Jaafar O

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jaafor O)
Jump to navigation Jump to search
Jaafar O
Jaffar O.jpg
Jaafar O
Latar belakang
Nama lahir Japar Ohjar
Juga dikenali sebagai
Jaafar O
Kelahiran 1944
Berasal dari Bukit Timah, Singapura
Genre kugiran, Pop yeh-yeh
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen vokal
Tahun aktif 1960-an
Syarikat rakaman
Olympic Records
Kegiatan berkaitan
kumpulan The Click Four


Japar Ohjar atau lebih dikenali sebagai Jaafar O merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu Pop Yeh Yeh di radio Malaysia dan Singapura. Beliau merupakan antara penyanyi terawal yang mencetuskan muzik sebegini, bersama-sama teman seangkatannya iaitu M. Osman, A. Rahman Hassan dan L. Ramli. Japar Ohjar adalah berketurunan Madhura-Bawean. Beliau dilahirkan pada tahun 1944.

Japar Ohjar dilahirkan di Bukit Timah, Singapura pada 1944. Beliau berhenti sekolah pada usia 14 tahun kerana kurang minat belajar, lalu bekerja sebagai pelayan pejabat. Sementara itu, beliau juga meminati bidang nyanyian.

Jaafar O sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Click Four. Jaafar O telah mencipta nama dengan lagu Pungguk Rindukan Bulan bersama dengan pemuzik kumpulan The Click Four. Beliau kemudiannya merakamkan suaranya ke piring hitam bersama-sama kugiran The Click IV pada tahun 1964 di bawah label Olympic. EP pertamanya dengan lagu-lagu seperti Punggok Merindukan Bulan, Merindu Kasih, Kehampaanku dan Pinangkan Si Dia mendapat sambutan hangat. Pada tahun 1966, sekali lagi Jaffar O merakamkan album dengan empat lagi lagu iaitu Undanglah Aku, Ditinggal kasih, Kasih Terpisah dan Gagena Paraban, sebuah lagu dialek Bawean.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Selepas berakhirnya era Pop Yeh Yeh, Jaffar O bergiat dalam bidang agensi pelancongan. Beliau pernah tiga kali berkahwin sebelum mendirikan rumah tangga bersama penyanyi 70an, Mahani Mohamad (lagu popularnya: Chi Bi Di Bi Di). Beliau juga diundang ke pentas pada tahun 1996 bersama artis-artis seangkatannya dalam konsert Masih Ada Yang Sayang di Kuala Lumpur, selain merakamkan semula lagu-lagu hitnya dalam beberapa album kompilasi.

Jaffar O turut kembali ke bidang pelancongan apabila beliau menyertai agensi umrah-haji-dan-ziarah di bawah Travel Bureau. Jaafar O dilaporkan telah mengidap penyakit kencing manis sejak 1988.

Pada awal 2008, tubuh beliau bengkak-bengkak, dan beliau dikejarkan ke klinik 24 jam, sebelum dihantar ke Hospital Besar Changi (CGH) oleh isterinya, Mahani Mohamad, sekitar lima bulan lalu akibat penyakit kencing manisnya yang semakin memburuk.

Setelah diperiksa, doktor mengesahkan penyakitnya kritikal dan beliau dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) CGH. Pada 22 April 2010, beliau telah meninggal dunia.[1]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pungguk Rindukan Bulan
  • Merindu Kasih
  • Kasih Terpisah
  • Undanglah Aku
  • Pinangkan Si Dia

Album[sunting | sunting sumber]

  • The Click IV dan Jaffar O - Olympic TRC 1017
  • Undanglah Aku (A.R. Abdullah) - Jaffar O dgn The Click IV - Olympic TRC 1027 (1968)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Merindu Kaseh
  • Kasih Terpisah
  • Undanglah Aku
  • Pinangkan Si Dia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [18 Ogos 1937 Zainurdin, Jaafar O meninggal.]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]