Pergi ke kandungan

Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya
马来亚大学中文系
JenisJabatan
Koordinat3°7′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639
Poskod50603
Ditubuhkan1963
FakultiFakulti Sastera dan Sains Sosial
PengasasProfesor Cheng Te-k'un
DekanDatuk Profesor Dr. Danny Wong Tze Ken
Ketua JabatanDr. Ho Kee Chye
Bilangan pensyarah17
Pelajar sarjana muda158 (2025)
Pelajar sarjana175 (2025)
Laman sesawanghttp://www.umchinesestudies.org.my/
Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional馬來亞大學中文系
Tulisan Cina Ringkas马来亚大学中文系
Pemandangan luar Jabatan Pengajian Cina, terletak di tingkat dua Bangunan I04

Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (Inggeris: Department of Chinese Studies, Cina ringkas: 马来亚大学中文系Cina tradisional: 馬來亞大學中文系pinyin: Mǎ lái yà dàxué zhōng wén xì) yang mula beroperasi pada tahun 1963 merupakan antara jabatan tertua dan paling berpengaruh dalam sejarah Fakulti Sastera Sains dan Sosial.

Sebagai salah satu pusat utama Pengajian Cina di rantau Asia Tenggara, jabatan ini memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pembelajaran dan penyelidikan sinologi di peringkat serantau. Ia berhasrat menjadi institusi alternatif bagi penyelidikan dalam bidang ini selain negara-negara seperti China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Bagi memperkukuh penyelidikan, pusat akademik telah diwujudkan di bawah naungan Jabatan dan Fakulti, antaranya Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah, Pusat Penyelidikan Buddhisme Humanistik, serta Pusat Penyelidikan Kesusasteraan Mahua. Di samping itu, jabatan ini turut menjalin kerjasama erat dengan pelbagai universiti luar negara, terutamanya institusi di China, Taiwan dan Hong Kong, bagi memperluas jaringan akademik dan mempertingkatkan pertukaran ilmiah antarabangsa [1].

  1. Memelihara, mengajar dan mempromosikan budaya Cina
  2. Menterjemah klasik Cina untuk membantu kumpulan etnik lain memahami budaya Cina
  3. Meningkatkan tahap akademik sinologi di Malaysia serta memberi sumbangan kepada masyarakat

Penubuhan Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya bermula seawal bulan April 1950 apabila kampus Universiti Malaya di Singapura merancang untuk menubuhkan sebuah Jabatan Kesusasteraan Cina. Pada bulan Oktober 1953, jabatan tersebut mula beroperasi dengan Dr. He Guangzhong dilantik sebagai pemangku ketua jabatan. Profesor Wang Gungwu pula dilantik sebagai pembantu pengajar dalam bidang sejarah di jabatan tersebut.

Pada tahun 1959, Fakulti Sastera dan Sains Sosial ditubuhkan secara rasmi di Universiti Malaya kampus Kuala Lumpur. Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu menyatakan bahawa Jabatan Pengajian Cina akan turut diwujudkan di kampus Kuala Lumpur.

Pada bulan Jun 1960, Senat Universiti Malaya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penubuhan Jabatan Pengajian Cina, yang dinamakan Jawatankuasa Jabatan Pengajian Cina. Jawatankuasa ini mempunyai empat belas orang ahli dengan Sir Alexander Oppenheim, Naib Canselor Universiti Malaya, sebagai pengerusi. Ahli-ahli lain terdiri daripada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dua wakil lembaga pengarah, tiga wakil senat, tiga ahli akademik serta empat tokoh masyarakat luar universiti.

Selepas beberapa kali perbincangan, jawatankuasa tersebut bersetuju bahawa kampus Kuala Lumpur wajar menubuhkan Jabatan Pengajian Cina. Laporan dan cadangan rasmi kemudian dikemukakan kepada Majlis Senat Universiti Malaya.

Pada bulan September 1960, Majlis Senat Universiti Malaya telah meluluskan penubuhan Jabatan Pengajian Cina.

Pada 8 Mei 1961, pihak Universiti Malaya menyiarkan iklan pengambilan tenaga kerja dalam akhbar The Malay Mail bagi mencari calon yang sesuai untuk mengetuai dan menyelaras penubuhan Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya.

