Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan
جابتن كباجيكن مشاركت نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1946 (78 tahun yang lalu) (1946)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatTingkat 1, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
2°43′35″N 101°56′32″E / 2.726327°N 101.942225°E / 2.726327; 101.942225
MotoBerkat Berjasa
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Laman sesawang
www.jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 72 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Visi[sunting | sunting sumber]

"Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat"

Misi[sunting | sunting sumber]

"Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial"

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
  2. Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi;
  3. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan;
  4. Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan
  5. Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.

Strategi[sunting | sunting sumber]

  1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
  3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
  5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
  6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional

Ikrar[sunting | sunting sumber]

"Bahawa Kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dengan Sesungguhnya Berikrar Bahawa Kami Akan Berkhidmat Dengan Cekap, Jujur Dan Amanah Dalam Menyempurnakan Tanggungjawab Dan Kewajipan Kami Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dengan Penuh Taat Setia Kepada Organisasi Kami Berlandaskan Budaya Kerja Cemerlang"[1]