Jabatan Bantuan Guaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jabatan Bantuan Guaman (JBG; dahulu dikenali dengan nama Biro Bantuan Guaman (BBG)) ialah satu badan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang memberi bantuan perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara berkaitan dengan undang-undang kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah. Ketua Pengarah BBG kini ialah Dr. Hj. Hassan bin Ab. Rahman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Biro Bantuan Guaman (BBG) telah ditubuhkan pada September 1970 dengan objektif utamanya adalah untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman mengenai isu undang-undang yang dihadapi oleh golongan miskin. Ketika itu, BBG diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

Pada 16 Januari 2011, nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.

Ketua Pengarah[sunting | sunting sumber]

Senarai Ketua Pengarah JBG
Bil. Nama Tempoh jawatan
1. Encik Wan Yahya bin Pawan Teh 28 Ogos 1970 – 15 Januari 1974
2. Encik Gulam Mustaffa bin Nadar Ali 16 Januari 1974 – 6 Oktober 1974
3. Encik Nik Mohamed bin Nik Yahya 7 Oktober 1974 – 30 April 1977
4. Encik Abu Bakar bin Awang 1 Mei 1977 – 31 Disember 1978
5. Encik Halim bin Haji Mohamed 1 Januari 1979 – 30 November 1980
6. Cik Noor Faridah binti Ariffin 1 Disember 1980 – 31 Disember 1983
7. Encik Hashim bin Dato’ Haji Che Yusoff 1 Januari 1984 – 15 Ogos 1988
8. Encik Khairel Anuar bin Ujang 16 Ogos 1988 – 15 November 1989
9. Encik K.N Segara 16 November 1989 – 31 Mei 1990
10. Puan Siti Saleha binti Dato' Sheikh Abu Bakar 1 Jun 1990 – 15 Februari 1992
11. Dato' Wan Adnan@Addinan bin Muhamad 16 Februari 1992 – 31 Julai 1993
12. Tuan Haji Sulaiman bin Ismail 1 Ogos 1993 – 15 Julai 1994
13. Dato' Ahmadi bin Haji Asnawi 16 Julai 1994 – 31 Mei 1996
14. Encik Mohd Zawawi bin Salleh 1 Ogos 1996 – 30 Jun 1997
15. Puan Faridah binti Abrahim 1 Oktober 1997 – 28 Disember 2006
16. Dato' Dr. Hj. Hassan bin Ab. Rahman 1 Jun 2007 – 4 Januari 2009
17. Dato' Nik Hasmat binti Nik Mohamad 1 April 2009 – 14 Ogos 2009
18. Puan Siti Zawahir binti Mohamed 16 November 2009 – 16 November 2015
19. Datuk Haini binti Hassan 16 November 2015 – 12 Julai 2019
20. Puan Siti Salwa binti Musa 15 Julai 2019 – kini

Pautan luar[sunting | sunting sumber]