Pada bulan Jun, Naib Canselor Universiti Malaya Sir Alexander Oppenheim mengadakan rundingan dengan Naib Canselor Universiti Cambridge di United Kingdom berkenaan rancangan tersebut. Pihak Cambridge kemudian mencadangkan agar Dr. Cheng Te-k’un, Ketua Jabatan Pengajian Cina di Universiti Cambridge, membantu dalam penubuhan jabatan berkenaan.

Pada bulan Januari 1962, Dr. Cheng Te-k’un dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya. Setelah tiba di Kuala Lumpur pada 5 Julai 1962, beliau memulakan kerja penyediaan selama enam bulan. Dr. Cheng mendraf kurikulum berdasarkan dua matlamat utama seperti yang digariskan dalam cadangan Jawatankuasa Jabatan Pengajian Cina kepada Senat Universiti Malaya:

  1. Memberikan peluang kepada pelajar yang mempunyai asas bahasa Cina untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
  2. Membolehkan pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Cina mempelajari bahasa dan kebudayaan Cina.

Setahun kemudian, setelah selesai menyiapkan persiapan penubuhan jabatan tersebut, Dr. Cheng kembali ke Britain. Profesor Wang Gungwu memangku jawatan Ketua Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya sebelum ia diambil alih oleh Profesor Wolfgang Franke.

Pada Mei 1963, pengambilan pertama menerima 101 pelajar baharu. Struktur kurikulum merangkumi karya klasik Cina, Bagi menyesuaikan keperluan masyarakat Asia Tenggara serta pembangunan negara. Oleh itu, kursus terbahagi kepada dua aliran:  

  • Kumpulan A (Bahasa dan Kesusasteraan) untuk pelajar yang mempunyai asas bahasa Cina. Pengajaran dan peperiksaan menggunakan bahasa Cina. Sebanyak 24 kursus ditawarkan, termasuk kesusasteraan moden, klasik, linguistik, kesusasteraan Cina di Malaysia, koleksi karya sejarah. Pelajar boleh memilih kursus tambahan seperti agama masyarakat Cina, sejarah Cina, arus sastera Cina, komentar isu semasa dan budaya korporat Cina.  
  • Kumpulan B (Masyarakat dan Budaya) untuk pelajar tanpa asas bahasa Cina. Kursus ini menyediakan empat tahap pembelajaran bahasa Cina serta kursus sosial dan budaya seperti kajian masyarakat Cina, sejarah Cina, kajian masyarakat Cina di Asia Tenggara dan terjemahan.

Seiring dengan perkembangan semasa, kurikulum jabatan sentiasa dikemas kini bagi memenuhi keperluan semasa.

Pada Februari 1964, Profesor Ho Peng Yoke dilantik sebagai ketua jabatan. Pada Julai 1965, Profesor Ch'ien Mu dijemput sebagai profesor adjung.

Pada tahun 1966, kohort pertama graduan ijazah sarjana muda berjaya menamatkan pengajian. Pada tahun 1967, pelajar pertama peringkat sarjana, Goh Then Chye berjaya menamatkan pengajian.

Pada Mei 1990, Persatuan Siswazah Jabatan Pengajian Tionghoa (PEJATI) ditubuhkan.

Papan kaligrafi Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya

Pada September 1995, terdapat khabar bahawa Jabatan Pengajian Cina bakal digabungkan ke dalam Jabatan Pengajian Asia Timur dan dinamakan semula sebagai Jabatan Pengajian Cina dan Tamadun Asia Timur. Namun, usaha ini akhirnya tidak dijalankan. [2]

Pada September 2007, Universiti Malaya beralih menjadi universiti penyelidikan. Bilangan pelajar Jabatan Pengajian Cina menurun mendadak daripada sekitar 180 orang pada kemuncaknya kepada hanya 32 orang. Walaupun berdepan penurunan, jabatan tetap bergerak ke arah pengukuhan penyelidikan akademik. Seiring usaha tersebut, jabatan menerbitkan Jurnal Khas Kajian Sinologi pada tahun 2010 dan Jurnal Kesusasteraan dan Budaya Cina Perantauan pada tahun 2013.

Pada tahun 2016, Perpustakaan Universiti Malaya menubuhkan Pusat Dokumentasi Hong Lou Meng (Mimpi di Mahligai Merah). Pada tahun yang sama, Dr. Seng Yan Chuan dan Dr. Khor Boon Eng menterjemahkan serta menerbitkan karya Mimpi di Mahligai Merah versi Bahasa Melayu.

