Jair da Rosa Pinto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jair da Rosa Pinto
Maklumat peribadi
Nama penuh Jair da Rosa Pinto
Tarikh lahir (1921-03-21)21 Mac 1921
Tempat lahir Rio de Janeiro, Brazil
Tarikh kematian 28 Julai 2005(2005-07-28) (umur 84)
Tempat kematian Rio de Janeiro, Brazil[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1938-1943 Madureira 58 (10)
1943–1947 Vasco da Gama 71 (27)
1947–1949 Flamengo 87 (62)
1949–1956 Palmeiras 241 (71)
1956–1961 FC Santos 196 (34)
1961–1962 FC São Paulo 31 (2)
1962–1963 Ponte Preta 57 (21)
Pasukan kebangsaan
1940–1956 Brazil 39 (22)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Jair da Rosa Pinto atau lebih dikenali sebagai Jair ialah seorang pemain pasukan bola sepak kebangsaan Brazil pada era 1940-an hingga 1950-an. Beliau merupakan salah seorang daripada pasukan Brazil yang bermain pada Piala Dunia FIFA 1950.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Jair memulakan kariernya bersama kelab Madureira di mana pada ketika itu beliau bermain di posisi sayap kiri. Permainannya yang lincah serta kebolehan untuk melakukan sepakan deras ke arah pintu gol membuatkan beliau semakin dikenali ramai. Pada tahun 1943, Jair berpindah ke kelab Vasco da Gama. Beliau membantu kelab Vasco dan berjaya mendapat tempat kedua dalam Liga Brazil pada tahun 1944.

Pada tahun 1947 sebelum Liga Brazil bermula, beliau berpindah ke kelab Flamengo. Pada musim 1947, beliau tidak berjaya membantu kelab Flamengo memenangi liga sebaliknya kelab lama beliau iaitu Vasco memenangi liga[2].

Pada tahun 1949, beliau menyertai kelab Palmeiras sehingga tahun 1955. Pada tahun 1955, kelab Palmeiras hanya memerlukan seri dengan kelab pesaingnya São Paulo untuk memenangi liga. Pada ketika kelabnya berketinggalan 1-0, Jair menjaringkan 1 gol sekaligus membantu kelabnya memenangi liga[2]. Perpindahannya ke kelab Santos pada tahun 1956 memberikan beliau banyak kejayaan bersama kelab bola sepak di mana kelabnya memenangi liga dengan jurang 7 mata pada musim pertama Jair bersama kelab Santos. Semasa beliau bersama Santos, kelabnya tidak pernah berada di luar kedua teratas liga, memenangi liga pada tahun 1958 dan 1960 yang pada ketika itu beliau bermain bersama Pelé pada usia mudanya[2].

Beliau meninggalkan kelab Santos pada tahun 1960, pada ketika itu beliau sudah berumur 40 tahun. Beliau berpindah ke kelab São Paulo selama 1 musim sebelum berpindah kelab Ponte Preta pada musim berikutnya. Beliau bersara pada umur 42 tahun.


Negara[sunting | sunting sumber]

Dua tahun selepas beliau memulakan kariernya, beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan Brazil dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina pada Mac 1940. Dalam perlawanan tersebut, Jair menjaringkan gol tunggal untuk pasukan Brazil, di mana pasukan Argentina menewaskan pasukan Brazil dengan jaringan 6-1.

Walaupun pasukan Brazil kalah dalam penampilan pertama Jair, beliau merupakan antara pemain yang selalu dipanggil untuk mewakili Brazil dalam mana-mana perlawanan antarabangsa. Jaringan hat-trick beliau yang pertama adalah ketika menewaskan pasukan Uruguay dalam perlawanan persahabatan di São Paulo. Beliau juga membantu pasukan Brazil untuk menang kejohanan Copa America 1949, di mana beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan kedua di antara pasukan Brazil dan Paraguay yang berkesudahan Brazil menang dengan jaringan 7-0.

Pada tahun 1950, beliau mewakili pasukan Brazil dalam Piala Dunia. Bersama-sama dengan Zizinho dan Ademir, beliau bergabung untuk membentuk satu kumpulan yang mempunyai serangan yang paling berkesan serta percubaan ke arah pintu gol yang paling banyak sekali. Namun begitu, pasukan Brazil tewas kepada pasukan Uruguay dalam perlawanan akhir yang berkesudahan Uruguay menang dengan jaringan 2-1[3].

Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada umur 84 tahun akibat jangkitan paru-paru[3].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Negara[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Tuan rumah Keputusan
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1949 Brazil Johan
Piala Dunia FIFA 1950 Brazil Naib johan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jair da Rosa Pinto - Biography". IMDb. Dicapai pada 30 Disember 2013.
  2. ^ a b c "Jair da Rosa Pinto (1921-2005)". World Football Legends. Dicapai pada 30 Disember 2013.
  3. ^ a b "Obituary: Jair da Rosa Pinto". The Guardian. Dicapai pada 30 Disember 2013.