Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
جابتن مينرال دان ڬيوساءين س مليسيا
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Logo rasmi JMG.png
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 Julai 1999; 20 tahun yang lalu (1999-07-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • Jabatan Penyiasatan Kajibumi
  • Jabatan Galian
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya
Eksekutif Kerajaan
  • Shahar Effendi Abdullah Azizi, Ketua Pengarah
Agensi indukKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia
Dokumen-dokumen penting
  • Akta Penyiasatan Kajibumi 1974
  • Akta Pembangunan Mineral 1994
Tapak webwww.jmg.gov.my

Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن مينرال دان ڬيوساءين س مليسيا; singkatan: JMG) merupakan salah satu jabatan kerajaan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS).

Ketua Pengarah JMG ialah Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

JMG merupakan hasil penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian, di mana struktur organisasinya telah diluluskan dan diwartakan pada 1 Julai 1999.

Penggabungan ini merupakan keputusan Kementerian Perusahaan Utama (KPU) setelah mendapat kelulusan Kabinet yang bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua jabatan kerajaan.

Pelaksanaan pengabungan bermula pada 1 Januari 2000 setelah semua kakitangan diberi pilihan sama ada untuk berkhidmat di Jabatan baru atau diberi pilihan bersara.

Pada April 2004, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) berikutan penyusunan semula Kabinet.

Pada Jun 2018, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS) berikutan penyusunan semula Kabinet.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan JMG sebagai organisasi terunggul dalam sektor mineral dan geosains di rantau ini setanding dengan yang terbaik di dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyumbang kepada peningkatan daya saing ekonomi, kualiti hidup, sosial dan alam sekitar melalui penggunaan maklumat dan perkhidmatan mineral geosains yang berkesan.

Fungsi dan peranan[sunting | sunting sumber]

  1. Mengendali eksplorasi mineral secara sistematik.
  2. Mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang geosains lain secara sistematik.
  3. Menyedia perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan mineral.
  4. Bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan dengan geosains dan sumber mineral negara.
  5. Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan eksplorasi mineral, perlombongan dan aktiviti  yang berkaitan.
  6. Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian.
  7. Membantu dan bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha pembangunan sektor mineral.
  8. Menentukan supaya aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti lain yang berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan sistematik.
  9. Melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral dan geosains, disamping mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
  10. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi, pembangunan sumber mineral serta mempromosi hasil penyelidikan supaya digunapakai oleh pihak industri.

Pengurusan dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Muzium Geologi di Kompleks JMG di Ipoh, Perak.

Pengurusan tertinggi JMG diterajui oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).

Ibu pejabat JMG terletak di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.

JMG mempunyai 10 pejabat negeri yang diketuai oleh Pengarah Negeri iaitu:

  1. JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang di Alor Setar, Kedah.
  2. JMG Perak di Ipoh, Perak.
  3. JMG Selangor / Wilayah Persekutuan di Shah Alam, Selangor.
  4. JMG Negeri Sembilan / Melaka di Seremban, Negeri Sembilan.
  5. JMG Johor di Johor Bahru, Johor.
  6. JMG Pahang di Kuantan, Pahang.
  7. JMG Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu.
  8. JMG Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.
  9. JMG Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.
  10. JMG Sarawak di Kuching, Sarawak.

Selain itu, JMG turut mempunyai Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) di Ipoh, Perak.

Aktiviti jabatan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perasmian Tapak Terpelihara Geowarisan Batu Rijang di Bukit Larek, Kedah atas inisiatif bersama JMG dan kerajaan negeri Kedah.

Eksplorasi Mineral[sunting | sunting sumber]

  1. Eksplorasi mineral berlogam.
  2. Eksplorasi mineral perindustrian.
  3. Eksplorasi mineral tenaga.

Perkhidmatan Geosains[sunting | sunting sumber]

  1. Pemetaan geologi.
  2. Penilaian warisan geologi.
  3. Perkhidmatan geologi kejuruteraan.
  4. Perkhidmatan hidrogeologi.
  5. Aktiviti geologi alam sekitar.

Perkhidmatan Lombong Dan Kuari[sunting | sunting sumber]

  1. Aktiviti pembangunan lombong dan kuari.
  2. Kawalselia dan penguatkuasaan operasi lombong dan kuari.
  3. Khidmat nasihat dan kepakaran.

Penyelidikan Dan Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Penglibatan nasional[sunting | sunting sumber]

Pembangunan sumber air tanah[sunting | sunting sumber]

JMG merupakan jabatan kerajaan yang mempelopori aktiviti penggerudian air tanah dan pembinaan telaga tiub untuk kegunaan masyarakat setempat selain pemantauan dan pemodelan sumber air tanah.

Eksplorasi sumber mineral[sunting | sunting sumber]

JMG mempunyai kepakaran dan telah melaksanakan eksplorasi mineral berlogam dan bukan logam di kawasan tanah milik kerajaan sebagai usaha mengenal pasti, menentukan potensi dan menilai rizab mineral. Antara mineral yang dieksplorasi ialah bijih timah, bijih besi, emas, batu kapur, dolomit dan felspar yang kemudian dinilai sebagai komoditi utama negara.

Pembangunan geopark[sunting | sunting sumber]

JMG diberi peranan utama oleh kerajaan menerusi NRE untuk menilai dan membangunkan kawasan-kawasan yang dirancang sebagai geopark kebangsaan, iaitu Geopark Jerai, Geopark Lembah Kinta, Geopark Mersing, Geopark Tasik Kenyir, Geopark Delta Sarawak dan Geopark Gunung Kinabalu. Usaha ini merangkumi kerjasama erat dengan penyelidik tempatan, masyarakat setempat dan kerajaan negeri.

Pengurusan geobencana[sunting | sunting sumber]

JMG juga mempunyai kepakaran dalam mengenalpasti dan mengawal pembangunan agar tidak terpengaruh dengan geobencana seperti lubang benam, zon sesar aktif dan gempa, runtuhan tebing dan lereng bukit dan sebagainya. Usaha ini melibatkan kajian lapangan, pemodelan kawasan pembangunan dan ulasan teknikal kepada perancang bandar dan desa serta kerajaan negeri.