Bagi menghargai usaha pelajar cemerlang, Tan Sri Chan Kong Choy menaja Anugerah Buku Chan Kong Choy yang diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Anugerah ini disampaikan secara rasmi pada Oktober 2017.

Jabatan Pengajian Cina menubuhkan Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah pada tahun 2018 untuk memajukan pengajian terhadap karya sastera tersebut. Pada Oktober 2020, jabatan mendapat kelulusan untuk menawarkan Program Sarjana Pengajian Cina dengan kemasukan 65 orang pelajar untuk kohort pertama.

Pada tahun 2022, jabatan menubuhkan Pusat Penyelidikan Kesusasteraan Mahua serta melancarkan Projek Arkib Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya. Projek ini bertujuan mengumpul, menyusun serta memaparkan karya akademik, hasil penulisan sastera dan bahan sejarah hasil karya pensyarah dan pelajar jabatan melalui teknologi digital bagi akses umum.

Pada tahun 2023, jabatan meraikan ulang tahun ke-60 penubuhannya. Untuk meraikan peristiwa ini, jabatan bersama PEJATI menganjurkan Seminar Antarabangsa Kajian Sinologi dan Majlis Makan Malam Gala dengan penyertaan tokoh akademik serta orang awam.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]
  • Bilik Persidangan[3]
  • Bilik Mesyuarat
  • Koridor Memori
  • Bilik Perbincangan
  • Bilik Tesis
  • Ruang Belajar

Sarjana Muda

[sunting | sunting sumber]

Kursus Teras Program

[sunting | sunting sumber]

Senarai kursus teras bagi program Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina di Universiti Malaya

Tahun Semester Kod Kursus Nama Kursus Kredit
1 1 AII1003 Bahasa Cina Dalam Teks Moden 3
AII1010 Pengenalan Sastera China 3
AII1011 Sastera China Klasik I 3
AII1012 Politik, Institusi dan Budaya China Klasik 3
2 AII1004 Bahasa Cina Dalam Teks Klasik 3
AII1014 Sastera China Klasik II 3
AII1015 Penulisan Kreatif Cina 3
AII1016 Fiksyen China Klasik 3
2 1 AII2001 Sinografi dan Tulisan Kuno Cina 3
AII2019 Sejarah Falsafah Cina 3
2 AII2002 Metodologi Penyelidikan Pengajian Cina 3
AII2024 Sastera Cina Moden 3
AII2025 Pilihan Ci Cina Klasik 3
3 1 AII3018 Kesusasteraan Mahua 3
AII3028 Projek Penyelidikan (P1) 4
2 AII3028 Projek Penyelidikan (P2) 4
4 1 AII3029 Latihan Industri 10

Kursus Elektif

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai kursus elektif yang ditawarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina di Universiti Malaya. Pelajar perlu memilih empat (4) kursus sahaja daripada senarai berikut.

Kod Kursus Nama Kursus
AII2005 Filem dan Drama Cina Moden
AII2006 Kebudayaan dan Masyarakat Cina di Asia Tenggara
AII2016 Kajian Masyarakat Cina Malaysia
AII2020 Puisi Cina Klasik
AII2021 Kesusasteraan Cina Kontemporari
AII2022 Pengantar Pengajian Cina
AII2023 Perang Dingin dan Orang Cina Seberang Laut di Asia
AII2026 Pengantar Agama Cina
AII2027 Aktiviti-aktiviti Ekonomi Cina Asia Tenggara
AII2028 Bahasa Cina I
AII2029 Bahasa Cina II
AII3019 Drama Cina Klasik
AII3020 Analisis Teks Cina Klasik
AII3021 Fonetik dan Fonologi Bahasa Cina
AII3022 Dialektologi Cina
AII3023 Politik Etnik Cina di Asia Tenggara Maritim
AII3024 Prosa Terpilih dalam Sastera Cina Klasik
AII3025 Kritikan Sastera Cina
AII3026 Pilihan Novel Dinasti Ming dan Qing
AII3027 Pemikiran Cina Klasik
Semester Jenis Kod Kursus Nama Kursus Kredit Jumlah Kredit (per semester)
Semester 1[4] Kursus Teras Program AQB7001 Kaedah Penyelidikan Pengajian Cina 3 18
AQB7003 Sejarah China 3
AQB7012 Masyarakat Cina di Asia Tenggara 3
Kursus Elektif AQB7006 Kesusasteraan Cina Klasik 3
AQB7008 China Kontemporari 3
AQB7011 Kesusasteraan Mahua 3
AQB7013 Topik Khas dalam Pengajian Cina 3
Semester 2 Kursus Teras Program AQB7002 Projek Penyelidikan 6 18
AQB7004 Falsafah Cina 3
AQB7005 Kajian Masyarakat Cina Malaysia 3
Kursus Elektif AQB7007 Kesusasteraan Cina Moden dan Kontemporari 3
AQB7009 Linguistik Cina 3
AQB7010 Kajian Hong Lou Meng 3
Semester Khas Kursus Teras Program AQB7002 Projek Penyelidikan 6 6

