Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jenis/bentuk sahAgensi kerajaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPendidikan
Ditubuhkan1883
Ibu pejabatBangunan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

Jalan Tun Abdul Razak

80604 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tapak webjpnjohor.moe.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jabatan Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg.Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862). DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1hb. Jun 1902 bagi persekolah kanak-kanak 7 tahun. 'Johor Free School' diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung.

'English School Johor Bahru' direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya 'English School Muar' (1912), 'Johor Agriculture School' (1885) dan 'Johor Technical School' (1895).

Dari punca 'Singapore & Straits Director' (SSD) 1883 Jabatan Pelajaran Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato' Munsyi Ibrahim (Dato'Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). YAM Ungku Mohd. Khalid (1901), Dato' Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar.

Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil 'President' di mana Dato' Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. 'Superintendent Of School' (1885-1984) digunakan bagi mengantikan 'Secretary of Education Dept' yang disandang oleh Mohd Khalid Bin Abdullah. Hj. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada kepada 'Officers in charge of Malay School'. H.A.R. Cheesemen memulakan jawatan sebagai 'Superintendent of Education' pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. 'Chief Education Officer' bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan. Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara"

Matlamat & Objektif[sunting | sunting sumber]

Matlamat

"Jabatan Pendidikan Johor berhasrat melahirkan insan cemerlang yang berdaya tahan, tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian Wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara"

Objektif

Jabatan Pendidikan Negeri Johor berharap dapat:

  • Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
  • Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi

[sunting | sunting sumber]

Logo Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Latar Belakang

Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.

Pengertian

  • Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama
  • Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.
  • Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.
  • Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.
  • Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Carta Organisasi[sunting | sunting sumber]

Carta Organisasi Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkumi 10 sektor yang mengurus di peringkat negeri dengan dibantu 11 Pejabat Pendidikan Daerah yang mengurus diperingkat daerah.

Sektor-sektor

  1. Sektor Pengurusan Sekolah
  2. Sektor Pengurusan Akademik
  3. Sektor Jaminan Kualiti
  4. Sektor Pembangunan Kemanusiaan
  5. Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
  6. Sektor Infrastruktur dan Perolehan
  7. Sektor Pendidikan Islam
  8. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
  9. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
  10. Sektor Psikologi dan Kaunseling

Pejabat Pendidikan Daerah

  1. Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
  2. Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
  3. Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
  4. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
  5. Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
  6. Pejabat Pendidikan Daerah Muar
  7. Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
  8. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
  9. Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
  10. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
  11. Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Senarai Pengarah Jabatan[sunting | sunting sumber]

BIL TAHUN NAMA
1 1883 - 1887 Dato' Ibrahim Bin Abdullah Munsyi
2 1887 - 1895 En. Mohd Khalid Bin Abdullah
3 1895 YAM Ungku Mohd Khalid Ibni Almarhum Daing Ibrahim
4 1895 - 1904 En. Mohd Khalid Bin Abdullah
5 1904 - 1916 En. Ismail Bin Hj. Sulaiman
6 1916 - 1924 Mr. J.V Thompson
7 1925 - 1928 Mr. H. Mortimer
8 1928 - 1934 Mr. H.A.R. Cheesman
9 1934 - 1935 Mr. J.M. Meade
10 1935 - 1936 Mr. D.R.Swaine
11 1936 - 1937 Mr.F.L. Shaw
12 1938 Mr. J, Bain
13 1938 - 1940 Mr.F.L. Shaw
14 1941 - 1942 Mr. J. Bain
15 1942 - 1945 Dato' Hj. Abdullah Bin A. Rahman
16 1946 Mr. G.L. Bayliss
17 1946 - 1948 Mr. T.J.Thomas
18 1948 - 1949 Mr. T.P. Lewis
19 1949 Mr. G. Woods 
20 1949 - 1950 Mr.T.P.M. Lewis
21 1950 - 1953 Mr. A.P. Hunter
22 1953 - 1956 Mr. F. T. Laidlaw
23 1956 - 1957 Mr. D.H. Christie
24 1957 - 1958 Mr. F.T. Laidlaw
25 1958 - 1959 Mr. F.H. Jones
26 1959 - 1961 Mr. S.V.J. Donniah
27 1961 - 1964 En. Kum Boo
28 1964 - 1967 En. Tan Teik Beng
29 1967 - 1968 En. K.G. Yogam
30 1969 - 1971 En. S.K. Nayagam
31 1971 - 1975 Hj. Ahmad Bin Hj. Salleh
32 1975 - 1976 Hj. Omar Bin Mohd Hashim
33 1976 - 1981 Dato' Hj. Idris Bin Hj. Tain
34 1981 - 1984 Hj. Jumaat Bin Dato' Hj. Mohd Noor
35 1985 - 1989 Dato' A. Razak Bin Atur
36 1989 - 1991 Hj. Mahpur Bin Baba
37 1991 - 1992 Hj. Zainal Abidin Bahaudin
38 1992 - 1993  En. A.Rahim Bin Busu Mat Nor
39 1993 - 1994 En. A.Rahim Bin Hamid
40 1994 - 1995 Hj. Abu Bakar Bin Arshat
41 1995 - 1997 En. M. Zin Bin Sham
42 1997 - 1998 Hj. Kasmuri Bin Sadimin
43 1998 - 2001 Dato' Hj. Rashdi Bin Ramlan
44 2001 - 2003 Hj. Senan Bin Ibrahim
45 2003 - 2004 Hj. Rokhani Bin Mangi
46 2004 - 2006 En. Jailani Bte Rusni
47 2006 - 2008 Hj. Mokhy Bin Saidon
48 2008 Hj. Ramlan Bin Sariman
49 2008 - 2010 Hj. Sufa'at bin Tumin
50 2010 - 2011 Hj. Markom Bin Giran
51 2011 - 2014 En. Mohd Nor Bin A. Ghani
52 2014 - 2016 Hj. Aminudin bin Adam
53 2016 - 2019 Hj. Shaharudin bin Sharif
54 2019 - 2020 Hj. Azman bin Adnan
55 2020 - 2021 Hj. Shaharuddin bin Saari
56 2022 - Kini En. Md Said bin Md Daimon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]