Jaclyn Victor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jaclyn Victor
Latar belakang
Nama lahir Jaclyn Joshua Thanaraj Victor
Genre Pop, Rock, R&B
Tahun aktif 2002–kini
Label Sony Music (2004–2011)
KRU Music (2012–)
Laman web Laman kelab peminat rasmi

Jaclyn Joshua Thanaraj Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah uatama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini. Hingga kini beliau telah memenangi sekurang-kurangnya satu trofi Anugerah Industri Muzik (10 trofi), Anugerah Juara Lagu (4), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2), Anugerah Planet Muzik (2) dan masing-masing satu di Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang lahir di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.[perlu rujukan]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Zaman muda[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki. Zaman kanak-kanak beliau dipenuhi pelbagai dugaan hidup. Bapanya meninggal dunia semasa beliau berumur sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, terpaksa melakukan tiga pekerjaan sekaligus untuk menyara kehidupan diri dan keempat-empat anaknya. Apabila mencecah umur 18 tahun, Jac mula bekerja sebagai penyanyi di hotel-hotel dan kelab-kelab malam untuk membantu menyara kehidupannya sekeluarga.

Sekitar tahun 2003, Jac menghasilkan album terbitannya sendiri berjudul 'Dream' yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pop dan rock seperti 'In A Dream'(lagu gubahan rakannya Ravi the Rat) yang pernah menjuarai carta Inggeris tempatan saluran radio hitz.fm.

2004–05: Kegemilangan dari Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Jac membuat keputusan untuk menyertai ujibakat Malaysian Idol atas galakan ibunya. Para juri pertandingan, iaitu Roslan Aziz, Fauziah Latiff dan Paul Moss, amat kagum dengan bakatnya. Beliau melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat akhir. Namun perjalanan Jac dalam pertandingan Malaysian Idol tidaklah lancar sepenuhnya kerana beliau pernah terperosot ke kedudukan dua tangga terbawah (nyaris-nyaris tersingkir) di minggu kelima pusingan 'Spectaculars' yang memeranjatkan para penonton.

Pertandingan akhir Malaysian Idol berlangsung pada awal bulan Oktober 2004. Jac mempersembahkan lagu 'Gemilang' ciptaan khas Aubrey Suwito dengan penuh bergaya yang memukau segenap lapisan penonton. Menerusi undian SMS yang dibuka selama sehari, beliau mengalahkan pencabarnya, Faradina Nadzir yang juga menjadi sahabat karib Jac sejak memasuki pertandingan ini, dengan meraih 76% daripada kira-kira sejuta undian yang dihantar pada hujung minggu tersebut.[1]

Kira-kira dua bulan kemudian, album Jac sebagai Malaysian Idol yang pertama berjudul 'Gemilang' dilancarkan. Jualan albumnya mencecah 15,000 keping dalam jangka masa kira-kira sebulan lalu memperolehi Sijil Emas daripada RIM.[2]

Semenjak itu, Jac juga meraih pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan kenamaannya, termasuklah menjuarai Shanghai Asia Music Festival Ke-8 pada bulan Oktober 2005 yang menempatkan beliau setaraf dengan bintang-bintang tempatan yang lain seperti Siti Nurhaliza, Deja Moss dan Misha Omar.[3]

Pada awal tahun 2006, Jaclyn Victor mengembangkan koleksi gelaran dan hadiah yang diraih beliau dengan empat lagi butir anugerah. Beliau mengutip dua hadiah (Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik) di Hits 1 anjuran RTM pada bulan Januari, diikuti dengan dua lagi anugerah di Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 (Juara Lagu keseluruhan dan Juara kategori Balada) pada bulan seterusnya.[4]

Beliau turut memenangi Anugerah Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006 yang dianjurkan di Singapura pada 24 Mac.[5]

Jaclyn Victor mengecapi suatu kemuncak kejayaan yang lama ditunggu-tunggunya di industri muzik Malaysia apabila merangkul empat daripada tujuh pencalonannya di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang dilangsungkan pada 29 April 2006. Anugerah yang dimenanginya adalah: Artis Baru Terbaik, Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik dalam Sebuah Lagu.