Syarat Kemasukan

[sunting | sunting sumber]

Sarjana Muda

[sunting | sunting sumber]
Program STPM (Tahun Semasa) Matrikulasi/Asasi (Tahun Semasa) Diploma/Setaraf

UM6227003
Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina
(7 Semester Biasa)[5]

Aliran Sains dan Sastera

PNGK
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM

dan

Mata pelajaran STPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam dua (2) mata pelajaran di peringkat STPM

dan

Mata pelajaran SPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM

dan

Syarat MUET
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

Aliran Sains dan Sastera

PNGK
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Matrikulasi/Asasi

dan

Mata pelajaran Matrikulasi/Asasi
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi

dan

Mata pelajaran SPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM

dan

Syarat MUET
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

Aliran Sains dan Sastera

PNGK
Memiliki Diploma dari Universiti Awam (UA) / IPTA / ILKA / Politeknik / IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

dan

Mata pelajaran Diploma
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam dua (2) mata pelajaran di peringkat Diploma

dan

Mata pelajaran SPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM

dan

Syarat MUET
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
  1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 pada peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya, atau kelayakan yang setaraf daripada institusi lain yang diluluskan oleh Senat, atau
  2. Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya atau kelayakan yang setaraf daripada institusi lain yang diluluskan oleh Senat dengan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM atau sekurang-kurangnya Band 5 di peringkat HSK.
  5. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM

Bekas Ketua Jabatan

[sunting | sunting sumber]
  1. Profesor Cheng Te-k'un 郑德坤教授 (Januari 1962 – Disember 1962)
  2. Profesor Wang Gungwu 王赓武教授 (Januari 1963 – April 1963, Pemangku Ketua)
  3. Profesor Wolfgang Franke 傅吾康教授 (Mei 1963 – Januari 1964, Pemangku Ketua)
  4. Profesor Ho Peng Yoke 何丙郁教授 (Februari 1964 – Mac 1968, Pemangku Ketua)
  5. Dr. Winnie Tsang Une-shing 曾咏心博士 (April 1968 – November 1968, Pemangku Ketua)
  6. Profesor Ho Peng Yoke 何丙郁教授 (Disember 1968 – April 1973)
  7. Profesor Madya Goh Then Chye 吴天才副教授 (Mac 1972 – Mei 1972, Pemangku Ketua)
  8. Profesor Ang Tian Se 洪天赐教授 (Mei 1973 – Julai 1973, Pemangku Ketua)
  9. Profesor Madya Goh Then Chye 吴天才副教授 (Ogos 1973 – Mei 1975)
  10. Profesor Ang Tian Se 洪天赐教授 (Jun 1975 – Februari 1977)
  11. Puan Yu Wang Luen 俞王纶女士 (Mac 1977 – Mac 1978)
  12. Profesor Madya Goh Then Chye 吴天才副教授 (April 1978 – Disember 1981)
  13. Profesor Yang Ching Leng 杨清龙教授 (Januari 1982 – Mac 1982, Pemangku Ketua)
  14. Profesor Zheng Liang Shu 郑良树教授 (April 1982 – Julai 1982)
  15. Profesor Tan Ooi Chee 陈徽治教授 (Ogos 1982 – Mei 1983, Pemangku Ketua)
  16. Profesor Zheng Liang Shu 郑良树教授 (Jun 1983 – Mac 1984)
  17. Profesor Ang Tian Se 洪天赐教授 (April 1984 – Mei 1987, Pemangku Ketua)
  18. Profesor Tan Chee Beng 陈志明教授 (Jun 1987 – April 1988)
  19. Profesor Ang Tian Se 洪天赐教授 (Mei 1988 – Oktober 1988)
  20. Profesor Madya Lim Chang Mee 林长眉副教授 (November 1988 – Julai 1989)
  21. Profesor Ang Tian Se 洪天赐教授 (Ogos 1989 – November 1991)
  22. Profesor Cheng Gek Nai 钟玉莲教授 (Disember 1991 – April 1992, Pemangku Ketua)
  23. Profesor Cheng Gek Nai 钟玉莲教授 (Mei 1992 – Oktober 1999)
  24. Profesor Soo Khin Wah 苏庆华教授 (November 1999 – Oktober 2001)
  25. Profesor Tan Ooi Chee 陈徽治教授 (November 2001 – Disember 2005)
  26. Profesor Soo Khin Wah 苏庆华教授 (Januari 2006 – Ogos 2006)
  27. Profesor Madya Teo Lay Teen 张丽珍副教授 (September 2006 – September 2006, Pemangku Ketua)
  28. Profesor Madya Teo Lay Teen 张丽珍副教授 (Oktober 2006 – April 2009)
  29. Profesor Soo Khin Wah 苏庆华教授 (Mei 2009 – Ogos 2011)
  30. Profesor Thock Ker Pong 祝家丰教授 (September 2011 – Januari 2012)
  31. Profesor Soo Khin Wah 苏庆华教授 (Februari 2012 – Jun 2013)
  32. Profesor Thock Ker Pong 祝家丰教授 (Jun 2013 – Ogos 2015)
  33. Profesor Madya Fan Pik Wah 潘碧华副教授 (September 2015 – Julai 2025)
  34. Dr. Ho Kee Chye 何启才博士 (Julai 2025 – kini)

