Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا
Kerajaan Malaysia
Logo JKKN
Intisari agensi
Dibentuk1953; 71 tahun yang lalu (1953)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34, Lot 1001, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Kakitangan378 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • YBrs Tuan Haji Mesran Bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Laman sesawang
www.jkkn.gov.my
JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks JKKNWPKL, Jalan Tun H.S Lee, 50000 Kuala Lumpur

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Tulisan Jawi: جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا; singkatan: JKKN) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun 1953 : Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat

Tahun 1964 : Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan

Tahun 1972 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Tahun 1987 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Tahun 1992 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tahun 2004 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)

22 Mac 2005 : Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)

1 Feb 2007 : Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)

18 Mac 2008 : JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)

April 2009 : JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Mulai 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pada 2 Julai 2018, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya umum yang ke-14.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Peneraju Seni Budaya dalam mendukung Seni untuk Seni, Seni untuk perpaduan dan Seni Budaya untuk Penjanaan Pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat.

MISI

1) Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan Negara;

2) Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan jati diri, kesejahteraan dan perpaduan Negara;

3) Menggalakkan aktiviti seni budaya yang inovatif bagi meningkatkan pendapatan pemain industri; dan

4) Menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya.

Pengurusan tertinggi[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah: YBrs Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan): YBrs Encik Sallehhuddin bin Md Salleh

Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian): YBrs Encik Mohd Amran Bin Mohd Haris

JKKN Negeri[sunting | sunting sumber]

Terdapat 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia . Kawasan ini juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[2]

JKKN Perlis

JKKN Kedah

JKKN Pulau Pinang

JKKN Perak

JKKN Selangor

JKKN Kuala Lumpur

JKKN Negeri Sembilan

JKKN Melaka

JKKN Johor

JKKN Pahang

JKKN Terengganu

JKKN Kelantan

JKKN Sabah

JKKN Sarawak

Rujukan[sunting | sunting sumber]