Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
جابتن حال احوال اݢام إسلام نݢري سمبيلن
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1950 (72 tahun yang lalu) (1950)
JenisAgensi kerajaan
Di bawah bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatJalan Yam Tuan, 70990 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
jheains.ns.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) merupakan sebuah jabatan kerajaan negeri Negeri Sembilan, Malaysia yang berperanan menguat kuasa undang-undang berkaitan pertadbiran Islam dan mengendalikan urusan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Ia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950. Sejak tahun 2019, jabatan ini diketuai oleh Pengarahnya, YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah satu peraturan yang dinamakan peraturan Majlis Ugama 1950 bertujuan mengendalikan hal ehwal masyarakat Islam di Negeri Sembilan.

Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kerajaan telah meminda peraturan Majlis Ugama 1950 kepada Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Kemudian dipinda lagi kepada Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak 1960 yang kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Seterusnya mulai 1hb Mac 2004, mula dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan enakmen sebelumnya adalah terbatal.

Jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003,Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

Berasaskan cadangan yang dikemukakan oleh Y.B Tuan Pegawai Kewangan Negeri Encik Harun bin Baba semasa beliau memangku jawatan Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini dalam tahun 1976 yang lalu, sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah terletak di atas sebidang tanah seluas 1 ½ ekar, di atas bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan Masjid Negeri di sebelah selatan, Dewan Undangan di sebelah barat dan Felda di sebelah Utara, menghala ke Jalan Lister dan Taman Tasik Seremban, maka terdirilah bangunan baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan dan dirasmikan pembukaan oleh DYMM Tuanku Ja'afar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada tanggal 10 Syawal 1400 Hijrah bersamaan 21 Ogos 1980.

Punca Kuasa[sunting | sunting sumber]

Selain penguatkuasaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

Visi[sunting | sunting sumber]

Pemangkin Ummah Sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Pelaksanaan Dasar-Dasar Hal Ehwal Islam Kepada Masyarakat Di Negeri Sembilan Melalui Tadbir Urus Yang Berkualiti.

Objektif Strategik[sunting | sunting sumber]

  1. Perluasan Dakwah
  2. Peningkatan Reputasi
  3. Pembudayaan Hidup Patuh Syariah
  4. Peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan
  5. Kelangsungan Kecemerlangan Pencapaian Jabatan
  6. Pemerkasaan Bil Hal
  7. Pengkaderan Dakwah/ Sukarelawan
  8. Pengurusan Jenama
  9. Pemerkasaan Aktiviti Penyelidikan
  10. Pengukuhan Kerjasama Strategik
  11. Pemerkasaan Perkhidmatan Digital JHEAINS
  12. Peningkatan Profesionalisme Warga JHEAINS
  13. Pemerkasaan Infra Agama
  14. Kecekapan Pengurusan Kewangan
  15. Penjanaan Kewangan Mampan[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]