Bekas Profesor Adjung

[sunting | sunting sumber]
  1. Prof. Dr. Cheng Te-k'un 郑德坤教授 (Julai 1962 – Disember 1962)
  2. Prof. Ch'ien Mu 钱穆教授 (Julai 1965 – Februari 1966)
  3. Prof. Dr. Cheng Te-k'un 郑德坤教授 (Jun 1966 – Januari 1967)
  4. Prof. Dr. Wang Shu-Min 王叔珉教授 (Ogos 1967 – Januari 1972)
  5. Prof. Dr. Liu Ts'un-yan 柳存仁教授 (Jun 1976 – Oktober 1976)
  6. Prof. Dr. Tang Zuo Fan 唐作藩教授 (Jun 2001 – Oktober 2001)
  7. Prof. Dr. Zhou Qiang 周强教授 (Jun 2003 – Oktober 2003)
  8. Prof. Dr. Ying Jin Xiang 应锦襄教授 (Ogos 2004 – Disember 2004)
  9. Prof. Dr. Ye Bao Kui 叶宝奎教授 (Julai 2006 – November 2006)
  10. Prof. Dr. Li Guo Zheng 李国正教授 (Julai 2007 – Jun 2009)
  11. Prof. Dr. Liu Shi 刘石教授 (Jun 2008 – September 2008)
  12. Prof. Dr. Wang Zhao Peng 王兆鹏教授 (September 2008 – Disember 2009)
  13. Prof. Dr. Dong Xi Ping 董希平教授 (September 2013 – Februari 2014)
  14. Prof. Dr. Sharon A. Carstens 柯雪润教授 (2013 – 2014)
  15. Prof. Dr. Chen Chuan Xi 陈传席教授 (2016 – 2017)
  16. Prof. Dr. Cao Sheng Gao 曹胜高教授 (Mac 2019 – Jun 2019)
  17. Prof. Dr. Duan Jiang Li 段江丽教授 (Mac 2021 – Jun 2021)
  18. Prof. Dr. Liu Qian Gong 刘谦功教授 (Mac 2021 – Jun 2021)
  19. Prof. Dr. Lu Yu Zheng 鲁宇征教授 (Mac 2021 – Jun 2021)
  20. Prof. Dr. Wang Jin Hua 王金花教授 (Oktober 2021 – Disember 2021)
  21. Tan Sri Chan Kong Choy 丹斯里陈广才 (Oktober 2016 – kini)
  22. Dato' Seri Dr. Hou Kok Chung 拿督斯里何国忠博士 (Mac 2021 – kini)

Pusat penyelidikan

[sunting | sunting sumber]

Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah

[sunting | sunting sumber]

Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah (马来亚大学红楼梦研究中心) ditubuhkan pada Disember 2018. Pusat ini beroperasi di bawah Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya dan bertempat berhampiran pejabat jabatan tersebut. Fokus utama pusat ini ialah kajian kesusasteraan klasik Cina dengan penekanan khusus terhadap novel Mimpi di Mahligai Merah (红楼梦) serta penerimaan, terjemahan, dan perkembangannya di rantau Asia Tenggara.