Meskipun kehebatan vokal beliau digeruni dan kurang dipertikai orang ramai, namun kejayaan beliau dilanda kontroversi. Yang paling utama ialah pencalonan beliau dalam kategori Artis Baru Terbaik sedangkan beliau sebenarnya pernah menghasilkan album pertamanya lama sebelum menyertai Malaysian Idol.

2006–07: Inilah Jac[sunting | sunting sumber]

Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya peminat-peminat Jac menikmati album kedua beliau bertajuk Inilah Jac yang menjanjikan "yang terbaik" daripada beliau sebagai artis berbakat. Sewaktu album ini dilancarkan pada 25 Ogos 2006, bukan sahaja single pertama dari album tersebut Cepat-cepat diputarkan di radio dengan kerapnya, malah Jac juga cuba menawan pasaran antarabangsa dengan melawat Australia untuk tujuan beristirahat serta mempersembahkan bakatnya kepada orang luar. Jac membintangi dua konsert di dua buah gereja di bumi kanggaru, iaitu Australia for Christ Fellowship Church di kota Adelaide (yang mana beliau ditemani Juwita Suwito dalam persembahan), serta Paradise Community Church di kota Melbourne.[6] Ketika di Australia, Jac juga menerima temuramah di stesen radio agama Kristian, HCJB.[7]

Jac juga merakamkan video muzik sebetulnya yang pertama di Indonesia di mana beliau merakamkan video Ceritera Cinta bersama penyanyi dari negara tersebut bernama Rio Febrian.

Jac menambah lagi koleksi anugerahnya dengan merangkul satu anugerah dari kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di AIM ke-14 pada bulan April 2007. Dua buah lagu beliau sudah dijadikan lagu tema dua buah rancangan televisyen tempatan, Fara (Cepat-Cepat) dan Manjalara (Satu Harapan). Pada bulan Julai, Jac menyertai Ikon Malaysia lalu menjadi juara kategori Solo pertandingan tersebut. Pada bulan Disember pula, beliau menyertai Asian Idol dan berentap dengan lima juara siri Idol benua Asia yang lain di Jakarta.

Pada awal tahun 2008, Jaclyn Victor memenangi anugerah Vokal Terbaik bersama pasangan duet beliau Lah Ahmad apabila mendendangkan Ceritera Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-22. Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.[8]

2008–09: Sebagai pelakon dan mentor[sunting | sunting sumber]

Jaclyn Victor menceburi bidang lakonan dengan penampilan istimewa dalam filem Susuk. Sayang sekali, babak yang menampilkan beliau sebagai tetamu rancangan wawancara TV dipotong dalam proses penyuntingan sebelum ditayangkan pada tahun 2008.[9] Jaclyn juga pernah diwar-warkan menerima tawaran dari Mamat Khalid untuk berlakon dalam filem Estet tetapi peranan watak yang ditujukan kepadanya jatuh di tangan Pushpa Narayan.[10]

Jaclyn Victor terpilih sebagai salah seorang dari enam mentor yang ditampilkan dalam musim ketiga rancangan realiti Mentor. Ujibakat dijalankan secara berasingan oleh setiap seorang mentor tersebut, dan ujibakat Jaclyn Victor dijalankan pada 14 Mac 2009.

