Jajahan Gua Musang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jajahan Gua Musang yang terletak di selatan Negeri Kelantan agak terpisah dengan pusat pentadbiran negeri. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.

Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.

Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1hb September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh). Ia merupakan daerah yang ke-sembilan dalam Negeri Kelantan.

Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]