Pusat ini juga menjalankan penyelidikan terhadap novel klasik Cina lain seperti Perjalanan ke Barat (西游记), Hikayat Tiga Kerajaan (三国演义) dan Hikayat Pinggir Air (水浒传). Bidang kajian merangkumi sejarah penyebaran karya klasik di Malaysia dan Singapura, serta perkembangan tafsiran dan terjemahan kesusasteraan klasik.

Penubuhan pusat ini digerakkan oleh Tan Sri Chan Kong Choy (陈广才). Pada tahun 2016, beliau menyumbangkan koleksi peribadi berkaitan Mimpi di Mahligai Merah kepada Perpustakaan Universiti Malaya, sekali gus membawa kepada penubuhan Pusat Koleksi Penyelidikan Hong Lou Meng pada tahun 2017. Sebahagian besar koleksi klasik Cina milik beliau kemudiannya dipindahkan kepada pusat penyelidikan ini.

Koleksi pusat ini melebihi 3,000 naskhah, meliputi sejarah kesusasteraan Cina, kajian novel klasik, tulisan akademik berkaitan kajian Hong Lou Meng, serta bahan khusus mengenai Jin Ping Mei, Hikayat Tiga Kerajaan, Hikayat Pinggir Air dan Mimpi di Mahligai Merah. Antara penyumbang utama koleksi ialah Tan Sri Chan Kong Choy, bekas pensyarah jabatan Profesor Obaidellah Hj Mohammad, Ketua Jabatan Profesor Madya Fan Pik Wah (潘碧华) dan ahli PEJATI.

Pusat Penyelidikan Kesusasteraan Mahua

[sunting | sunting sumber]

Pusat Penyelidikan Kesusasteraan Mahua (马来亚大学马华文学研究中心) ditubuhkan pada tahun 2022 dan ditempatkan di Jabatan Pengajian Cina, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pusat ini memberi tumpuan kepada penyelidikan kesusasteraan Cina di Malaysia (sastera Mahua), pemeliharaan tradisi penulisan serta pembangunan wacana akademik dalam bidang tersebut.

Aktiviti pusat merangkumi penyusunan arkib sastera, penelitian karya pengarang, perbincangan teori, serta penganjuran seminar, bengkel penulisan, siri syarahan dan sesi wacana sastera. Penyelidikan turut merangkumi sejarah sastera Mahua, karya pengarang kontemporari, pembinaan pangkalan data digital dan perbandingan dengan kesusasteraan Cina diaspora di negara lain. Pusat ini juga merancang kerjasama antarabangsa dan penerbitan hasil kajian akademik.[6]

Pusat Koleksi Penyelidikan Hong Lou Meng

[sunting | sunting sumber]

Pusat Koleksi Penyelidikan Hong Lou Meng ialah unit khas di bawah Perpustakaan Universiti Malaya yang dirasmikan pada 1 Julai 2017. Lokasinya terletak di tingkat empat Perpustakaan Utama. Penubuhannya berkait rapat dengan sumbangan koleksi Hong Lou Meng oleh Tan Sri Chan Kong Choy pada tahun 2016.

Koleksi pusat ini meliputi manuskrip salinan tangan, cetakan kayu zaman Dinasti Qing, edisi cetak awal abad ke-20, serta versi moden yang telah disunting. Antara koleksi penting termasuk Jiaqing Jiaxu Ben (嘉庆甲戌本, 1814), edisi Tenghuaxie (藤花榭本, 1820), Guochu Chaoben (国初钞本, 1920), dan edisi 1961 Zhiyanzhai Chongping Shitouji (脂砚斋重评石头记) terbitan Taipei Commercial Press. Turut disimpan ialah edisi-edisi terbitan Penerbitan Sastera Rakyat serta terjemahan pelbagai bahasa.