Pada tahun 2009, Jaclyn julung kali memegang watak penting iaitu sebagai Bhavani dalam filem Talentime,[11] iaitu filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang sempat keluar di pawagam sebelum sutradara itu meinggal pada 25 Julai. Daripada itu, beliau meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun yang sama.[12]

Album studio ketiga Jac bersama Sony Music, Jaclyn Victor III yang mengandungi lapan lagu sahaja (termasuk runut Koleksi Gemilang yang merupakan medley gabungan 24 lagu popular Malaysia), dipasarkan mulai 20 Ogos 2009. Di sesi pradengar pada 11 Ogos, Jac memberitahu media dan peminat bahawa beliau menurunkan vokal dan picnya. Katanya, "Saya tidak ingin mendesak diri saya menyanyi sekuat seperti di persembahan 'live'. Saya nak buat nota lagu yang ringka saja."[13]

Pada akhir 2009, sehari selepas hari jadinya yang ke-31, Jaclyn Victor menerima kejutan dalam bentuk "Anugerah Yasmin Ahmad" yang memberi pengiktirafan kepada bakat lakonan baru di Anugerah Skrin 2009.[14]

2010: Memasuki pasaran Tamil[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2010, Jac bersama Suki Low menjadi artis pembukaan konsert jelajah Kelly Clarkson di Kuala Lumpur.[15] Jaclyn turut meneruskan kerjaya lakonannya menerusi pementasan Cuci the Musical (musim kedua) arahan Hans Isaac[16] dari 27 Julai hingga 10 Ogos 2010[17] di mana beliau memegang watak Jessie yang menggantikan watak Farah yang dipegang oleh Adibah Noor pada musim lalu; sayangnya, wataknya ini langsung tiada bahagian menyanyi sepanjang pementasan.[18]

Sebagai langkah sulung untuk menembusi pasaran berbahasa Tamil, Jaclyn berlakon dalam filem Tamil buatan Malaysia berjudul Appalam (adaptasi dari Papadom)[19] arahan Afdlin Shauki.

2011: 3 Suara[sunting | sunting sumber]

Jaclyn Victor berganding bahu dengan Shila dan Ning Baizura untuk album kolaborasi 3 Suara yang keluar pada 4 Januari 2011.[20] Gabungan tiga penyanyi wanita tanahair ini menerima anugerah Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 atas usaha mereka dalam album 3 Suara, sementara album tersebut dicalonkan untuk anugerah Album Terbaik.[21] 3 Suara turut dicalonkan untuk Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu, Album Terbaik dan Lagu Pop Terbaik (untuk "Beribu Sesalan") di Anugerah Industri Muzik ke-18.[22] Lagu "Beribu Sesalan" turut dinobatkan sebagai Naib Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-26.

Pada Oktober 2011, Sony Music mengeluarkan album kompilasi Keunggulan yang terdiri daripada dua cakera padat yang memuatkan 20 buah lagu dari rakaman-rakaman Jaclyn yang terdahulu mulai Gemilang.[23] Ini merupakan keluaran rakaman terakhir Jac bersama Sony Music.

Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26 pada akhir tahun 2011, Jaclyn dipilih untuk menyanyikan lagu "Sedetik Lebih",[24] mengambil tempat penyanyi asalnya Anuar Zain yang dilaporkan menarik diri daripada pertandingan tersebut. Lagu berkenaan layak ke Anugerah Juara Lagu.

2012: Menyertai KRU Music dan Mania![sunting | sunting sumber]

Pada 26 Januari 2012, Jaclyn Victor menandatangani kontrak untuk menjadi artis KRU Music, dan single pertamanya di bawah label itu, "Sebelah Jiwaku", turut dikeluarkan pada hari berkenaan.[25] Beliau mengambil langkah ini dengan harapan dengan daya cipta adik-beradik KRU boleh membantu beliau tidak lagi sekadar dikenali dengan lagu "Gemilang", malah "saya juga mahu orang ingat saya sebagai penyanyi yang mempunyai lagu-lagu lain yang lebih menyengat".[26]

Pada awal tahun ini, Jaclyn menyertai satu lagi rancangan realiti berbentuk nyanyian, iaitu Mania!, yang mana 15 penyanyi terkenal tanahair bergandingan dengan tiga penerbit muzik terkenal untuk beradu kehebatan. Jaclyn terpilih untuk menyertai kumpulan Aubrey Suwito[27] dan meraih tempat ketiga keseluruhannya.

