Jabatan Kemajuan Masyarakat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Kemajuan Masyarakat
جابتن كماجوان مشاركت
Coat of arms of Malaysia.svg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1961; 59 tahun yang lalu (1961)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 5-9, Menara KPLB,
47, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Mohamad Yasid Bidin, Ketua Pengarah
  • Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan
  • Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi
Agensi induk
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Tapak webwww.kemas.gov.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata. Pada 2019, dasar Pemutihan usahawan KEMAS dilancarkan oleh KPWKM bagi menyelaraskan bantuan pada golongan berkaitan.[1]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi