila Abdul Rahman, anak perempuan Rossana, 34, dua anak lelaki, Roshan, 31, dan Roslan, 22, serta tiga orang cucu.[4][5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
  •  Johor
    • Orde van de Kroon van Johore.jpg Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
    • Orde van de Kroon van Johore.jpg Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Dato'
  •  Pahang
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Grand Knight - SIMP.svg Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato' Indera

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gabenor Bank Negara Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]