Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
جابتن كرجا راي نڬري سمبيلن
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatTingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
2°43′35″N 101°56′32″E / 2.726327°N 101.942225°E / 2.726327; 101.942225
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Laman sesawang
jkrns.ns.gov.my

Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKRNS) telah menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. JKR telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan seharian. JKR juga bertanggungjawab dalam membina jalan sebagai salah satu cara untuk berhubung yang mana ia merupakan pemangkin utama dalam pembangunan sosio ekonomi negara. Selain itu JKR juga bertanggungjawab menyediakan air yang bersih dan selamat untuk mewujudkan warga yang bersih dan sihat. Dalam usaha membangunankan Negara, aspek seni bina yang melambangkan warisan dan budaya rakyat Malaysia tidak pernah dilupakan. Justeru itu, beberapa bangunan yang dibina telah diterima sebagai mercu tanda Negara kita. JKR dengan ini berbangga menjadi penyumbang dalam pembangunan Malaysia.

Visi[sunting | sunting sumber]

Kami akan menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi yang terkini.

Misi[sunting | sunting sumber]

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  1. Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  2. Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  3. Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  4. Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  6. Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  7. Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  8. Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

Objektif[sunting | sunting sumber]

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

Fungsi JKR[sunting | sunting sumber]

JKR diwujudkan untuk :

Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara. Menyediakan infrastruktur negara

[1]