Jahara Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Jahara Hamid adalah ahli politik wanita Malaysia dari Barisan Nasional/UMNO di Telok Ayer Tawar, parlimen Teluk negeri Pulau Pinang. Dari 2004-2008, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang.[1]


Beliau menjadi Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang. Tetapi tindakannya menyokong peralihan kuasa dari Tan Sri Rafidah Aziz kepada Datuk Seri Shahriat Abdul Jalil dibantah oleh Ketua Wanita UMNO Tanjong, Norjan Hamid ; Kepala Batas, Zabariah Wahab; Bukit Mertajam, Faridah Hussain; Permatang Pauh, Normala Abdul; Batu Kawan, Rohaya Ismail; Jelutong, Saripah Syed Mohd.; Bukit Gelugor, Norliza Abdul Rahim; Nibong Tebal, Sofiah Sharif; Bukit Bendera, Datin Haslinda Hashim dan Bagan, Jumahee Mohd.[2]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Teluk Ayer Tawar dimenangi oleh Datuk Jahara Hamid dengan majoriti 1,293 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 , Datuk Jahara Hamid mendapat 7,181 undi, menewaskan Johari Kassim (Keadilan) yang mendapat 3,984 undi.

Pada 2008, Datuk Jahara Hamid (BN) mendapat 6,478 undi, menewaskan Norhayati Jaafar (PKR) yang mendapat 5,008. Jahara mendapat majoriti 140 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]