Jai Courtney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jai Courtney
Jai Courtney March 18, 2014 (cropped).jpg
Courtney ketika tayangan perdana Divergent pada tahun 2014
Kelahiran
Jai Stephen Courtney

(1986-03-15) 15 Mac 1986 (umur 34)
Pusat pendidikanCherrybrook Technology High School, Western Australian Academy of Performing Arts
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–kini

Jai Stephen Courtney (//;[1] lahir 15 Mac 1986)[2][3] merupakan seorang pelakon dari Australia.[1] Beliau memulakan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi watak kecil dalam filem dan siri televisyen sebelum mendapat tawaran sebagai Charlie dalam filem aksi Jack Reacher (2012). Beliau kemudiannya muncul dalam A Good Day to Die Hard (2013) dan I, Frankenstein (2014).

Courtney turut mendapat peranan sebagai Varro dalam siri televisyen Spartacus: Blood and Sand (2010). Selain itu, beliau turut memegang watak sebagai Eric dalam filem cereka sains, Divergent (2014), dan Insurgent (2015). Beliau turut memegang watak sebagai Kyle Reese dalam Terminator Genisys dan Captain Boomerang pada tahun 2016 menerusi filem Suicide Squad.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Courtney dilahirkan di Sydney, New South Wales, dan membesar di Cherrybrook, pinggir bandar Sydney. Bapa beliau, Chris, bekerja di syarikat elektrik milik negara, manakala ibunya, Karen, merupakan seorang guru di Galston Public School, di mana Courtney dan kakaknya turut belajar. Beliau kemudiannya ke Cherrybrook Technology High School dan Western Australian Academy of Performing Arts yang menamatkan belajar pada tahun 2008.[4][2][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Courtney mendapat tawaran pertama menerusi filem pendek kontroversi, Boys Grammar pada tahun 2005 yang turut dibintangi oleh Daniel Feuerriegel dan Adam J. Yeend. Pada tahun 2008, Courtney mendapat tawaran bagi sebuah siri di Australia, Packed to the Rafters, sebelum muncul dalam All Saints, To Hell & Bourke dan beberapa buah filem pendek yang lain. Pada tahun 2010, beliau memegang watak Varro dalam Spartacus: Blood and Sand untuk 10 buah episod, sebelum membintangi Jack Reacher pada tahun 2012 disamping Tom Cruise dan dalam A Good Day to Die Hard bersama Bruce Willis.[6][7][8]

Pada tahun 2014, beliau muncul dalam filem I, Frankenstein sebagai Gideon dan Felony sebagai Jim Melic.[9] Courtney kemudiannya muncul dalam Divergent (2014) dan Unbroken serta The Water Diviner sebagai Lt. Col. Hughes.[10] Beliau muncul semula sebagai Eris dalam sekuel The Divergent Series: Insurgent (2015), yang memulakan penggambaran pada Mei 2014 dan ditayangkan pada 20 Mac 2015.[11]

Courtney muncul sebagai Kyle Reese, dalam filem cereka sains, Terminator Genisys.[12] Pengambaran filem Terminator Genisys bermula pada April/Mei 2014,[13] dan telah ditayangkan pada 1 Julai 2015.[14] Courtney telah bekerja untuk Terminator dan Insurgent dalam waktu yang sama.[15]

Courtney turut menjadi suara latar Pinch Hitter untuk lagu "All of a Sudden" dari album pertama, When Friends Die in Accidents.[16]

Pada Mac 2015, Courtney menandatangan untuk memegang watak sebagai Captain Boomerang dalam filem DC Comics, Suicide Squad, disamping Will Smith, Jared Leto dan Margot Robbie. Pengambaran bermula pada April 2015 sebelum ditayangkan pada Ogos 2016.[17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sehingga November 2012, Courtney telah menetap di Los Angeles, California. Beliau menjalinkan hubungan dengan Mecki Dent.[18]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
2009 Stone Bros. Eric
2012 Jack Reacher Charlie
2013 A Good Day to Die Hard John "Jack" McClane, Jr.
2014 I, Frankenstein Gideon
2014 Divergent Eric Coulter
2014 Felony Jim Melic Tercalon – Australian Film Critics Association Award untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Tercalon – Film Critics Circle of Australia Award untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2014 Unbroken Hugh "Cup" Cuppernell
2014 The Water Diviner Lt. Col. Cyril Hughes
2015 The Divergent Series: Insurgent Eric Coulter
2015 Terminator Genisys Kyle Reese
2015 Man Down Devin Roberts
2016 Suicide Squad George "Digger" Harkness / Captain Boomerang
2016 The Exception Capt. Stefan Brandt

