Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Terengganu merupakan satu jabatan dalam kerajaan terengganu yang bertanggungjawab bagi mengurus hal-ehwal agama Islam dalam negeri Terengganu Darul Iman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Terengganu boleh dikatakan bermula dengan pembentukan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Terengganu pada 2 November 1911. Antara lain, Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi negeri Terengganu dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Susulan dari peruntukan perlembagaan negeri ini telah membawa kepada penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Terengganu pada 1919 dengan nama Pejabat Suruhanjaya Agama dan Keadilan, sebelum ditukar namanya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku terbitan arkib Negara Malaysia (kod jilid akan diberi kemudian).