Selain bahan bercetak, pusat ini memiliki karya seni dan artifak seperti lukisan yang dikaitkan dengan Cheng Weiyuan, karya kaligrafi dan puisi Zhang Wentao serta hasil tulisan sarjana Hong Lou Meng seperti Feng Qiyong. Pusat ini dikenali sebagai salah satu lokasi rujukan hongxue di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Jabatan menerbitkan dua jurnal akademik yang diindeks dalaman UM eJournals:

  • Journal of Sinological Studies(汉学研究学刊) sejak 2010, edisi terkini Vol. 15 No. 1, 2024.[7]
  • Journal of Chinese Literature and Culture(华人文学与文化学刊) dengan fokus kesusasteraan dan budaya masyarakat Cina global.[8]

Pertukaran dan jaringan

[sunting | sunting sumber]
  • Jabatan secara berterusan menganjurkan siri ceramah dan kerjasama akademik dengan institusi Taiwan melalui projek bertema sejarah serta budaya Taiwan–Malaysia, termasuk siri Taiwan Lecture Series 2023–2024 dengan kerjasama TECO di Malaysia.[9]
  • Di samping itu, jabatan melaksanakan program Spotlight Taiwan di kampus, merangkumi kuliah, tayangan filem beranotasi, bengkel reka bentuk budaya dan komuniti pembaca.[10]

Persatuan alumni

[sunting | sunting sumber]

Persatuan Siswazah Jabatan Pengajian Tionghoa Universiti Malaya (PEJATI, Cina: 马来亚大学中文系毕业生协会) merupakan pertubuhan yang menghimpunkan alumni Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya. Idea menubuhkan persatuan ini muncul sekitar tahun 1988 apabila sekumpulan bekas mahasiswa berbincang mengenai keperluan sebuah badan rasmi alumni. Selepas beberapa mesyuarat dan penyediaan dasar persatuan, ia berdaftar secara rasmi pada 1990.

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Sejak awal, persatuan ini sering menyokong aktiviti akademik dan kebudayaan jabatan. PEJATI menyalurkan sumbangan kewangan untuk program tertentu, terlibat dalam penganjuran acara pelajar dan bekerjasama dengan organisasi luar, termasuk akhbar dan pertubuhan kebudayaan. Antara bentuk sokongan termasuk penerbitan karya akademik, bantuan kepada acara pelajar seperti malam seni budaya jabatan dan program orientasi.

Pada awal 1990-an, persatuan bersama jabatan menganjurkan program sempena ulang tahun jabatan, termasuk ceramah umum dan majlis makan malam. Tradisi ini diteruskan sekali lagi apabila jabatan mencapai ulang tahun penubuhan 50 tahun pada 2013 melalui kerjasama yang hampir sama bentuknya.

Selain menjadi platform jaringan alumni, persatuan ini turut menjemput pakar luar negara untuk membuat penyelidikan dan memberi bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan serta menunjukkan prestasi yang baik. Mulai 1994, PEJATI memperkenalkan anugerah seperti Pingat Emas dan baucar buku bagi menghargai pencapaian akademik sebahagian graduan.

  • Menghubungkan dan mengeratkan hubungan antara graduan Jabatan Pengajian Cina
  • Mengekalkan hubungan antara alumni dengan jabatan asal
  • Memberi sokongan terhadap kajian bahasa serta budaya Cina di Malaysia[11]
Department of Chinese Studies, Faculty of Arts and Social Sciences
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon: 603-7967 5650
Faks: 603-7967 5458
E-mel: fass_cina@um.edu.my

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "PROSPECTUS_UG_20242025". ebook.um.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-07.
  2. ^ "Arkib salinan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-16. Dicapai pada 2022-02-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "系设备". 马来亚大学中文系 (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-05. Dicapai pada 2025-10-07.
  4. ^ "251007_PG 2025.pdf". Google Docs. Dicapai pada 2025-10-09.
  5. ^ UNDERGRADUATE PROGRAMMES - BACHELOR'S DEGREE (MALAYSIAN) - UPU/OPEN CHANNEL (SATU) (PDF).
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ref2
  7. ^ "Journal of Sinological Studies". UM eJournals. 2024-11-08. Dicapai pada 2025-10-07.
  8. ^ "本系期刊". 马来亚大学中文系 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2025-10-07.
  9. ^ "台湾讲座计划 2023–2024". 马来亚大学中文系 (dalam bahasa Cina). 2024-10-21. Dicapai pada 2025-10-07.
  10. ^ "马大台湾文化光点计划". 马来亚大学中文系 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2025-10-07.
  11. ^ "中文系毕业生协会(PEJATI)". 马来亚大学中文系 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2025-10-07.