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
2008 All Saints Harry Avent 2 episod
2008–09 Packed to the Rafters Damian 2 episod
2010 Spartacus: Blood and Sand Varro 8 episod
2017 Wet Hot American Summer: Ten Years Later Garth MacArthur

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
2017 Macbeth Macbeth Melbourne Theatre Company

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Corinne Heller (4 December 2014). "Jai Courtney, Terminator Genisys Star: 5 Things to Know About the Australian Hottie". E!. Dicapai pada 2 April 2015.
  2. ^ a b Blumer, Clare (23 April 2012). "Die Hard Jai". The Global Mail. Dicapai pada 26 September 2015.
  3. ^ Roach, Vicky (3 December 2012). "Jai Courtney's not just a face in the crowd". News.com.au. Dicapai pada 26 September 2015.
  4. ^ Edwards, Matt (24 February 2012). "WAAPA graduate Jai Courtney cast opposite Bruce Willis". Aussie Theatre. Dicapai pada 13 June 2017.
  5. ^ Naglazas, Mark (21 March 2013). "WAAPA graduate has roles to die for". The West Australian. Dicapai pada 29 March 2013.
  6. ^ Eisenberg, Eric (29 September 2011). "Spartacus Star Jai Courtney Joins Tom Cruise In One Shot". CinemaBlend.com.
  7. ^ Gilchrist, Todd; McClintock, Pamela (22 February 2012). "'A Good Day to Die Hard:' Jai Courtney Cast as Bruce Willis' Son". The Hollywood Reporter.
  8. ^ White, James (22 February 2012). "Jai Courtney Will Die Hard". Empire.
  9. ^ "Jai Courtney Joins Joel Edgerton In Aussie Thriller 'Felony'". Deadline Hollywood. 15 October 2012.
  10. ^ Fleming, Mike (24 October 2013). "Jai Courtney Tapped For Angelina Jolie's 'Unbroken', Russell Crowe's 'Water Diviner'". deadline.com. Dicapai pada 19 January 2014.
  11. ^ Tracy Brown (19 March 2015). "'Insurgent': Jai Courtney talks Eric's journey, 'Terminator'". Los Angeles Times. Dicapai pada 2 April 2015.
  12. ^ Kroll, Justin (19 February 2014). "Jai Courtney to Play Kyle Reese in 'Terminator' Reboot (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada 19 February 2014.
  13. ^ Rose, Tiffany (March 2014). "Jai Courtney and Miles Teller Talk 'Divergent', 'Terminator' and 'Fantastic Four'". Screen Rant.
  14. ^ Sacks, Ethan (19 February 2014). "Jai Courtney cast in 'Terminator: Genisys'". New York Daily News.
  15. ^ Kroll, Justin (27 March 2014). "Jai Courtney Officially Signs on to 'Terminator'". Variety.
  16. ^ "Track by Track: Pinch Hitter : Mess+Noise". Mess+Noise. 17 November 2014. Dicapai pada 3 December 2014.
  17. ^ Brent Lang (17 March 2015). "Jai Courtney Says 'Suicide Squad' Will Be 'Huge'". Variety. Dicapai pada 2 April 2015.
  18. ^ "Jai Courtney, who plays Captain Boomerang, with his girlfriend Mecki Dent | Suicide Squad London premiere in pictures: join Margot Robbie, Cara Delevingne & a very green Jared Leto on the red carpet - Film". Telegraph.co.uk. 2016-08-03. Dicapai pada 2016-08-22.

Pautan[sunting | sunting sumber]