Jabatan Akauntan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
جابتن اكاءونتن نڬارا مليسيا
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Jabatan Akauntan Negara.png
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1946; 73 tahun yang lalu (1946)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya
Eksekutif Kerajaan
  • Saat Esa, Akauntan Negara
Agensi indukKementerian Kewangan Malaysia
Dokumen-dokumen penting
  • Akta Akauntan 1967
Tapak webwww.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن اكاءونتن نڬارا مليسيا; singkatan: JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa ini, JANM terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Amanah Pencen diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuat kuasa 1 Mac 2007. [1]


Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

  1. Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
  2. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
  3. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
  4. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  5. Bahagian Pengurusan Amanah Dan Sekuriti (BPAS)
  6. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
  7. Pejabat Projek Perintis Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG-AG)
  8. Institut Perakaunan Negara (IPN)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Laman Web JANM
  2. eGUMIS: Semakan Wang Tak Dituntut