Jabatan Polis Kebangsaan Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thailand National Police Department atau Jabatan Polis Kebangsaan Thailand merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Interior) dan merupakan jabatan yang bertanggungjawab keatas organisasi polis di Thailand. Tanggungjawab utama mereka ialah untuk memastikan ketenteraman awam melalui penguatkuasaan undang-undang negara. Seperti Polri di Indonesia, TNPD mempunyai kuasa serta pengaruh yang hampir menyamai angkatan tentera di Thailand. Antara peranan mereka yang penting ialah untuk membenteras keadaan darurat. Akhir-akhir ini anggota polis di Thailand telah terlibat dalam menumpas kebangkitan Islam di Selatan Thailand. Sekiranya negara diceroboh, kebanyakan anggota polis akan berada di bawah kuasa Kementerian Pertahanan untuk berkhidmat bersama-sama angkatan tentera.

Pada asalnya, TNPD dibentuk mengikut model polis kebangsaan Jepun pra Perang Dunia II. Selepas itu, organisasi ini kerap melalui perubahan untuk menghadapi keselamatan dalaman yang sentiasa berubah. Ancaman terbesar sewaktu itu ialah ancaman komunis. Nasihat dari agensi Amerika serta latihan dan peralatan yang canggih di antara 1951 hingga awal 1970an, banyak membantu kearah memordenisasikan TNPD. Era ini telah menyaksikan kebangkitan dari segi kekuatan dan keberkesanan TNPD.

TNPD kini ditadbirkan melalui ibupejabatnya di Bangkok. Unit operasinya yang utama ialah Polis Provinsi, Polis Kawalan Sempadan (BPP), Polis Metropolitan, dan unit-unit khas yang kecil di bawah bidangkuasa "Central Investigation Bureau" atau Biro Penyiasatan Pusat.