Pergi ke kandungan

Kuala Krai, Kelantan

Koordinat: 5°30′U 102°10′T / 5.500°U 102.167°T / 5.500; 102.167
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Jajahan Kuala Krai)
Kuala Krai
Jajahan Kuala Krai
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوالا كراي
 • Tulisan Cina瓜拉吉赖县
Flag of Kuala Krai
Lokasi Daerah Kuala Krai di Kelantan
Lokasi Daerah Kuala Krai di Kelantan
Map
Kuala Krai yang terletak di Malaysia
Kuala Krai
Kuala Krai
Lokasi Daerah Kuala Krai di Malaysia
Koordinat: 5°30′U 102°10′T / 5.500°U 102.167°T / 5.500; 102.167
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
SeatP031 Kuala Krai
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Kuala Krai
(bahagian utara)
Majlis Daerah Dabong (bahagian selatan)
Kerajaan
 • Ketua JajahanZulkifle Abdul Rahman[1]
Keluasan
 • Jumlah
2,329 km2 (899 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah
105,007
 • Kepadatan45/km2 (120/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (WMP)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
18xxx
Kod panggilan+6-09-9
Plat pendaftaran kenderaanD
Tapak sesawangptjkk.kelantan.gov.my
mdkkrai.kelantan.gov.my
mddabong.kelantan.gov.my

Kuala Krai merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,329 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan dengan pecahan kepada 15 mukim.

Kuala Krai yang dibuka di pertembungan dua buah sungai iaitu Sungai Lebir dan Sungai Galas dipercayai telah lama wujud sebagai pusat pentadbiran.

Ini dibuktikan melalui rekod Ibnu Batutta pada abad ke-12 Masihi di mana pada masa itu Kuala Krai merupakan sebuah kota yang telah sedia maju dan masyhur.

Catatan pengembara berbangsa Amazigh dari Maghribi iaitu Ibnu Batutta telah merekodkan bahawa beliau telah mengunjungi Kuala Krai pada tahun 1345 dan beliau bersahabat dengan sultan Kuala Krai iaitu Ratu Urduja Wijayamala Singha anak perempuan kepada Raja Sang Tawal yang juga dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang I.

Pada tahun 1909, pihak British telah menubuhkan jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi jajahan Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Pada masa itu jajahan Jeli masih belum wujud. Jajahan dan bandar Kuala Krai telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran jajahan Ulu Kelantan.

Pada 1 September 1977, jajahan Kuala Krai diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah jajahan penuh.[4]

Pada 1 Julai 1982, daerah Kuala Balah telah dipecahkan daripada jajahan Kuala Krai. Kuala Balah kemudian digabungkan bersama daerah Jeli yang merupakan sebahagian daripada jajahan Tanah Merah dan juga daerah Belimbing dan Kalai sebahagian asal daripada jajahan Yala membentuk jajahan kecil yang baharu iaitu jajahan Jeli.

Jajahan Kuala Krai terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 2,329 kilometer persegi. Jajahan Kuala Krai bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, Besut di timur, Kuala Berang di tenggara dan Machang di utara.

Bentuk muka bumi jajahan Kuala Krai ialah berbukit bukau di sebelah timur, barat, utara dan selatan manakala pamah di sebelah tengah sepanjang aliran sungai Kelantan. Ini menjadikan jajahan Kuala Krai seperti sebuah mangkuk dan sentiasa terdedah kepada banjir besar saban tahun.

Ketinggian tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153 meter - 305 meter.  Titik tertinggi jajahan ini menjangkau lebih 915 meter iaitu di sempadan Jajahan Jeli. Dua sungai utama di jajahan Kuala Krai iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu dan membentuk Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai berdekatan Balai Polis Kuala Krai.[4]

Pecahan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Jajahan Kuala Krai ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai di kawasan utara (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong di kawasan selatan (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan). Jajahan Kuala Krai juga dibahagikan kepada tiga daerah, 15 mukim dan 216 kampung.

Peta jajahan Kuala Krai

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199190,830—    
200091,771+1.0%
2010104,234+13.6%
2020105,007+0.7%
Sumber: [5]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Kuala Krai ialah seramai 105,007 orang dengan kepadatan penduduk 45 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan Kuala Krai berbangsa Melayu, seramai 96,523 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 96,523
Bumiputera lain 114
Cina 3,538
India 846
Lain-lain 234
Bukan warganegara - 3,752
Jumlah 105,007

Di jajahan Kuala Krai, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Penganut Hindu pula mencatatkan hampir satu peratus dari jumlah penduduk. Agama Kristian dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Kuala Krai. Terdapat sebanyak 54 buah sekolah di jajahan ini;[8]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 39
Sekolah Jenis Kebangsaan 2
Sekolah Menengah Kebangsaan 10
Sekolah Menengah Agama 2
Kolej Vokasional 1

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Antara jaringan jalan raya utama di jajahan Kuala Krai ialah Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang yang siap dibina pada tahun 2007. Antara stesen kereta api utama yang menghubungkan jajahan Kuala Krai dengan jajahan lain ialah Stesen Kuala Krai dan Stesen Dabong.

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai – Perutusan Ketua Jajahan". Ptjkk.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2018. Dicapai pada 27 November 2017.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ptjkk
  3. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  4. ^ a b User, Super. "SEJARAH PENUBUHAN". ptjkk.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2024-03-07.
  5. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  8. ^ "Sekolah di PPD Kuala Krai-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.