Pergi ke kandungan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi kerajaan
Dibentuk16 Oktober 1901 (124 tahun yang lalu) (1901-10-16)
JenisAgensi kerajaan
Ibu pejabatJalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi kerajaan
  • Dato' Hj. Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Perhutanan Negara 1984
  • Dasar Perhutanan Negara
Laman sesawang
forestry.gov.my

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ڤرهوتنن سمننجوڠ مليسيا; singkatan: JPSM) merupakan sebuah jabatan yang di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ia bertanggungjawab untuk menguruskan, merancang, melindungi dan membangunkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di seluruh Semenanjung Malaysia.[1]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Pusat Latihan Perhutanan Sungai Buloh yang dimiliki oleh Jabatan Perhutanan

Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Perhutanan dengan dibantu oleh 2 orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu daripada Bahagian Operasi dan Teknikal serta Bahagian Dasar dan Perancangan.

Jabatan ini juga mempunyai 11 buah Jabatan Perhutanan Negeri (JPN), 1 buah Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) serta 36 buah Pejabat Hutan Daerah / Jajahan (PHD/J) di seluruh Semenanjung Malaysia.[2]

Terdapat 3 buah Jabatan Perhutanan Negeri yang tidak mempunyai Pejabat Hutan Daerah sebaliknya mempunyai Pejabat Renjer Hutan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.[3][perlu rujukan]

Pejabat hutan daerah yang terbanyak dalam rekod JPSM ialah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang mempunyai 8 pejabat hutan daerah. Walau bagaimanapun, setiap pejabat hutan daerah mempunyai Pejabat Renjer Hutan contohnya Pejabat Hutan Daerah Johor Utara yang merupakan bawah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) mempunyai 4 buah Pejabat Renjer iaitu PRH Segamat, PRH Labis, PRH Muar dan PRH Ledang.[perlu rujukan]

  1. ^ "Fungsi Jabatan". forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  2. ^ "Pengenalan". www.forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Dicapai pada 2025-06-03.
  3. ^ Malaysia, Mohala; Chong, S. K.; Naim (2008). Melaka: where forestry began. Kuala Lumpur, Malaysia: Forestry Department Peninsular Malaysia. ISBN 978-983-9269-64-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]