Jaclyn turut terlibat dalam rakaman single amal, "You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest)" bersama barisan penyanyi penyokong Manchester United yang bergelar The Red World Army, yang dikeluarkan pada 27 April 2012.[28]

Persembahan Malaysian Idol[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan Jaclyn Victor sepanjang perjalanannya di Malaysian Idol sejak melayakkan diri ke pusingan pertandingan meraih SMS (disertakan nama penyanyi asal lagu berikut):

Vokal[sunting | sunting sumber]

Jaclyn Victor dikatakan mempunyai vokal yang mantap dan mendapat bimbingan vokal daripada Juita Suwito ketika menyertai pertandingan Malaysian Idol I. Nota tinggi Jaclyn Victor mampu mencapai nota nota yang berada pada oktaf ke enam tanpa menggunakan suara nada kepala tetapi beliau menggunakan suara dada.

Profil Vokal[sunting | sunting sumber]

  • Jenis suara: Kontralto Dramatik Yang Ringan
  • Nota rendah: A2 (Duet Cinta dengan Misha Omar) , D3 (Sweet Child O' Mine)
  • Nota tinggi menggunakan suara nada kepala: E6 (Medley MI2 dengan semua peserta MI musim pertama dan kedua), C6 (Encore Gemilang di Anugerah Juara Lagu) , B5 (All By Myself)
  • Nota tinggi menggunakan suara dada: Bb5 (Encore Gemilang di Juara Lagu), Bb5 dan B5 (All By Myself), A5 dan B♭5 (Superwoman)
  • Julat suara: 3.4 oktaf (A2-E6)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

  • Malaysian Idol CD Single: Jac (2004, Sony BMG)
  • "Wajah" (2005, Sony BMG)
  • "Satu Harapan" (2007, Sony BMG)

Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Malaysian Idol Karaoke (bersama Daniel Lee, 2005 Karaoke CD/VCD, Sony BMG)
  • Jubilee (Compilation Christian Album) (2007, AION Music)
  • Keunggulan (2011, Sony Music)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "In A Dream" Dream
2004 "Gemilang" 1 Gemilang
"Tunggu Sekejap"
2005 "When I Fall In Love"
"Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Ning Baizura,Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan
Rabbani,Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa
Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz,
Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va,
dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Di Bawah Pohon Asmara" 9 Gemilang
"Tiada Lagi Indah"
"Wajah" 4 Bersamamu
2006 "Cepat-cepat"
menampilkan Mode
4 Inilah Jac
"Star"
"Ceritera Cinta"
duet bersama Rio Febrian
5
"Jealous"
"Cinta"
duet bersama Misha Omar
Misha Omar
OST Cinta
2007 "Inilah Masanya" Inilah Jac
"Satu Harapan" 3
"Ipoh Mali"
menampilkan Point Blanc
"Cinta Tiada Akhirnya"
"Kau Muzik Di Hatiku"
duet bersama Vince Chong
Non-album Single
2008 "Dambaran Cinta" OST Apa Kata Hati
2009 "Here In My Home"
bersama Pete Teo, Awie, Afdlin Shauki, Atilia Haron, Ning Baizura, Reshmonu,
Jason Lo, Ho Yuhang, Nikki Palikat, Suki Low, Altimet and Point Blanc
Peace Malaysia
"Cinta Ada"
duet bersama Karen Kong dan Sheila Majid
I'm Karen
"Bertamu Di Kalbu" 3 Jaclyn Victor III
"Koleksi Gemilang"
2010 "Jatuh Cinta"
"Ku Tak Bisa" 11
"Noel" Aubrey Suwito: Christmas With Friends
2011 "Di Mana Di Mana"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
3 Suara
"Beribu Sesalan"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
1
2012 "Semua Isihati Mu"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
"Counting Days" Home
"Harapan Bangsa" Harapan
"Sebelah Jiwaku" 2 Ikut Rentakku
"Jagalah Diri" 7
2012 "Ikut Rentakku" 12

