Jacques Chirac

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jacques Chirac
President Chirac (cropped).jpg
Presiden Republik Perancis
Putera Bersama Andorra
Dalam jawatan
17 Mei 1995 – 16 Mei 2007
President Valéry Giscard d'Estaing
François Mitterrand
Didahului oleh François Mitterrand
Digantikan oleh Nicolas Sarkozy
Perdana Menteri Perancis
Dalam jawatan
27 Mei 1974 – 26 Ogos 1976
20 Mac 198610 Mei 1988
Didahului oleh Pierre Messmer
Laurent Fabius
Digantikan oleh Raymond Barre
Michel Rocard
Butiran peribadi
Lahir 29 November 1932
Paris, Perancis
Parti politik UMP (bukan ahli rasmi)
Pasangan Bernadette Chodron de Courcel


Jacques René Chirac (lahir 29 November 1932) ialah Presiden Republik Perancis yang terkini. Beliau dipilih untuk menyandang jawatan presiden pada tahun 1995, dan kemudiannya dipilih semula pada tahun 2002 untuk tempoh sehingga tahun 2007. Sebagai Presiden, Chirac merupakan Putera Bersama ex officio untuk prinsipaliti Andorra serta pemegang anugerah Ketua Besar (Grand Maître) Légion d'honneur.

Dilahirkan di Paris, Perancis, Chirac belajar di Institut Kajian Poliitk Paris dan Sekolah Pentadbiran Negara Perancis. Selepas pendidikannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam berpangkat tinggi dan kemudian menyertai bidang politik. Sejak masa itu, Chirac telah menyandang berbagai-bagai jawatan kanan, termasuk Menteri Pertanian, Perdana Menteri, Datuk Bandar Paris, dan akhirnya, Presiden Perancis.

Chirac berpegang teguh pada penurunan kadar-kadar cukai, penghapusan kawalan harga, pengenaan hukuman keras terhadap jenayah dan keganasan, serta penswastaan perniagaan. Beliau juga menyokong dasar-dasar ekonomi yang lebih bersifat tanggungjawab sosial, dan dipilih sebagai presiden pada tahun 1995, selepas berkempen untuk memulihkan "celah sosial" (fracture sociale). Dasar-dasar ekonominya pada berbagai-bagai masa termasuk kedua-dua unsur laissez faire dan dirigisme. Tentang persoalan-persoalan Kesatuan Eropah, beliau telah memegang pendirian yang berbeza-beza dari euroskeptisisme hinggalah ke pendirian-pendirian yang lebih bersifat pro-Kesatuan.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]