Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan
جابتن ڤڠايرن دان ساليرن نڬري سمبيلن
Intisari agensi
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatTingkat 2, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
MotoJayakan Perkhidmatan Sempurna
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pengarah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
jpsns.ns.gov.my

Projek Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS) Ini Banyak Tertumpu Kepada Projek-projek Pengurusan Banjir Bagi Mengwujudkan Suasana Yang Selesa dan Bebas Daripada Banjir. Selain Dari Itu, Jabatan Ini Melaksananakan Projek-projek Memperbaiki Sungai-sungai Di Bawah Program Pengurusan Lembangan Sungai.

Jabatan Ini Juga Memainkan Peranan Dalam Usaha-usaha Pengawalan dan Pencegahan Dengan Memberi Khidmat Nasihat Dalam Bidang Saliran Mesara Alam Kepada Setiap Projek Pemajuan Tanah Bagi Memastikan Pembangunan Yang Dirancang TIdak Menumbulkan Masalah Saliran Yang Boleh Menyumbang Kepada Kemungkinan Untuk Berlakunya Banjir.

Projek Menambak Laut dan Projek Kawalan Hakisan Pantai Di Bawah Kejuruteraan Zon Pantai Turut Memainkan Peranan Dalam Memulihara Persisiran Pantai Port Dickson bagi Menjamin Keselesaan Sektor Pelancongan.

Peranan Hidrologi Dalam Melaksanakan Kerja-kerja Mengutip dan Mengumpulkan Data-data Hidrologi Daripada Stesen-stesen Lebathujan, Aras Air, Sejatan, Endapan Ampai dan Kualiti Air Sungai Turut Memberi Sumbangan Yang Besar.

Di dalam bidang Pengairan, Jabatan Telah Menyediakan Infrastruktur-infrastruktur Untuk Skim Pengairan, Pemulihan Kawasan Tanah Sawah Terbiar Di Bawah Program MOA Inc., Pemulihan Kolam Ikan dan Ternakan Udang.

Visi[sunting | sunting sumber]

Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan & Pengurusan Sumber Air merangkumi Pengurusan Lembangan Sungai, Zon Pantai serta Pengurusan Banjir & Kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan Sekuriti Air dan Kelestarian Alam Sekitar

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Pelaksanaan Perancangan dan Pembangunan Sistem Ramalan Banjir dan Kemarau, Pengurusan Data dan Maklumat Hidrologi dan Penilaian serta Pengurusan Sumber Air Negara.
  2. Pembangunan Perancangan dan Pengurusan Lembangan Sungai.
  3. Meningkatkan Perancangan dan Pembangunan Infrastruktur serta Pengurusan Air untuk Tanaman dan Keperluan Pertanian yang lain.
  4. Pembangunan Perancangan dan Pengurusan Program Tebatan Banjir.
  5. Pelaksanaan Pembangunan dan Pengurusan Zon Pantai untuk Mengurangkan Hakisan Pantai serta Masalah Mendapan di Muara Sungai.
  6. Menguruskan dan Mengawal Selia Pelaksanaan Program Pengurusan Air Hujan di Kawasan Bandar.

[1]