Video muzik[sunting | sunting sumber]

  • Gemilang
  • Wajah
  • Cinta (duet bersama Misha Omar)
  • Without You (duet bersama Same Same)
  • Cepat-Cepat
  • Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian)
  • Ipoh Mali (sebagai artis jemputan)
  • Satu Harapan
  • You're the Music in Me (2007, duet bersama Vince Chong)'
  • Koleksi Gemilang
  • Bertamu di Kalbu
  • Beribu Sesalan

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2006 (AIM13) Artis Baru Terbaik Gemilang Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Dicalonkan Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall London
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Dayang Nurfaizah - Kasih
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Di Bawah Pohon Asmara Dicalonkan Jaclyn Victor - Gemilang
Gemilang Menang
Lagu Terbaik Dicalonkan Zahid - Warkah Buat Laila
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
2007 (AIM14) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Inilah... Jac Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Inilah Masanya Dicalonkan Sean Ghazi - Semalam
Album Pop Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - Transkripsi
Lagu Terbaik Ceritera Cinta
duet bersama Rio Febrian
Dicalonkan M. Nasir - Juwita... (Citra Terindah)
2010 (AIM17) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Bertamu Di Kalbu Jac III Dicalonkan Dato' Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta
Lagu Pop Terbaik Cinta Ada
bersama Karen Kong & Dato' Sheila Majid)
I'm Karen Dicalonkan Yuna - Dan Sebenarnya
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Menang
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Noel Christmas With Friends Dicalonkan Yuna - Penakut
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu Beribu Sesalan
bersama Ning Baizura & Shila Amzah)
3 Suara
bersama Ning Baizura & Shila Amzah)
Menang
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan Anuar Zain - Sedetik Lebih
2012 (AIM19) Lagu Terbaik Counting Days Home Dicalonkan Sheila Amzah - Patah Seribu
Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik Menang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu Menang
Jagalah Diri OST 29 Februari Dicalonkan Jaclyn Victor - Counting Days
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan Shila Amzah - Patah Seribu
Sebelah Jiwaku Hitman Dicalonkan Shila Amzah - Patah Seribu
Lagu Pop Etnik Terbaik Mahligai
duet bersama Noraniza Idris
Cintaku Satu Dicalonkan Noraniza Idris & Black Hanafiah - Kuasa Cinta
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Ikut Rentakku Ikut Rentakku Dicalonkan Dayang Nurfaizah - Seandainya Masih Ada Cinta (Live)
Lagu Pop Terbaik Dicalonkan Yuna - Lelaki
Senafas Baru Dicalonkan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2006 Artis Wanita Terbaik Gemilang Menang
2007 Artis Wanita Terbaik Inilah Jac Dicalonkan Siti Nurhaliza - Transkripsi
Artis Wanita Paling Popular Dicalonkan Siti Nurhaliza
2011 Duo / Kolaborasi Terbaik 3 Suara Menang
Album Terbaik Dicalonkan Kotak - Energi

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2005 (AJL20) Gemilang Gemilang Aubrey Suwito Asmin Mudin Balada Menang
Juara Lagu Menang
Wajah Othman Mohamed Habsah Hassan Balada Dicalonkan
2007 (AJL22) Ceritera Cinta (bersama Lah. V.E.) Inilah Jac Ross Ariffin Habsah Hassan Balada Dicalonkan
Vokal Terbaik Menang
2011 (AJL26) Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura & Shila Amzah) 3 Suara Kevin Chin Tinta Terbuka Menang

(Naib Juara)

Sedetik Lebih menggantikan Anuar Zain OST Merong Mahawangsa Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Terbuka Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2004 Artis Baru Wanita Popular Menang
2008 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2009 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular Menang

Anugerah Shout![sunting | sunting sumber]

