Jacinda Ardern
Jacinda Ardern | |
---|---|
![]() Jacinda Ardern, 2011. | |
Perdana Menteri New Zealand ke-40 | |
Memegang jawatan 26 Oktober 2017 | |
Raja | Elizabeth II |
Patsy Reddy | |
Timbalan | Winston Peters |
Menggantikan | Bill English |
Ketua Pembangkang | |
Memegang jawatan 1 Ogos 2017 | |
Timbalan | Kelvin Davis |
Didahului oleh | Andrew Little |
Ketua Parti Buruh | |
Memegang jawatan 1 Ogos 2017 | |
Timbalan | Kelvin Davis |
Didahului oleh | Andrew Little |
Ahli Parlimen New Zealand untuk Mount Albert | |
Memegang jawatan 8 Mac 2017 | |
Didahului oleh | David Shearer |
Timbalan Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 7 Mac 2017 – 1 Ogos 2017 | |
Pemimpin | Andrew Little |
Didahului oleh | Annette King |
Digantikan oleh | Kelvin Davis |
Timbalan Ketua Parti Buruh | |
Dalam jawatan 1 Mac 2017 – 1 Ogos 2017 | |
Pemimpin | Andrew Little |
Didahului oleh | Annette King |
Digantikan oleh | Kelvin Davis |
Ahli Parlimen New Zealand untuk Senarai ahli Parlimen dari Parti Buruh | |
Dalam jawatan 8 November 2008 – 8 Mac 2017 | |
Digantikan oleh | Raymond Huo |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jacinda Kate Laurell Ardern 26 Julai 1980 Hamilton, New Zealand |
Parti politik | Parti Buruh |
Rakan kongsi domestik | Clarke Gayford |
Ibu bapa | Ross Ardern (ayah) |
Alma mater | Universiti Waikato |
Laman sesawang | Official website |
Jacinda Kate Laurell Ardern[1] ([dʒəˈsɪndə ˈɑrdɜrn][2] atau [je-sin-de ar-dérn], lahir 26 Julai 1980) merupakan ahli politik dari New Zealand serta Perdana Menteri bagi negara tersebut sejak pelantikannya pada 26 Oktober 2017. Beliau merupakan ketua Parti Buruh sejak 1 Ogos 2017. Beliau pertama kali dipilih menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac 2017[3] bagi kawasan Mount Albert.
Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]
Beliau menggambarkan dirinya berfahaman demokrat sosial[4] dan seorang progresif.[5] Sebagai penyokong gerakan buruh, beliau membangkang potongan cukai untuk golongan berpendapatan tinggi seperti yang disokong oleh Parti Nasional,[6] dan menyokong sebuah negara kebajikan yang menyediakan jariangan keselamatan untuk "mereka yang tidak mampu menyokong diri mereka".[4] Dalam isu budaya pula, Ardern menyokong perkahwinan sama jantina, setelah mengundi memihak kepada undang-undang kesetaraan perkahwinan pada tahun 2013,[7] dan menyokong liberalisasi undang-undang pengguguran.[8]
Selepas tamat belajar di Universiti Waikato pada tahun 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai penyelidik di pejabat Perdana Menteri Helen Clark. Beliau kemudiannya bekerja di United Kingdom sebagai penasihat polisi kepada Perdana Menteri negara tersebut Tony Blair,[9] dan, pada tahun 2008, beliau dipilih menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuda Sosialis.[10] Beliau menjadi ahli Parlimen bagi Mount Albert sejak 8 Mac 2017. Beliau telah dipilih secara sebulat suara sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh pada 1 Mac 2017 berikutan peletakan jawatan Annette King.
Beliau menjadi ketua Parti Buruh pada 1 Ogos 2017 apabila Andrew Little meletak jawatan berikutan keputusan undian yang rendah dalam sejarah parti tersebut.[11] Di bawah kepimpinan beliau, Parti Buruh mendahului saingan kerap mereka, Parti Nasional, untuk pertama kali dalam dua belas tahun. Dalam pilihan raya umum 2017 pada 23 September 2017, Parti Buruh memenangi 46 kerusi, meletakkannya di belakang Parti Kebangsaan di bawah Bill English yang memenangi 56 kerusi.[12] Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas Parti New Zealand First pimpinan Winston Peters mengumumkan bahawa parti tersebut akan menubuhkan kerajaan gabungan dengan Parti Buruh bersama sokongan Parti Hijau.[13]
Pada 19 Januari 2018, Ardern beliau mengumumkan bahawa beliau mengandung dengan anak petamanya dan beliau bakal bersalin pada bulan Jun tahun yang sama.[14] Beliau dimasukkan ke Hospital Bandar Daya Auckland siiiringi pasangannya, Clarke Gayford, pada pukul 5:50 pagi waktu tempatan 21 Jun 2018;[15] di mana beliau melahirkan seorang anak perempuan pada pukul 4:45 petang hari sama.[16][17] Beliau menjadi ketua pemerintah dilantik kedua yang bersalin semasa jawatan beliau (selepas Benazir Bhutto di Pakistan pada tahun 1990).[17]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "New Zealand Hansard – Members Sworn (Volume:651;Page:2)". Parliament of New Zealand.
- ^ "Australian journalist surprised by Jacinda Ardern's accessibility". Stuff. Dicapai 21 Oktober 2017.
- ^ Election results Diarkibkan 1 July 2012 at Archive.is
- ^ a b Murphy, Tim (1 Ogos 2017). "What Jacinda Ardern wants". Newsroom. Dicapai 15 Ogos 2017.
- ^ "Live: Jacinda Ardern answers NZ's questions". Stuff. 3 Ogos 2017.
- ^ Satherley, Dan (14 Julai 2017). "High earners don't want tax cuts – Ardern". Newshub. Dicapai 15 Ogos 2017.
- ^ "Marriage equality bill: How MPs voted". Waikato Times. 18 April 2013.
- ^ "English, Little, Ardern on abortion laws". Your NZ. 13 Mac 2017.
- ^ "People – New Zealand Labour Party".
- ^ Kirk, Stacey (1 Ogos 2017). "Jacinda Ardern says she can handle it and her path to the top would suggest she's right". The Dominion Post (dalam bahasa Inggeris). Stuff. Dicapai 15 Ogos 2017.
- ^ "Andrew Little quits: Jacinda Ardern is new Labour leader, Kelvin Davis is deputy". The New Zealand Herald. 1 Ogos 2017. Dicapai 1 Ogos 2017.
- ^ "2017 General Election – Official Results". Electoral Commission. Dicapai 7 Oktober 2017.
- ^ Griffiths, James (19 October 2017). "Jacinda Ardern to become New Zealand Prime Minister". CNN. Dicapai 19 October 2017.
- ^ "Prime Minister Jacinda Ardern announces pregnancy". The New Zealand Herald. 19 January 2018. Dicapai 19 Januari 2018.
- ^ "Here comes the baby: Prime Minister Jacinda Ardern in labour, at Auckland Hospital with partner Clarke Gayford". The New Zealand Herald. 21 June 2018. Dicapai 21 June 2018.
- ^ "Live: Prime Minister Jacinda Ardern's baby is on the way". Stuff.co.nz. 21 Jun 2018. Dicapai 21 June 2018.
- ^ a b "It's a girl! Jacinda Ardern gives birth to her first child". Newshub. 21 Jun 2018. Dicapai 21 Jun 2018.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jacinda Ardern |