Shout! Awards
Tahun Kategori Keputusan
2009 Popstar Award Dicalonkan
Power Vocal Award Menang
2010 Popstar Award Dicalonkan
Power Vocal Award Dicalonkan

Lain-lain Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. June H.L. Wong. "A real win for all Malaysians", The Star, 12 Oktober 2004. Dicapai pada 11 Januari 2010. 
  2. Sheela Chandran. "Auditions for Malaysian Idol 2 next month", The Star, 11 Mac 2005. Dicapai pada 11 Januari 2010. 
  3. Lisa Goh. "Malaysian Idol returns with Golden Prize from Shanghai", The Star, 31 Oktober 2005. Dicapai pada 11 Januari 2010. 
  4. Azhariah Kamin. "Winner's circle", The Star, 7 Februari 2006. Dicapai pada 11 Januari 2010. 
  5. Rosli Manah. "Planet jatuh di APM 2006", Utusan Malaysia, 2006-04-02. Dicapai pada 2008-02-18. 
  6. Jac n Juwita perform kat Adelaide
  7. Jaclyn Victor @ Mount Buller, Australia
  8. Shazryn Mohd. Faizal. "Estranged juara AJL22", Utusan Malaysia, 2008-01-28. Dicapai pada 2008-02-18. 
  9. Susuk deleted Scene (Jaclyn Victor & Yasmin Yusof)
  10. "Pushpa pengganti Jaclyn Victor dalam filem Estet?", Berita Harian, 2007-12-24. Dicapai pada 2009-03-02. 
  11. Azhariah Kamin. "Talents on show in Talentime", The Star, 2008-10-16. Dicapai pada 2009-03-02. 
  12. Ellyna Ali. "FFM22: Jac, Adik Hadziq, Zahiril Menang!", murai.com.my, 6 Ogos 2009. Dicapai pada 11 Ogos 2009. 
  13. Au Yeong How. "Jac: Saya tidak akan 'melalak' lagi dalam album baru", mStar Online, 12 Ogos 2009. Dicapai pada 12 Ogos 2009. 
  14. 14.0 14.1 Li Ee Kee. "Jaclyn Victor: Saya Tak Layak", gua.com.my, 5 Disember 2009. Dicapai pada 6 Disember 2009. 
  15. "Because of her, it was a wonderful night", New Straits Times, 26 April 2010. Dicapai pada 26 April 2010. 
  16. Punitha Yogaratnam. "Cuci The Musical Returns", The Star, 29 Mac 2010. Dicapai pada 24 Mac 2010. 
  17. Hans keeps it real, Malay Mail, 29 Julai 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
  18. Clean, simple jokes worked!, The Malay Mail, 4 Ogos 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  19. "Appalam bukan Papadom", Harian Metro, 28 Mac 2010. Dicapai pada 29 Mac 2010. 
  20. 3 SUARA satukan Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila, Tupai, 30 Disember 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.
  21. Planet Muzik 2011 | APM Singapore 2011. Diambil pada 16 Julai 2011.
  22. Senarai Pencalonan AIM 18(2011). Diambil pada 15 September 2011.
  23. Album Kompilasi Keunggulan Jaclyn Victor, XFM. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  24. Jaclyn Victor Mengaku Tertekan Dengan Sedetik Lebih, gua.com.my, 5 Disember 2011. Dicapai pada 26 Januari 2012.
  25. Jaclyn Victor – Bawah Label KRU Music, Oh! Artis, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
  26. KRU Music Tonjol Sisi Lain Jaclyn Victor, Murai.com.my, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
  27. Tiga Empayar Sudah Penuh!, Era.fm, 2 April 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  28. You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest) [feat. Jaclyn Victor & Cleopatra - Single]
  29. "Jac juara Anugerah Hits 1", 2006-01-21. Dicapai pada 2008-02-19. 
  30. Profil Jaclyn Victor di Asian Idol

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]